Pages

Tuesday, July 9

Ku Tahu Ku AdaMu

Siapa tak pernah gagal dalam hidup? Angkat tangan pliss..Semua orang (mungkin?) pernah merasai kegagalan. Aku, terlalu banyak rasanya untuk dihuraikan kegagalan yg pernah aku alami. Mengapa aku kata gagal, Kerana ia tidak seperti perancangan ku. Kesal? Tidak pernah rasa kesal kerana aku tahu Yang Khaliq itu maha merancang segala-galanya. Untuk rahmat kasih sayang Allah yang tidak terhingga aku bersyukur walaupun berkali-kali aku gagal. Aku temui hikmah disetiap gagalnya sesebuah perancangan. Kerana aku masih lagi berjaya diatas setiap kegagalan itu.

Kegagalan adalah pengalaman. Kejayaan jadi ujian.

Kecewa kerana cinta? Sudah berkali rasanya hati ini dipertaruhkan pada orang yang salah. Aku tidak pernah salahkan takdir Illahi. Allah kenalkan aku dengan pelbagai sifat fana manusia untuk menjadi panduan aku mengejar cinta yang dijodohkan Allah. Alhamdulillah perjalanan menuju cinta mawaddah itu sudah ke ikatan perjanjian kedua keluarga. Aku ditunangkan dengan rakan sekolah yang rupanya sudah lama menyimpan perasaan itu. Azam aku menjadi isteri terbaiknya hingga syurga nanti.

Patah hati kerana gagal dalam kerjaya? Ya, pernah rasa dibuang kerja? Aku pernah rasa keadaan itu. Dan sekarang aku sedang diuji. Sudah 5 bulan tidak bergaji tetap. Mujur tergerak hati dulu memulakan perniagaan kecil berbekalkan bakat kurniaan Allah dan usaha aku mencari ilmu untuk itu. Alhamdulillah tiada kerjaya tetap tapi aku masih punya rezeki untuk makan. Hikmahnya sekarang, sejak mula bekerja 2 tahun lepas, aku kurang waktu bersama keluarga, malah untuk diri sendiri juga sering terabaikan. Jadi untuk 2 bulan ini, aku menyelami rasa hati ibu2 kita yang mungkin tidak pernah bekerja atau sudah bersara. Alangkah sunyinya, bila anak2 tiada dirumah. Ini juga yang akan kita rasa nanti bila saatnya kita juga punya anak bujang dan dewasa. Dan untuk 5 bulan ini, aku dapat peluang untuk diri sendiri. Menambah amalan yang koyak. Mencukupi ibadah yang pincang. Alhamdulillah. Aku yakin, rezeki untukku telah ditetapkan Allah. Aku perlu berusaha kuat lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...