Pages

Showing posts with label love story. Show all posts
Showing posts with label love story. Show all posts

Monday, December 31

Cerita Pasal Kawin : Wang Hantaran

Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayang ( ala2 maria elena). Dua hari g kursus kawen rasa macam pergi kursus motivasi. Motivasikan diri aku untuk jadi isteri mithali, tapi jangan sampai terjerat diri. Balik dari kursus aku mula yakin apa yang aku pilih, inilah jodoh terbaik dari Allah untuk aku. Lelaki dan perempuan yang berlainan, lahir dari rahim yang berlainan ( of cos lah kan), bakal duduk serumah. Bayangkan kalo kita biasa duk satu rumah ngan adik beradik kita,mak dan ayah kita dari kita lahir sampai kita besar, tiba-tiba kita kena duk serumah dengan orang asing yang baru beberapa tahun kita kenal. Amacam? Dah sedia ke? ngee!!!!

Bercakap pasal kawin ni, ada satu bab yang aku masih kurang pasti. Milik siapakah wang hantaran? Serabut pulak kepala aku ni memikirkannya (huh! macam masalah negara). Banyak isu2 klise yang kita selalu dengar pasal bab hantaran ni. Pasal wang hantaran tinggi lah, bertunang lama2 sebab duit hantaran tk ckup lah, family masuk campur soal hantaran lah ( ni lagi satu, sape yang perlu tetapkan wang hantaran ni?) dan macam2 lagi lah.


"Sayang, kalo duit hantaran tu, abang jadikan duit intallment keta sayang boleh tak?".

" Erm, kalo ikut sayang, sayang ok je., sama je perginya nanti, tapi kena tanya famili dulu".

" Ayah, nak tanya lah, Kalo duit hantaran tu nnt ganti jadi kereta boleh tak?"

" Erm..betul2 dah ada duit ke?,

" Ada.."

" Kalo ikut orang2 tua, biasanya tak setuju".

Nasib baik tanya daripada buat keputusan sendiri. Biasanya orang tua ni nak tengok dulu duit hantaran tu. Lepas tu kau nak buat pe ngan duit tu terpulang, mereka tak hadap pon. (hahaha, boleh gitu?)

Kat atas ni serba sedikit dialog yang realitinya mungkin pernah dibincangkan antara bakal suami, bakal isteri dan family sebelah pompuan.

Family lelaki sebenarnya lebih banyak menurut ( ikutkan jela, anak dah suka kan..hihihi).

For me, simple is better. Nak ikut adat sangat, mau terbalik dibuatnya. Cerita bab kawen ni ( ni plak ala2 mat lutfi cakap), kadang kala boleh buat kita bergaduh ngan tunang n family sendiri. Itulah, inilah. Kan senang kalo aku boleh goreng bihun + plus ayam upin ipin letak dalam bekas polisterin pastu bagi kat tetamu yang datang masa akad nikah kat depan pintu masjid tu. Selesai..(sengal betul kalo ayah aku tau cadangan gila aku ni).

To be continue.....


- Two is better than one -

Monday, November 19

Cerita Pasal Kawin : Take Turn!

Seusai majlis menyambut menantu Angah dan pasangannya Ain, ayah berbisik, " please be prepared that your wedding will be held in another 10 month"..tak sampai setahun lagi rumah kami ini akan menerima lagi kedatangan ahli baru. Samada bayi kecil atau menantu baru itu kurang pasti..Samada bertambah 1 atau tambah lagi 3. Itu semua bergantung pada takdir Maha Pencipta. Terdetik dihati, sudah sediakah aku berpindah kerumah baru? Sudah sediakah aku menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam kitaran hidup manusia. Tanya pada hati, apa sebab goyah..Nanti jawab hati tanyalah akal. Cinta itu segala2nya kah? Dulu, aku selalu berpegang hidup perlu cinta. Tanpa cinta, hati manusia kaku. Jiwa manusia itu mati. Kita perlu pilih pasangan yang kita cinta untuk teruskan hidup, tapi adakah cinta punca kebahagiaan? Sekarang, jawapan dan prinsip aku berubah seiring waktu. Walau kita cintakan dia, cinta tak semestinya memiliki. Namun, cinta itu perlu dihargai. Cintai apa yang kita miliki kini, kerana bila ianya tiba2 pergi, rindu yang terasa tiada siapa lagi peduli. Dua bulan berstatus tunangan orang. Kadang2 aku alpa, aku tunangan orang, lantaran hati ini masih ada dia. Aku perlu kuat semangat, perlu tabahkan hati dan perlu tanam cinta itu buat tunanganku. Memetik kata2 Ustaz Kazim Elias dalam ceramahnya, lihatlah 100 kebaikan pasangan kita dari kita tumpukan hanya satu kekurangannya. Nobody is perfect right? Kesal? Pernah juga rasa begitu, namun hati tidak tega melukai Incik Tunang yang tulus mencintai. Semoga suatu hari nanti aku akan cintakan dia sepenuh hati. Bila hati terusik dik imbauan kenangan lama, itu ujian yang mahu memesongkan hati kita. Orang kata bertunang ni banyak cubaannya. Mungkin ini salah satu. Apa yang aku boleh buat, bila teringat dia, aku istighfar dan hanya berdoa yang dia juga diberi kekuatan untuk lupakan aku. Rindu? Tentulah...tapi kita milik orang, hati kita milik orang. 

He's not perfect. You aren't either, and the two of you will never be perfect. But, if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He isn't going to quote poetry, he's not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don't hurt him, don't change him, and don't expect more than he can give. Don't analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he's not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don't exist, but there's always one guy that is perfect for you. - Bob Marley-

Aku belajar memujuk diri sendiri, andai dia boleh bahagia, why not me? It is fair. Its OK. Aku harus belajar redha dan ikhlas lepaskan dia pergi. Bukan pasrah dan menyerah. Kita perlu usaha untuk cintai apa yang kita miliki kini. 

Buatmu Abang Najib, 

Selagi diizin olehNya, cinta sayang In Sya Allah untuk kamu. 

Monday, November 12

Dia dan Cinta


Dia dan Cinta

Dia...
Ikhlaskah cintanya..
Ikhlaskah sayangnya...
Ikhlaskah rindunya...

Hati...
Cinta kamu pada siapa?
Rindu kamu untuk diakah?
Atau kamu hanya mahu menjual cinta?

Kamu..
Sayangmu ku tahu tulus..
Rindumu kutahu pilu..
Resahmu ku tahu cemburu..
Namun, mengapa cinta tak hadir?

Cinta..
Besarnya perasaan cinta itu,
Disalut cinta nafsu dia..
Hati usah tertawan, mulut manis bicara arjuna..
Kelak jadi luncai terjun dengan labu-labunya..

:: 354 hari menyulam cinta KAMU::

Tuesday, September 11

Cinta Si Pencuri

Cinta Si Pencuri

Debaran menanti arjuna pilihan berakhir
Lamaran si pelangi menjadi jawapan
Biarkan bulan siang terus disitu menanti
Menunggu Si dara menjenguk dirinya kembali

Si dara rupawan merendah hati
Menerima cinta si pelangi comel disisi
Si pelangi bahagia dara pujaan sudikan diri
Menjadi tatapan pelangi di mendatang hari

Tiada lagi Si dara menanti
Arjuna Bumi Kenyalang sepikan diri
Tiada lagi hembusan rindu dari pelabuhan ini
Hanya kenangan yang masih bersemi

Duhai pelangi comel yang kukasihi
Kuharap cintamu hingga nisanku berdiri
Semoga kita tabah menanti
Detik bahagia disatukan nanti

Pada ibu ayah dan bakal famili
Kuharap sudi tunjuk ajarku kini
Menjadi permaisuri terhebat pujaan si pelangi
Agar cintanya sentiasa mewarnai
Dunia kecil kami yang dinanti

Cinta si Pencuri bermula disini.........



Wednesday, August 8

Pelabuhan Rindu


Menitis mutiara ditubir mata
Tiada butir lidah bermadah
Harapan cinta jauh kelam di balik bulan siang
Hingga aku terpanggil mengintaimu dicelahan duri kaktus
Menghirup udara cinta dari kejauhan
 
Duhai hati,
Bertabahlah menyulam rindu dipelabuhan sepi tu
Andai pelangi hujan itu muncul dan setia menemani awan cintamu
Sambutlah warnanya,
Moga hatimu tidak kemarau menanti rindu sang arjuna berlabuh

Duhai jiwa yang sunyi,
Isilah hatimu dengan tarbiah cinta agung dari Dia,
Kerana cinta agung itu tidak pernah surut
Limpahan rahmatnya tidak bertepi.

Ya Allah,
Temukanlah aku dengan pemilik tulang rusuk kiriku ini,
Jangan kau biarkan aku hanyut tanpa kemudi
Hingga aku sesat dalam lautan cinta nafsu yang bisa melalaikan

Ya Allah,
Ku harap dialah jodohku
Aturkan lah sebaik-baik pertemuan itu untukku
Agar si pemilik rusuk kiri ku ini
Tegap mengayuh langkah menuju syurgamu
Menyambung cinta kami di tempat abadi

Friday, January 27

Love Story Si Chubby Part 1

1997

Dah lama aku perhatikan Princess tu kat situ setiap hari...comotnya dia...tapi aku suka...tunggu ayah dia amik kot. Di batu itu lah aku selalu lihat Princess duk termenung...setiap hari di situ lh aku mencari wajah itu...

Sibuk dengan kelas dan kelas, Princess hilang dari pandangan mata dan aku hampir melupakan dia...


- End Love Story Si Chubby Part 1-

Thursday, January 26

Love Story Princess Part 1

1999

Tahun 1999 merupakan detik pertemuan pertama kami secara enam mata. Enam mata? Kenapa enam? Sebab masa tu Si Chubby dah bercermin mata. Hik3..

Pertemuan pertama di kelas Tingkatan 1 Harun. Kalo diingatkan semula, rasa kelakar sangat...

Aku gi kelas tu sebab nak jumpa kawan-kawan sedorm aku. Tak sangka terjumpa Si Chubby. Erm...terpana sekejap sebab aku rasa macam pernah jumpa Si Chubby ni..dalam hati terdetik...macam kenal...few minutes later, aku pon balik semula ke kelas aku di tingkat atas, sebab waktu rehat dah tamat.

- End Love Story Princess Part 1-

Macam ni kot masa mula2 jumpa

Thursday, December 8

Ikhlas kah aku?

Sepanjang Disember dan Januari, sudah banyak kerja beratur dan tersusun dalam diari kerja aku. Tapi rasanya aku perlu organizer yang lebih effisyen dan interactive. Galaxy Note mungkin? InsyaAllah, gadget itu akan berada dalam gengaman aku. Untuk aku yang perlu melakar segala idea aku, galaxy note menjadi gadget target aku untuk tahun 2012. So, bila mana aku perlu, aku boleh terus keluarkan G-Note dan lakar idea tu. Tak yah sibuk2 bawak note book yang besar gabak tu kesana kemari. Ok off topik. Sebenarnya aku nak ketengahkan isu ikhlas dalam hidup kita sehari2. Ada beberapa faktor yang memungkinkan kita akan ikhlas kan hati kita. Tak kira lah dari segi kerja atau pun tangungjawab kita sehari2.

KERJA
Ikhlaskah kita andai kita selalu mengungkit sumbangan kita pada syarikat kita bekerja, sedangkan syarikat sudah bagi peluang kita menggali rezeki di situ. Mengungkit bagi aku kadang-kadang ia jadi perlu bila tiada orang perasan akan apa yang kita dah buat. Tapi, bila dah selalu mengungkit, orang kata berlagak pulak. Macam bagus sangat...

PERHUBUNGAN
Ikhlaskah sebuah persahabatan andai ia disulami rasa cinta berlebihan pada kawan kita. Maksud aku, untuk sesetengah kes best friend with opposite sex lar. Persahabatan boleh jadi hambar andai perasaan cinta itu tidak berbalas. Aku suka kaitan keikhlasan ini dengan persabatan antara Raffi dan Dhia. Kerana ikhlas dan terbawa perasaan cinta itu membuat Raffi sanggup korban apa sahaja asalkan Dhia bahagia. (sape tengok Tentang Dhia mesti tau watak berdua ni)

Ikhlaskan hubungan kita dengan pasangan andai kita menyimpan rasa cinta pada orang lain? Di depan nye kita mengaku cinta dan sayang pada dia, tapi sebaliknya, rasa cinta pada orang lain dipendam diam2 dalam hati. Bahagia kah akhirnya nanti perhubungan itu. Ikhlaskah segala tanggungjawab yang kita lakukan dalam sesebuah rumahtangga itu? Atau kerana terpaksa?

Ikhlaskah kita beribadah andai kita mengungkit apa sahaja amal baik kita pada Allah, sedangkan nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya. Seluas lautan untuk dijadikan dakwat pon masih belum cukup untuk menulis segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Subhanallah!

Untuk pembaca setia aku di sini. Ikhlas adalah datang dari hati, sebagai makhluk yang tidak mengetahui, seharusnya ada rasa positif dalam hati bahawa apa sahaja yang orang lain lakukan kerana mereka ikhlas. Jika tidak mereka tidak berada ditempat yang kita rasa mereka perlu berada.

Monday, November 14

Bakal Suami Saya

Entri kali ini agak gediks + perasan..Nape? Sebab...urm...berangan nak kahwin.
Ayah aku pernah tanya, is this your final decision? Final descision ape ek? Betul ke nak kawen ngan XXXXX? aku diam (dalam hati, diam tanda setuju ayah). Bila di soal sebegitu, aku terfikir pulak, kalo bukan dengan dia, dengan siapa ye? Bolehkan aku jumpa orang lain sebaik dia. opsss...ni pandangan aku anggap dia baik sebagai kawan aku sejak sekolah. Mari kita lihat checklist dibawah ini. My observation tentang my bakal husband (aww...rasa berbunga-bunga plak menyebutnya)

Appearance :

1- Size XXL -chubby, tinggi, gebu
2 - Muka - tembam, berjanggut, pakai cermin mata bingkai hitam, kulit cerah
3 - Rambut - ikal, kekadang dia suka gondolkan kepala dia, warna perang (ini betul punya, bukan dye okesh)

haha...sket2 sudah

Sifat dia vs sifat aku

1 - Panas baran - tapi sekarang dah kurang sket, sifat yang ni aku mmg gerun, bila tau dia ada sifat camni, aku latih diri aku jadi sabar dan cool, wlpun sbnrnya aku ni pon ada panas baran kan...(orang pendiam dan lembut belum tentu dalaman dia lembut). So my lovely cutie bear ni, muka nampak ganas, hati very the soft, kadang2 dia lebih mudah tersentuh berbanding aku. See....the different between us?

2- Tidak romantik - dia memang tidak seromantik lelaki dalam fairy tales. Satu jaminan buat aku, perempuan lain takkan terpikat ngan lelaki yang tak romantik ni. Tapi, dia punya karisma lain yang boleh buat orang lain terpikat - yang ni tak yah sebut..RAHSIA! Aku pulak, sifat biasa bagi seorang perempuan, aku selalu ingat tarikh2 penting dalam hidup kami. Dia ingat juga, tapi....tsk...tsk...

3- A  lot of suprises - berkesinambungan dengan sifat ke-2, aku suka bila dia buat suprise pada hari dan waktu tak terjangka. Selalu, we will aspect, we will get present and suprises on special day. But, he love to suprise me anytime and anywhere he want it to be. Contohnya...dia pernah bagi aku roses masa aku tengah amik duit kat ATM. Terkejut aku, seb baik tak melompat suka kat situ. hahaha...sempena apa? Takde sempena pape..dia tahu aku suka roses. Dan hari ini dan detik ini, aku masih tunggu kejutan apa lagi yang dia akan berikan. I love it!!!

4- Funny - for me he is the most funny guy. With a chubby size, it will be seen like A & W mascot. CUTE!!! Jadi seboleh2 bolehnya, aku akan buat dia sentiasa happy, ceria, sebab senyuman dia yang akan buat hari2 aku jadi ceria.

5-Robotic - hahaha...nape aku cakap mcam ni. Sebab, setiap kali aku call dia, cara dia jawab sama je.Sampai aku dah boleh jangka dia nak cakap ape

6 - Workholic - memang dia kuat bekerja. Sampaikan nak dating kena wat appoinment, booked tarikh siap2. Tapi, harus diingat, walaupun dah booked, booking tu leh cancel sekelip mata bila ada hal lain melibatkan kerja. Jadi, bersabar je lah aku...

Banyaklah nak sebut kat sini. Tapi, apa yang dapat aku simpulkan dan catatan ini juga buat ayah tersayang. Anak ayah ini menerima lelaki pilihan dia ini seadanya, restulah hubungan kami ini. Walaupun dia panas baran, sifat ini InsyaAllah akan mendidik anak ayah yang degil ini (dia marah bertempat).Dia tidak romantik ayah, tapi Eda pasti, dia kasihkan saya dan keluarganya juga InsyaAllah keluarga kita juga. Sifat kelakar dia ini, akan membahagiakan. Dia tidak pernah berkongsi masalahnya, kerana dia berusaha untuk tidak menyusahkan hati orang-orang yang dia kasihi. Sifat tanggungjawab dalam dirinya menutup kekurangan yang lain. Ini antara sifat-sifat yang nampak, aku harap dia tetap seperti yang terzahir.

Kadang-kala aku terfikir, andai suami ku kacak, romantik, diri aku sentiasa rasa tidak selamat dengan mata-mata wanita lain yang memandang dia, mengharap dia menjadi teman. Aku tidak cukup kuat untuk berkongsi. Walau dia 'chubby'. Dia akan jadi pelindung aku. Dia tidak pernah menilai kekurangan aku, sebagai kekurangan, tapi kelebihan buat dia. Baginya, ketidak sempunaan aku itu lah, membuat aku lain dari wanita yang pernah dia kenal.

Semoga apa yang ku coretkan hari ini, menjadi doa bahawa dialah temanku, kawan, sahabat, dan juga SUAMIKU yang pertama dan terakhir.

Wednesday, August 3

Wedding Plan : Step 1 Part 2

How to start? I don’t know where to start. About 9 to 11 month to go..Dia? erm, relax je, tp aku tak tau la pe yang bermain dalam kepala dia. Mungkin dh ada perancangan. Lelaki kan lebih suka diam dan fikir…Erm aku dh start survey ke sana kemari (guna tnet je, tk gerak mana2 pon) for the butik, phographer and so on…serabut, byk choice, tp tak tau nk pilih mana yang bagus dan berbaloi-baloi. So, for a start, a friend of mine cadangkan list all the keperluan includes yang kecik2 bagai. Pray for us!!!


Starting list out while working...sesambil..

Thursday, July 7

it's 4 years orediii.....




Hari ni genap 4 tahun kami berkasihan...uwekkk (terasa geli geleman plak ngan ayat jiwang cmni)...dan selama itu gak banyak kisah suka dan duka yang kami dh lalui bersama...mgkin lepas ni tk smbut dh aniversarry ni...tahun terakhir...



Sambutan? Celebrate? tk celebrate pun mcm thun2 sudah...hanya ucapan sahaja untuk dia. Kami sgt sibuk...Teddy lagi sibuk....tkde masa uolsss....selalunya mmg kami tk dpt smbut pada hari ni 07.07.07...biasanya celebration mmg terlewat sehari atau 2 hari...tk tau lah kalau tahun ni Teddy nk suprise ape? hahahah3. Main2 je dear...i tau u buzy...very2 buzy...ngeee..


Semoga hubungan kita kekal sepanjang hayat, tapi bukan sbg kawan je...sbg dot...dot...(korang letak sendiri, yang baik2 je tau)..hik3. I harap u terus syg i smpi bila2...selagi u masih syg i...i akan syg u gak...lalalalala (blushing)...HAPPY ANNIVERSARRY TO US!!!

Monday, May 23

Wedding Plan : The First Step



Entry ni mcm gempak je…hahaha poyo…aku tak tau lah kalo aku buat perancangan terlalu awal. Sementelah aku ni belum pun bertunang. Tapi, aku rasa berbaloi buat persiapan awal, sebab aku tak nak ada yang celanya di majlis besar kami. Sekali seumur hidup u...!!! Lagipun Incik Teddy kata kitaorg bertunang buat syarat aje...nk rasa gak alam pertunangan yang orang kata manis itu. Let say kami betunang 3 bulan sebelum majlis, gila kau lepas tunang baru nk bersiap bagai. Cuti sekolah plak tu…aku nk yang TERBAEK beb….

For the first step is skodeng a.k.a searching…Incik Teddy bg kebebasan pada aku untuk plan our wedding. Mamandangkan dia sudah busy ngan Turbo Tuner Garage yang baru bertatih tu. Aku dengan rela hati planningkan pape yang patut untuk hari bahagia kami ni. Dengan bersyarat : “ I tk nk baju pengantin yang sarat2 ye saying…I lemas tgk u pakai nnt, baik2 I setuju nk bersanding, masa tu jugak I balik”.Uwaaaa….boleh gitu? Mksudnya, Incik Teddy nk majlis yang simple tp meriah dengan kengkawan dan sedara-mara. Tapi, haku pulak nk impikan persiapan yang unik dan jarang dibuat orang..Baru lah jadi ingatan. Tk gitu uolsss??

So cmne nk gabungkan kehendak kami berdua ni..Si Dia nk yang simple, aku plak nak yang unik. Unsur2 lain yang perlu aku amik kira ialah, asal-usul nenek moyang. Aku pikir nk selitkan sikit unsur2 asal usul keturunan kami. Yang kami tau yang sama dua2 ada darah cina + aku jawa + melayu. Tu yang aku tau lah. Ngeh3. Erm…lagi Incik Teddy kata kalo boleh adat2 negeri Johor tu kekalkan. Isk….td dia kata bagi kebebasan , tp ni byk plak syaratnya…hape pon boleh….jangan plak HApe Pon Tak Boleh.

Ok2. Berikut antara ciri2 dan adat perkahwinan melayu johor.

1- baju teluk belanga
2- rewang
3- telur pindang
4- potong perajan
5- adat mengadang
6- sirih lat-lat/ sirih gatal
7- ambur-ambur
8- tepung tawar
9- adat lagi satu ni aku tk tau name dia ( aku bg nama adat nafkah dari suami la)…hentam je la labu..

Untuk entri lain nanti aku terangkan details pasal adat2 ni semua ok..

Minggu lepas, masa outings ngan adik2 aku, aku sempat beli majalah Ratu Sehari Edisi 13, ok lh, not bad. Majalah ni byk bg aku idea and direktori perkahwinan macam butik pengantin, photography, tips2 perkahwinan and mcam2 ada. Sangat membantu dari segi idea, tp dari segi budget…uwaaa…tk mampu aku untuk pakej2 yang ditawarkan tu. Cuci mata je lah. Buat masa ni, aku dpt siapkan checklist ape persiapan yang perlu aku buat sebelum majlis tu berlangsung. Budget aku dan juga perancangan lain yang sepatutnya. Langkah seterusnya ialah sketch kan idea2 tu. Aku gak dah mula survey2 butik2 pengantin yang berpotensi untuk aku pilih nnt. Dan lagi planning ni kena lah bincang ngan Incik Teddy. Kena dpt persetujuan dia pulak. Mana tau leh bg idea lagi bernas.

End for now….






Saturday, May 14

AM i Getting Married????

Betul ke aku nk kawen ni? Macam tk percaya...tp tolong lh percaya...im almost 25 years old this year ocay!! young but not so young, even kawan2 aku pon dh ramai yang meninggalkan status bujang dan dara trang tang2...Orang kata " buat pe la kawan lama2, dh kerja, kawen je lah" senang ckp, tp duit belanja kawen sekarang tk semurah dulu. Mak aku cerita pasal zaman dia wat kenduri kawen...huhu kalo duit belanja kawen zaman sekarang masih sama macam dulu, aku rasa dh ramai anak muda jadi pengantin remaja..Tapi, kawen bukan sekadar menutup gelaran bujang tu saje...ada tanggungjawab yang hendak dipikul, dijinjing bersama. Tak gitu Incik Najib???ngeh3.

"selamat pengantin baru buat kengkawan yang baru saja menamatkan zaman bujang mereka tahun ini"

Cik Wahed sudah sengal di ptg hari ........sigh!!!

Tuesday, April 12

Him.....Cute Pumpkin...

He is my cute pumpkin...sorry to called you pumpkin..(mak kamoo yang bagi)...for me you such a cute boy...but, only when you give me a bright smile...lovely..rindu kamu sesgt...sy cume ada kamuu untuk dicintai...my promise to stay by your side and love you forever. But, if you not love me anymore...dont forget i will stay at where my heart stop by...(in your heart)...ape aku merepek memalam ni...ngeee...(malu nk tulis entry cmneh) teringat u lah pumpkin!!! budak temok yg cute...cumels..

Kimia - Melda Ahmad


Saturday, January 22

Tak Sempat.....

10 Januari 2011..Incik Teddy bgtau, "mama, papa otw gi hospital, hantar bah..".."nape syg? abah sakit?"...erm.."haah, abah sakit"..."ok, take care papa.." hati rasa resah...macam tak sempat je...
12 Januari 2011..."mama, tak nak lawat abah?" "nak, papa amik mama kat opis boleh?"..."tak sempat lah mama".."ok tkpe, nnt weekend ni, mama ajak ayah jenguk abah"..."Ok syg.."
14 January 2011...aku call Incik Teddy, "papa, abah camne?" doktor gtau pe"..Teddy diam lama.."abah sakit kanser hati, sayang, peringkat 4"..Terkedu aku.."papa, sabar eh"...dalam hati rasa macam ditebuk..sakit..aku dpt rasa perasaan papa masa tu...
15 January 2011...pagi tu aku call Incik Teddy nk bertanyakan wad abah.."mama tak yah pergi lah".."kenapa papa?".."abah balik tengahari nnt, doktor suh balik"..oh..dalam hati rasa menyesal tidak berkeras ajak ayah pergi melawat abah..la..tak sempat..
18 January 2011... " assalamualaikum mama..." Incik Teddy call..."aku tengok raut wajah dia dalam video call..sayunya hati tengok wajah sedih dia.."papa, mama rindu papa".."erm..papa rindu abah".."kenapa?, abah masuk hospital lagi ke?"..."tak sayang, abah ada kat umah, tapi abah koma...bila panggil dah tak menyahut, takde respond.." aku terus menangis.."mama, kenapa menangis sayang?".."mama sedih, sedih sangat, mama tak tahu kenapa, kita belum nikah lagi, tapi mama dah rasa sayang sangat kat semua family papa, mama tak sempat kenal abah..." "mama, jangan nangis, kekuatan papa ada pada mama, mama kena kuat supaya papa boleh jadi lebih kuat"...aku tak dapat lagi teruskan perbualan, hati rasa sakit...aku lihat ada air mata di tubir mata Teddy, tapi dia cuba tak tunjuk pada aku..untuk beri kekuatan pada aku.."sabarlah, mama..."..
21 January 2011..12.22 am...aku dapat text dari Teddy.. [selamat malam syg. Tdo la nyenyak2 sbb kanda dsini suda ilang rasa mengantok]...hati rasa nak tanya, kenapa ckp macam tu?..tp, kredit dh abis..adeh...tak sempat bayar bil...
21 January 2011...5.10 am.."assalamualaikum mama, selamat pagi"..tersenyum aku pagi2 Teddy dah call.."sorry mama, papa ganggu pagi2...papa cuma nk bagitau, abah dah meninggal.." "bila papa? baru je kejap tadi mama" "Innalillahiwainnalillahirajiuun...nanti mama gtau parents mama"..aku mengigil...tak sempat nak jumpa
Pagi tu aku berbincang dengan parents aku, kami nk melawat arwah, tapi dapat jumpa sekejap je kerana tuntutan tugas...hati rasa nak terbang jumpa Incik Teddy, tapi aku tau dia lebih tabah dari aku..
Dari itu aku belajar, jangan tangguhkan apa yang dah terniat di hati, segerakan...sebab takut tak sempat...masa tu penyesalan menggunung sekalipun tak dapt nak ubah apa2 keadaan, waktu tak dapat diputar, yang pergi tak akan kembali, apa yang berlalu tak akan dapat di capai, segalanya tak sempat...
Tak sempat arwah tengok anak bujang dia nikah....
Aku tak sempat jadi menantu dia (perasan plak)...
Segalanya tak sempat...
Allah maha mengetahui...takdir itu telah tersurat semasa roh kita di tiupkan dalam kandungan ibu lagi...Andai itu takdirnya...aku redha...Semoga Allah tempatkan Pak Ungku dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh...
Dan pada hari tu juga, Allah bagi aku satu tarikh yang akan aku ingat sampai bila2...sebab hari kematian arwah adalah hari lahir ibu...mengingatkan pada satu kelahiran...mengingatkan aku juga pada satu kepergiaan abadi...
Dan sebagai manusia...aku juga nak ingatkan pada diri aku...bertaubatlah...sebelum terlambat...kerana bila ajal menjemput...kita tak sempat bertaubat lagi.....










Sunday, January 16

Kayangan.....Tolong ingatkan aku...

Apa kesinambungan dua tajuk diatas? Kayangan same maksud dengan paradise, satu tempat istimewa yang dapat capai segala impian dalm hidup...mungkinkah? Kenapa tetiba wat entry camni? Tadi, baru abis tgk cite KAYANGAN lakonan Fazura ngan Tengku Zacky. Cerita ni mengingatkan aku tentang anak raja yang pernah aku kenal beberapa tahun dulu...lama dah ceritanya. Sampai sekarang aku tak tau dhh khabar terbaru anak raja tu. Mungkinkh dia masih igt aku lagi, seperti mana aku masih ingat dia. Last news 2 tahun lepas ialah dh kawen dan ada anak.Tiba2 je teringat..nk tahu kisah dia...ikuti e-novel sy.


Tolong ingatkan aku...sebuah lagu Ana Raffali yang menang AJL baru2 ni. Lirik dia mambawa maksud mendalam...Let's check it out..

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita...

Sunday, December 5

Weds.....

sana sini ada jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat beriman dengan mendirikan masjid ni, dapat menghindar hasutan2 jahat makhluk penderhaka yg sentiasa berpegang pada janji menyesatkan anak Nabi Adam. Hari ni je lebih 5 jemputan kenduri kahwin, tp hanya mampu pergi 2 je...tk larat, kenyang...hik3..mggu depan insyaAllah ada lagi. Barakallah pada sekalian pengantin baru, semoga kamu berdua dalam rahmat dan berkah Allah sehingga keturunan terakhir. Amin....

Aku? bila lagi? persoalan yang sering diajukan setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan2..entah! jawab aku dengan selamba...kadang kala ada idea nakal, aku akan jawab tak lama lagi, nnt smpi lah kad eh...dan kawan2 pun ucapkan tahniah...semoga ia jadi satu doa bila diucapkan selalu...selebihnya, aku doa dan tawakal semoga Allah murahkan rezeki agar aku mudah mempercepat majlis perkahwinan itu...dan aku perlu bersiap siaga, menyempurnakan diri dengan segala ilmu sebelum berumah dan bertangga..semoga tangga yang dibina tetap kukuh walau diinjak beban seberat mana sekalipun, semoga tiang yang dipasak tetp teguh walaupun ada badai yang menghempas...

dan impian yang masih blum tercapai, aku nak beli kereta sendiri, bila lah ek?

aku minat keta sport macam ferrari, tp skang aku bangga malaysia dh kuarkan keta sport versi pahlawan iaitu Proton Lekir, sporty, cuma tayar dia tk bape berkenan aku...kelakar tau design camtu...jgn marah ye pereka kereta, sy cuma bagi ulasan jujur dari rakyat Malaysia yang prihatin....tapi saya suke TUAH, sbb dia encem..


Thursday, August 12

Fell soooooooo good....

yesterday was the first day of ramadhan, and it's the time the muslim rest the tummy from digestion food in the day. Actually, i want to tell all viewer that im feel so good today coz of hmmm my cute bunny that make some jealousy of being ignore by me..HAhahahah. it's the first time in three years he was 'merajuk' coz im not text him for the whole day...for the time being, im the only person that keep asking why he not text me while working even once, know the time to pay the revenge. Bukan lh dendam pun, just to make him know what i feel when he ignoring me for the whole day, or even a week. Sory dear, im not doing it on purpose okay! I'm really busy yesterday with the family...first day of ramadhan right??? wink, wink, wink!....lalalalala... FEELING SO GOOD... and im not realize that im walking to office with smile and bright eyes on my face until im wrote this entry. huhuhu....but im already 'pujuk' him with very good morning kisses on the phone and he really 'manja' @ ngada2...heheheheh...FIN.

Wednesday, May 19

A Walk To RemembeR..

Semalam 18 Mei 2010, im went out with my chubby. Tkde plan nk kemana2, just nk tgk IP MAN 2 ngan najib nk gi btulkan keta 'tank' dier tue. Seb baik tk lame sgt...tp leh thn kebulur lh waiting2 kat bengkel...Mujur ader kantin kat situ, pau leh semangkuk soto..oishii!!! Berikut perbualan kami kat kantin tersebut:

Eda: Abg nk mkn pape tak?
Najib: Tk pelh, abg tk nk mkn, nk mkn betik ni je...
Eda: Ok, cmtu,ayg nk makn mi soto ni tau.
najib : Ermmm...Dik, mintak mi soto 1, teh o suam 1, teh o ais 1 ngan betik ni eh..
Adik jaga kantin: ok2, sambal kicap nk tk kak?
Eda: Boleh gak!

Kami pun duduk makan....
Eda: uishh...sdpnyer..tip top
Najib:.......
Eda: Sdp giler, rugi abg tk order td..sambal dia HOT...
Najib:......

masih tk heran lgi tu...kekekeke
Eda: Nyum...nyum...

Tiba2 kan ader satu tgn tarik mangkuk soto tu...hahahaha gotcha!

Eda: Ader org tu kan td jual mahal...org nk belanja pon tak nk, last2 dier rembat mi soto kiter...hihihihi..
Najib: Hehehehehe....kantoi lh plak...

Pengajaran citer diatas: Jgn sombong kalo org nk belanja...dh lapo tu ngaku je lah...

Tuesday, July 14

my anniversary....07.07.09



At this date was my 2nd anniversary with my love NAJIB, im so admire him since school. And at this moments im feeling like butterfly...mcm rama2 yg ada kepak cantik yg terbang sana sini...
sbnrnya, tkde ape yg terjadi pada tarikh ni, no flowers, no roses, no suprises, no candle light dinner, only a honest wish from him, "Selamat ulangtahun sayang,". For me, its enough for me to get that wish from him, as long as he still remember that moment. And as long as he love me. 
Cinta tu bukan hanya wujud pada hari2 tertentu, bukan waktu2 tertentu, tapi setiap saat dan waktu, cinta perlu ada dalam hati org2 yang mencintai...
Walau takde hadiah special, tp sbnrnya kami dah pun ada hadiah special for that day....a couple ring yg kitorg dh pakai 1 bulan sebelum 7 julai 2009. 
Ada satu lagu tu mengingatkan aku pada dia....
Once - Aku Mau

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
[ Aku Mau lyric found on www.lirik.tv ]
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...