Pages

Thursday, December 8

Ikhlas kah aku?

Sepanjang Disember dan Januari, sudah banyak kerja beratur dan tersusun dalam diari kerja aku. Tapi rasanya aku perlu organizer yang lebih effisyen dan interactive. Galaxy Note mungkin? InsyaAllah, gadget itu akan berada dalam gengaman aku. Untuk aku yang perlu melakar segala idea aku, galaxy note menjadi gadget target aku untuk tahun 2012. So, bila mana aku perlu, aku boleh terus keluarkan G-Note dan lakar idea tu. Tak yah sibuk2 bawak note book yang besar gabak tu kesana kemari. Ok off topik. Sebenarnya aku nak ketengahkan isu ikhlas dalam hidup kita sehari2. Ada beberapa faktor yang memungkinkan kita akan ikhlas kan hati kita. Tak kira lah dari segi kerja atau pun tangungjawab kita sehari2.

KERJA
Ikhlaskah kita andai kita selalu mengungkit sumbangan kita pada syarikat kita bekerja, sedangkan syarikat sudah bagi peluang kita menggali rezeki di situ. Mengungkit bagi aku kadang-kadang ia jadi perlu bila tiada orang perasan akan apa yang kita dah buat. Tapi, bila dah selalu mengungkit, orang kata berlagak pulak. Macam bagus sangat...

PERHUBUNGAN
Ikhlaskah sebuah persahabatan andai ia disulami rasa cinta berlebihan pada kawan kita. Maksud aku, untuk sesetengah kes best friend with opposite sex lar. Persahabatan boleh jadi hambar andai perasaan cinta itu tidak berbalas. Aku suka kaitan keikhlasan ini dengan persabatan antara Raffi dan Dhia. Kerana ikhlas dan terbawa perasaan cinta itu membuat Raffi sanggup korban apa sahaja asalkan Dhia bahagia. (sape tengok Tentang Dhia mesti tau watak berdua ni)

Ikhlaskan hubungan kita dengan pasangan andai kita menyimpan rasa cinta pada orang lain? Di depan nye kita mengaku cinta dan sayang pada dia, tapi sebaliknya, rasa cinta pada orang lain dipendam diam2 dalam hati. Bahagia kah akhirnya nanti perhubungan itu. Ikhlaskah segala tanggungjawab yang kita lakukan dalam sesebuah rumahtangga itu? Atau kerana terpaksa?

Ikhlaskah kita beribadah andai kita mengungkit apa sahaja amal baik kita pada Allah, sedangkan nikmat yang Allah beri tidak terhitung banyaknya. Seluas lautan untuk dijadikan dakwat pon masih belum cukup untuk menulis segala nikmat yang telah Allah kurniakan.Subhanallah!

Untuk pembaca setia aku di sini. Ikhlas adalah datang dari hati, sebagai makhluk yang tidak mengetahui, seharusnya ada rasa positif dalam hati bahawa apa sahaja yang orang lain lakukan kerana mereka ikhlas. Jika tidak mereka tidak berada ditempat yang kita rasa mereka perlu berada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...