Pages

Wednesday, December 15

salahkan wanita tidak tahu memasak...????


Entri kali ni agak menjadi isu buat masa kini terutama golongan muda apatah lagi wanita berkerjaya dan agak pandai dalam pelajaran. Sering menjadi isu kini, wanita yang berkerjaya, tidak tahu memasak, alamatnye makan kedai saje atau bungkus nasi dan makan dirumah.Terdapat juga segelintir lelaki di negara kiter yang berkahwin dengan gadis lepasan sekolah yang jelas muda benar dan tidak matang dalam hal rumah tangga. erm...sudahnya, banyaklah kes perceraian berlaku hanya disebabkan mende kecil yang di perbesarkan...iaitu tidak pandai masak.

Kalo perempuan tidak pandai memasak, dikutuk, di keji, kononnya nanti tak dapat membahagiakan rumahtangga kerana rata2 kiter tidak kira lelaki atau perempuan selalu dimomokkan dengan kata2 orang2 lama "Nak, belajar lah masak, sebab kalo nak pikat suami, kena ikat perutnya dengan masakan kita"....ataupun "Nak, nanti kalo cari bini, carilah yang pandai masak, bahgia rumah tangga"...mungkin itulah ungkapan yang pernah kiter dengar dari orang tua atau pun mak2 kiter sendiri...tp, btul ke masakan isteri akan menentukan keluarga bahagia taupun tidak.?

Ya...memang ada benarnya, masakan isteri dan ibu itu akan menngeratkan hubungan kekeluargaan dan anak akan menghormati ibu kerana makan dari air tangan ibunya, lebih2 lagi si ibu atau isteri itu, memasak sambil mengamalkan zikir dan doa untuk melembutkan hati suami dan anak. Dari situ hikmah kelebihan perempuan pandai masak lebih memainkan peranan penting, tidaklah nanti suami asyik ke kedai kopi dek kerana penangan air kopi buatan si mamak...hahaha...

Isu ini sering juga diajukan oleh pasangn sebelum mereka berkahwin (nak cari alasan lah tu, kalo pasangan tak pandai masak)yang kononnya kalau tak pndai masak tak layak jadi isteri, amboi sedap mulut...sy lebih suka menggunakan penekanan, kalo tak pandai belajarlah, sayang suami kan...takkan nak tengok suami kebulur disebabkan kiter tak pandai masak kan...lagi satu dapatlah jaga kesihatan keluarga dengan makanan yang dikawal nutriennyer...

Tapi, bagaimana pula dengan lelaki, adilkah tiada syarat utama bagi mereka sebelum berumah tangga..bagaimana kalau lelaki yang tak leh jadi imam? layakkah nak jadi nakhoda dalam bahtera...bagaimana nak jadi ketua keluarga? erm...jawapan yang sama..kalo tak pandai belajarlah. Mula kan dengan menjadi imam dikalangan keluarga, kemudian penduduk taman pulak...ada yang bagi alasan, takut nak jadi iman sebab takut bacaan salah, tajwid tak betul, dan rasa isteri lebih bagus bacaan al-qurannya. Bukankah jodoh yang Allah tentukan untuk kiter tu saling melengkapi. Menutup kekurangan yang lain. Alangkah indah dan bahagia hidup dirumah isteri pandai masak, suami pulak boleh jadi imam dan mengajar agama, untuk anak isteri pun cukuplah.

Erm...kalo awak sayangkan isteri dan awak pulak tahu masak, tak salah turun ke dapur kan dan ajar isteri masak, bila isteri dihargai dan awak boleh terima dia seadanya, pasti lepas ni, dia lebih bersemangat nak turun ke dapur dan belajar masak..lama2 pandai lah dia, mungkin lebih terror dari cik abangnyer. Tapi, tahan je la, bila isteri masak tak sedap, dia kan baru belajar, tegur dengan cara paling baik, supaya si isteri tak merajuk n terasa hati. Takut2 dia fed up sebab asyik kena kutuk masakannya.

Dan untuk si suami pula yang masih ragu2 tak layak jadi imam, ambillah kelas agama, dalami semula ilmu agama. Kite bukan lah jahil, tapi mungkin banyak yang dah terlupa sebab tak di amalkan dan kerjanya asyik jadi makmum saje. Ingat lah para suami dan bakal ayah, perkahwinan dan isteri serta anak itu amanah, kamulah imamnya yang boleh membawa keluarga masuk ke syurga bersama atau tidak. Dan jika si isteri lebih pandai agama dari suaminya, ajarlah si suami ilmu yang di ketahui. Dengan cara paling terhormat, agar si suami tidak berkecil hati dan rasa rendah diri. Dah namanya suami isteri kongsi2 lah, benda baikkan. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.

Dah abis merepek dah ni, harap ada ilmu yang dapat di manfaatkan. Nukilan disini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan atau menceritakn mana2 pihak. Sekadar peringatan untuk diri yang belum bergelar isteri dan juga untuk kawan2 yang bakal bergelar PUAN tidak lama lagi. JIka ada tersilap kata, harap lah di maafkan sbb empunya diri ni pun serba kekurangan. Jika ada yang terasa, usah berkecil hati, ambillah ia sebagai igtan...aku yang menconteng luahan rasa ni pon belum bertitle pape pun, sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. sekian....

Sunday, December 5

Weds.....

sana sini ada jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat beriman dengan mendirikan masjid ni, dapat menghindar hasutan2 jahat makhluk penderhaka yg sentiasa berpegang pada janji menyesatkan anak Nabi Adam. Hari ni je lebih 5 jemputan kenduri kahwin, tp hanya mampu pergi 2 je...tk larat, kenyang...hik3..mggu depan insyaAllah ada lagi. Barakallah pada sekalian pengantin baru, semoga kamu berdua dalam rahmat dan berkah Allah sehingga keturunan terakhir. Amin....

Aku? bila lagi? persoalan yang sering diajukan setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan2..entah! jawab aku dengan selamba...kadang kala ada idea nakal, aku akan jawab tak lama lagi, nnt smpi lah kad eh...dan kawan2 pun ucapkan tahniah...semoga ia jadi satu doa bila diucapkan selalu...selebihnya, aku doa dan tawakal semoga Allah murahkan rezeki agar aku mudah mempercepat majlis perkahwinan itu...dan aku perlu bersiap siaga, menyempurnakan diri dengan segala ilmu sebelum berumah dan bertangga..semoga tangga yang dibina tetap kukuh walau diinjak beban seberat mana sekalipun, semoga tiang yang dipasak tetp teguh walaupun ada badai yang menghempas...

dan impian yang masih blum tercapai, aku nak beli kereta sendiri, bila lah ek?

aku minat keta sport macam ferrari, tp skang aku bangga malaysia dh kuarkan keta sport versi pahlawan iaitu Proton Lekir, sporty, cuma tayar dia tk bape berkenan aku...kelakar tau design camtu...jgn marah ye pereka kereta, sy cuma bagi ulasan jujur dari rakyat Malaysia yang prihatin....tapi saya suke TUAH, sbb dia encem..


Monday, November 29

Mimpi....


kita sering dimomokkan mimpi itu mainan tidur, tapi bagi aku mimpi juga boleh jadi pertunjuk tentang apa yang
akan berlaku atau yang telah berlaku, untuk menjelaskan apa makna semua kejadian yang berlaku dalam hidup kita.
aku pernah mimpi tentang kejadian tsunami beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku. Mulanya, aku tak dapat
langsung menafsir mimpi aku tu, aku mimpi aku berdiri di satu tebing tinggi berhampiran laut, disitu di tepian
pantai aku melihat pelbagai binatang pelik, hairan sangat...setelah itu datangnya angin kencang membuat dedaun
kelapa di tepi pantai bergoyang hebat dan diikuti lambungan ombak yang tinggi dan dasyat menarik semua binatang
dan makhluk lain. Dan aku dari atas tebing tu memimpin tangan beberapa orang kanak2 hanya mampu melihat. Dengan
kuasa Allah, dalam mimpi itu aku juga mampu melihat roh manusia yang mati dalam lambungan ombak yang tinggi itu.
Terjaga dari tidur, aku terpingga kerana cuba menafsir alamat mimpi itu. Mimpi ini tidak pernah kuceritakan
sehingga peristiwa 26 disember itu terjadi. Debaran pagi 26 Disember menjawab segala persoalan mimpi itu.
Insaf aku....

Mimpi seterusnya, aku bermimpi selama 2 malam berturut, aku dh tak hidup lagi kat dunia ni, aku bermimpi aku
dibaringkan di atas katilku sendiri, dikelilingi ramai saudara, cuma hanya yang mampu aku kenal, ibuku,
dia aku lihat tekun membaca yassin untukku, duduk bersimpuh di bahagian kepalaku, aku tenung ibu, menyoal ibu
kenapa dengan aku? tp, suara aku tidak terluah, tiada siapa mendengar...lalu aku terjaga.

malam kedua, aku mimpi , aku telah siap dikafan dan ibuku juga yang mengurus jenazah aku. Dan aku mimpi,
aku telah dimasukkan ke liang lahad, dan aku menjerit2 kerana tidak mahu ditimbus tanah, aku persoalkan pada
ibu, "nanti eda tak boleh bernafas, macam mana?" tp, ia memamng tiada siapa yang mendengar rintihan aku, dan aku
terjaga....apa makna mimpi aku ni?

Dan baru2 ini, aku mimpi menyelam di lautan luas bersama seorang lelaki yang aku lihat sudah menjadi suamiku
dlam mimpi tu, kami sgt bahagia,dan wajah lelaki itu sungguh jelas, tapi kenapa dalam laut?

Malam tadi, sekali lagi aku bermimpi pelik, ada seekor anjing yang teramat degil, walaupun telah berkali2 dihalau,
dia tetap juga masuk ke dlam rumah aku dan kencing merata2. Dan kami menanggung kesukaran membersihkan najisnya
memndangkan apa yang kita ketahui , najis anjing adalah dlam kategori najis berat. Mimpi apakah itu????

Coretan diatas merupakan rentetang mimpi yang masih tidak terjawab banyak persoalan dalam kepala aku. Kenapa? Mengapa begitu?
Mungkin Allah ingin memberi petunjuk, dan mungkin juga itu adalh ulah syaitan untuk menyesatkan kaum Adam.



Bismillahitwakaltu'alallah.....

Saturday, November 13

MTest oh MTest...

13 November 2010 merupakan tarikh peperiksaan pemilihan guru untuk KPLI ambilan Jan 2011 yang berlangsung diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ramai Calon guru yang terpilih termasuklah aku...hik3..gembira? 50-50. Why? Sebab tak sangka dapat, ditambah lagi aku sekarang sudah menjawat jawatan executive di sebuah syarikat multinational. Tp, aku pergi jugak sbb ini kali kedua aku mencuba. Aku memang tak belajar ape, cuma selak2 je buku rujukan Mtest yang aku beli beberapa bulan yang lalu. Membantu jugaklah, tklah blur sgt nk jawab. Aku ucapkan semoga berjaya buat kengkawan yang menghadiri ujian tersebut. terserempak jugaklah dengan kawan2 zaman sekolah yang berminat nak jadi cikgu. Harap mereka juga berjaya. Boleh kita sambut hari guru bersama...ha3...

Sekitar hari ujian pada hari ini, seramai lebih kurang 300 calon guru menghadiri ujian tersebut (ceh, ayat macam pembaca berita, huk3)..bertempat di sebuah sekolah menengah di JB. Tp, seigt aku tak seramai masa aku gi sebelum ni dekat IPTI, jalan sampai Jam sbb rmai sgt. Untuk ujian kali kedua ni, aku rasa tenang sket lah, tk gelabah macam masa first time dulu. Mungkin sebab kali ke 2 kan, dah boleh agak soklan camne yang keluar. Nasib agak baik, bagi aku soalan tahun ni lebh mudah difahami berbanding tahun lepas. (yeke?)Tahun lepas aku sempat mengantuk...ha!!!mengantuk? walaupun ujian setiap bahagian adalah 30 minit, aku boleh terlelap 2 minit, sbb aku penat baca soalan, tak paham2...sbb tu aku kata tahun ni punya senang sket..ke aku yang bingai sgt2. Hai...cikgu...cikgu..

keh3...so last but not least (ayat masa wat karangan English dulu)yet, important is the calendar. Boleh le kengkawan jenguk2 kalendar KPLI thun ni..

Semakan temuduga - 3 disember 2010
temuduga - 13 - 24 disember 2010
semakan tawaran ke IPG - 22 Januari 2011
pendaftaran ke IPG - 31 Jan 2011

"Selamat Pagi Cikgu"....

Saturday, November 6

Ais krim

Masih lagi aktiviti di hujung minggu. Kali ni, aku cuba wat resepi ais krim, bukan ais krim Malaysia yang satu 20 sen tu tau. Ni, ala2 ais krim mc flurry Mcd. Jimat, sbb leh wat byk. So, sape nk cuba resepi ni boleh lah wat untuk anak2 dan keluarga.

Ais Krim Oreo

1 cawan susu segar (untuk resepi ni, saya guna susu dutch lady, fresh cream)
1 cawan creamer (sy guna coffe mate)- mgkin leh guna creamer lain kalo nk cuba
1 sudu gula (kalo tk suka manis sgt, tk yah bubuh gula)
1 sudu kecil esen vanilla
biskut oreo (dikisar kasar)

Cara:
1. campur susu, creamer, gula ngan esen vanilla dlm mixer.
2. blend sampai berbuih / sebati
3. kuarkan, letak dlm bekas, cmpurkan ngan biskut oreo.
4. sejuk beku selama 8 jam.
5. boleh hidang ngan sirap coklat atau makan macam tu je

tips:
1. Perisa terpulang pada citarasa, kalo perisa buah, guna buah yang tak berair sgt, kalo tak lambat beku (mgkin tk jadi ais krim, tp jd ice blended je)
2. elakkan membuka bekas ais krim dlm tempoh sejuk beku. nnt dia merajuk. ha3
3. tambahkan kuantiti cawan untuk satu adunan yang besar. resepi diatas cuma untuk mangkuk bersaiz sederhana sahaja
4. guna cawan yang sama untuk sukatan susu dan creamer.
5. terlebih susu akan buat ais krim cair, kurang jadi.

selamat mencuba!!!

Sunday, October 31

It's my besday!!!

today is my birthday, the 24th birthday..ha3.but, im still feel that im 17!! unmatured at all. the first wished is came from my exhousemate. thanks a lot dear, then followed by a lotz of friends and cousinz that remember my besday...huhu3

however, it's very lonely birthday, im alone at home, nobody here. ALL OF THEM!!! uwaaaaaa......and its more 'sadis' my teddy bear not wish me yet. Suppose he will be the first one to wish me rite?? Maybe, his calendar is not 31st October yet. Majuk!!!!

i have a dream last nite, sweet dream. very sweet dream, i got a lotz of suprises from family and friends. and i got a lotz of prizes too.. yeay!!!

when it's turn to 24, there much more question abot married came fro relatives and friends...haha3 tak sedia lagi lah...nnt lah ye..peace no war a lotz o thanks for all wishes...emmmuahhhh..

Thursday, October 21

Mantan pengerusi Kelab Penganggur Setaman

Hampir 3 bulan kerja di sebuah syrkt international. Aku tak tau apa kepuasan yang aku dapat. Aku masih blur ngan skop kerja aku..mana yang mampu aku terima aku telan. Tk mampu telan, aku amik air sebaldi aku telan gak sampai hadam biarpun aku tak tau kesudahan benda yang aku hadam tu.

Sbnrnya aku beruntung, aku dpt belajar benda lain, lain daripada apa yang aku belajar masa kat universiti dulu. Yang selalunya orang anggap apa yang aku belajar dulu sama ngan kerja aku skrang. Aku pon tak tau nak terangkan macam mana pada orang2 yang tak tahu kerja aku ngan apa yang aku belajar macma langit dan bumi. Kalau ader sma pon macam jauh papan itam ngan meja murid paling depan kelas tu je.

Keterlaluan ke ayat aku ni. Ntahlah, disaat aku mulai nak suke kerja aku, ada je anasir2 yang boleh menjatuhkan motivasi aku ni. Aku ni dah lh tk kuat hati. Kadang2 balik umah aku luahkan semuanya pada diari fantasi aku. Masa aku kerja dulu aku rasa tk sabar nk sampai kat tempat kerja. Tp, skrang waktu pagi hari bekerja adlah waktu yang paling aku tak nntkan. Selalu aku berharap malam terus jadi malam. Biarlah tambah 12 jam lagi ke. Hahaha…impossible.!!!

Aku pernah rasa benci pada diri sendiri. Tp, benci pada diri sendiri sama lah macam benci pada Pencipta aku. Sbb aku lahir semua tas kehendak yang di atas. Macam mana nak restore nilai2 kemanusiaan dlam diri aku ni. Rasa makin tua plak, hari2 tensi terpaksa hadap kerja2 yang aku tak paham duduk perkaranya.

Setaip kali pergi kerja rasa macam ader makhluk yang tarik tgn kaki aku gi kerja. Macam mak tarik anak2 yang dgel tk nk gi sekolah tu. Cmtu lah aku rasa setiap kali aku melangkah kaki gi kerja.

Langkah seterusnya, aku dah mula hantar borang permohonan kerja ke tempat2 lain. Harap aku boleh dapat. Kih3…jangan marah ye kengkawan sekalian. Im tired. Bak kata Kak Yan, aku dah macam ular sawa yang telan semua makanan, tggal aku amik batu ke air sebaldi untuk hadam semua tu. Malangnya semua tu tersengakang kat perut. Cmne? Tk sebu dibuatnye??hak3

apa yang aku meraban ni hanya luahan hati seekor ular yang naik semput. Tp, amacam ular, dah kenyang pon tetap tamak nak hadap semua wlpun mende tak berkaitan. Sape yang baca, jangan terasa jangan tersedak. Anggaplah macam baca cerpen dari ex-unemployed person yang lurus mcm highway pasir gudang tu.

Thursday, October 14

Dr. Zach

I’m dedicated this song to you DR. ZACH.


Stay beautiful-Taylor swift


Cory's eyes are like a jungle
he smiles, it's like the radio
he whispers songs into my window
in words nobody knows
there's pretty girls on every corner
that watch him as he's walking home
saying, does he know
will you ever know

chorus:
you're beautiful
every little piece, love, don't you know
you're really gonna be someone, ask anyone
when you find everything you've looked for
i hope your life leads you back to my door
oh but if it don't, stay beautiful

cory finds another way to be
the highlight of my day
i'm taking pictures in my mind
so i can save them for a rainy day
it's hard to make conversation
when he's taking my breathe away
i should say, hey by the way...

repeat chorus

if you and i are a story
that never gets told
if what you are is a daydream
i'll never get to hold, at least you'll know

you're beautiful
every little piece, love, don't you know
you're really gonna be someone, ask anyone
when you find everything you've looked for
i hope your life leads you back to my front door
oh but if it don't, will you stay beautiful beautiful beatiful...
beautiful beautiful beautiful

ohh ohh ohhh

oh but if it don't
Stay Beautiful
Stay Beautiful

Sunday, October 10

Minat? Hobi? Suka-Suki?

Spanjang sejarah penulisan aku kat blog, tk pernah lg rasanyer aku sentuh tentang minat, hobi dan kesukaan aku ni...BACA dan KUMPUL NOVEL..best ke jadi pengumpul novel ni? sbnrnyer minat aku pada buku2 bermula sejak kecik lagi...masa kecik mak aku kata aku suka sgt baca kamus bergambar tu..siap baca kuat2 biar org dengar..sbb kalo aku slah baca atau eja, mak dan ayah akn betulkan..hik3

pastu minat baca buku2 cerita yg lebih tebal bermula masa sekolah rendah, aku mungkin antara org yg setiap kali rehat dh tercongok depan library, nk pnjam dan pulang buku..tp still tk leh challenge penerima anugerah NILAM tu..

then, bila dah sekolah menengah minat baca novel mula timbul..tp dulu hanya dpt baca novel yang dipinjam dari kawan2..nk beli sendiri duit saku tkde lebih, ckup2 je untuk belanja makan kat asrama dan beli peralatan belajar mana yg tk cukup.

dan, nk dijadikan cerita kerana hobi inilah jadi slah satu sbb aku pilih kos ijazah aku masa kat UITM dulu. Pensyarah aku pernah tya kat sume student kelas dia masa tu.kenapa pilih kos ni? aku dgn bangganyer ckp...sbb aku suka baca buku..pensyarah aku sengeh dan senyum je..kesian awak, salah pilih kos ni..hik3 tkpelah..asalkan hidup aku dikelilingi dengan buku..

aku bertambah obses mengumpul novel dan bahan bacaan ilmiah lain bila tgk koleksi novel mak su aku..anak dah berderet pun masih sempat baca novel masa lapang..dptlh gak aku pinjam sebuah dua buku yg best2 tu..

sekarang, bila dh bekerja, akiviti ni lgi mudah dijalankan sbb aku dh ader duit sendiri. So, setiap bulan akn ader peruntukan untuk beli novel dan bahan bacaan lain, koleksi novel dan bahan bacaan aku dah hapir dua kotak besar..ayah aku selalu bising, sebb setiap kali aku gi shopping, mst ader satu beg plastik penuh buku. hik3 tahan telinga je aku..last2 ayah aku pun pilih gak sebuah dua buku yg aku ader. teringin plak dia nk baca.

Ramai gak kawan2 bertya genre buku ape yg aku baca dan simpan??
1. Novel- genre cinta, keluarga, thiriller dan misteri
2. Buku2 motivasi
3. Novel grafik-(komik lew)
4. apa2 tajuk yg aku rasa baru untuk life aku, aku akan beli.

Sekarang aku masih mencari buku "three swan" tentang 3 orang wanita besar di Malaysia..

oklah, for the last but not least aku nk wat review novel yg baru aku tamatkan bacaannyer 2 hari lepas. "MELUR BUNGA IVY-Nazurah Aishah-"



Melur Bunga Ivy mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan yg terganggu dek sifat ego dan kepentingan tertentu dlam diri. Bila baca novel Kak Naz ni rasa macam berda ditempat sebenar..cara dia cerita santai je,,,smpaikan aku tergelak sendiri bila bca stanza tertentu yg melucukan...bg aku, aku menghargai karya2 novelis..bukan mudah merealitikan imaginasi di atas sekeping kertas,(bg sesetengah org) tp penulis mampu
menterjemahnyer. ini adlh novel pertama yg aku baca dari karya kak naz, jd aku belum dpt menggambrkn spenuhnya cara kak naz menulis, (eceh...boleh jad pengkritik plak aku kat sini)..wlau macam mana pun aku tetap enjoy baca Melur BUnga Ivy dari awal sehingga habis. Untuk Kak Naz, (kalo lh kak Naz baca KOmen aku kat sini) pasal novel dia...sy terus support karya2 akk lepas ni..harap kak naz tak putus idea. Cubalah baca cerita ni, ader babak lucu dan cemas serta menyayat hati para pembaca..

Sekian dari aku yg sekadar menulis di sini, ha!!!sebelum terlupa, buat pembaca blog aku nih, kalo ader novel nk jual murah kat aku, silalh ek..sbg sokongan menambah koleksi novel dan bacaan aku...ladidadaaada...

Friday, August 27

SEBuLaN BeRlAlu....=naNO-nAno

Sudah hampir sebulan rasanya menjejak kaki ke OSI..tempat kerja baru aku...bg aku ni adalah lubuk rezeki bg graduan macam aku. Graduan macam aku?? mksudnyer hape tuh?.Mksudnyer graduan yg mengangur terlalu lama mcm aku, bila dpt peluang kerja bergaji selesa begitu, itu adalah lubuk rezeki yg agak besar. Lagipun, aku belum ader tggungjawab berat lg. Mgkin bg yg dh berkeluarga, jumlah itu perlu diguna berhati2...salah langkah,..ader yg gigit jari ditengah bulan..

sebulan disitu memberi satu lagi pengalaman tentang manusia. Hebatnya Allah, walaupun makhluk yg bernama manusia itu cuma ader satu nama untuknya, Allah ciptakan ia dengan pelbagai watak yg dilakon dan diarahkan manusia itu sendiri. Peluang diberi, hanya perlu kiter memilih watak yg kita mahu..

Pertama kali mendapat tahu tentang jawatan ini, akal terdetik, mampukah aku sumbangkan sesuatu untuk kerja baru ini, apa peluang untuk aku maju? apa cabaran kerja aku? Hiaihhh...mcm2 lew. Kdg2 melewati setiap hari ader duka yg bertamu, ader rasa radang dihati, rasa tk tertelan nafas sendiri, hingga kdg2 rasa diri terlalu lurus, terlalu naif dan terlalu hijau untuk menilai. Terdengar bisikan teman, " Rom tidak terbina dlam satu hari," kata Ms NA pada aku buat semgt itu kembali wujud dan kata2 itu sering terlafaz dihati jika duka dan kecewa pada diri terundang. jika Rom tidak terbina dalam sehari, izinkan aku mengukir lagi sejarah ROm itu. BIar jaDi bahan sejarah hingga akhir hayat.

SUDah...merepek je. Dua mnggu lebih berpuasa, buat jiwa sedikit tenang, setiap hari adalah hari yg baru. Diri hanya tersenyum bila rasa marah timbul. Betapa mudahnyer rasa amarh, wlpun mkhluk yg dilaknat Allah itu dikurung di ikat di bulan mulia ini. Tp ader cerita lucu nk dikongsi pada pembaca sekalian. Diri tidak berpeluang mencukupi puasa sebulan, setiap hari bgun bersahur sbb menjangkakan, tk mgkin dpt mkn kat opis kan. Tp, mmg nikmat puasa Allah beri pada hambanya, lapar berpuasa tk sama kalo kiter lapar sbb tk puasa kan?. adui....

Ms NA mencadangkan agar aku mengalas perut di STOR barang..huhhuhuu...jalan terbaik bg aku sbb si perut dh menjerit2 minta diisi..lalu aku gi mencekik lr...hahhah..tkut gastriknyer pasal. itu pun dh nk berguling2 menahan sakit dlm perut...

FIN_time to get rest and sleep well. tomorrow will be another happy day! yeah!

Thursday, August 12

Fell soooooooo good....

yesterday was the first day of ramadhan, and it's the time the muslim rest the tummy from digestion food in the day. Actually, i want to tell all viewer that im feel so good today coz of hmmm my cute bunny that make some jealousy of being ignore by me..HAhahahah. it's the first time in three years he was 'merajuk' coz im not text him for the whole day...for the time being, im the only person that keep asking why he not text me while working even once, know the time to pay the revenge. Bukan lh dendam pun, just to make him know what i feel when he ignoring me for the whole day, or even a week. Sory dear, im not doing it on purpose okay! I'm really busy yesterday with the family...first day of ramadhan right??? wink, wink, wink!....lalalalala... FEELING SO GOOD... and im not realize that im walking to office with smile and bright eyes on my face until im wrote this entry. huhuhu....but im already 'pujuk' him with very good morning kisses on the phone and he really 'manja' @ ngada2...heheheheh...FIN.

Tuesday, July 27

Double HAppiness.....

Good evening everyone!!!!
Alhamdulilah...thanks to Allah for gave me these happiness...syukran..

Today and Yesterday i got double happiness plus a little tiny frustration..I've to practice using English in all daily conversation from this day...because sum reason...lalalalala THE DOUBLE HAPPINESS

1. I GOT THE DRIVING LICENSE
hahahaha...i really want to laugh to myself..by taking 4 times of JPJ test than i got the license...so so so 'degil' to be PASS..actually im not a good driver, i have to be more practice. Because of too much nervous, my driving skill will go haywire..because of that, my dad can't give the trust on me to drive alone..one day maybe..

2.THE SECOND HAPPINESS IS MY INTERVIEW IS SUCCESS!!!!!
till now i am still think than i dreaming got this job. HUh...i never trust my self. Maybe its true that some friend told me that sometime i can't expose my self...and i believe that is one of reason i cannot pass the government interview. Pity of me..hihihihi

oklah...nk citer pasal job yg ditawarkan iaitu as a Document controller...actually, pernah dengar pasal position ni..tp really tk dpt gmbrkan camne kerjanya..masa interview tadi masa manager tu citer sket ttg task job ni, aku rasa cam nk ngis sbb aku gmbrkan ia suatu kerja yg agak detail dan rumit..uwaaaa..tp tkpe en. manager...seperti yg telah dijanjikan i will try my best to learn something new ok...just give me the chance to make it..

PENGALAMAN DI TEMUDUGA

hari ni merupakan hari yg tk mgkin aku lupakan seumur hidup aku..ini bukanlah first time aku gi interview..cuma interview sebelum2 ni untuk goverment sector...kali ni swasta. they will aspect much..sbb mereka tidak mahu rugi give the salary for those yg tk leh wat keje...membazir je...so kena bg yg TERBAIK...

hari ni aku bgun awal..cam biasa lah solat subuh..tp selalunya aku akan tido balik..tp tk untuk hari ni..aku bgun dan cuba tenangkan diri setenangnyer..malam tadi pon aku tk review pape pon pasal interview memandangkan otak aku dh sendat penuhkannyer beberapa hari sebelum tu..then kul 7 aku start buka laptop aku dan review tajuk2 akhir research aku pasal job aku secara lalu je..aku nk positif je hari ni..kul 8.15 pagi mula siap2, gosok baju, mandi, makeup ala kadar dan wat role play wat kali terakhir..masa masih byk sbb interview aku kul 10. Then, kul 9.15 pagi aku pon bertolak ke temapt temuduga ditemani ayah aku..yela..aku kan lom boleh bawak keta sendiri..sampai sana 9.30 pagi...kjap je kan..mmg sgt dekat ngan umah aku..

then, sampai sana gi kat post guard, dapt pass masuk visitor...aku sorang je kena temuduga hari ni..tkde calon lain..then jalan2 gi receptionist..jauh gak sbb aku masuk ikut pintu belakang..aku jalan sambil senyum2 tp dlm hati uiii berdebar, sakit perut sumer ader.bla...bla...bla...byk sgt nk citer sebelum smpi bilik temuduga, tak yah citer lah eh...

duk dalm bilik temuduga...en. manager suh tggu jap..aku pun tggu lah..tp aku pelik npe aku dh tk rasa berdebar dah..peliknyer....alhamdulillah..

ok then proceed to the interview session

mr. manager : are you ready?
aku: yes, im ready

mr.manager : ok, for a start, introduce about your self..
aku: (aku pon gtau lah serba sket pasal aku, nama, umo, suka wat pe, blah...bla...bla)

mr. manager: ok, u was graduated from uitm in library management, right?
aku: yes

mr. manager: plis tell me about your studies, i am not familiar with the course, what is it actually?
aku: soklan ni, aku ader gak wat persediaan jawapan, sbb aku tau kalo company tu lain dari bidang kiter, mst dia nk tau sket2 apa yg kiter belaja sbnrnyer. jadi aku pon kata lah library mag. ni pasal manage library..dan sewaktu dengannyer..aku pon dh tk hengat ape yg aku bebel pasal course aku.

mr.manager: what is ISBN number?
aku: haa??? dalam hati aku kata ni interview librarian ke?..tp tkpe sbb dia nk tahu, aku citer lah..boleh plak aku tersalah fakta dan tersasul2 ckp bahasa melayu, padahal aku tgh speak english..hahaha..gelak lg aku..aku dh tersengih2 terckp bahasa melayu..aku teruskan je lah..hihihi...tp untuk soklan ni je lah...lepas tu aku ckp english semula..

mr.manager: ok, u was working at KFC before, why do you working there even u have degree?
aku: senyum je dengar soklan tu...aku pon jawab aku tk tau nk mula dari mana nk cari kerja, jadi aku amik keputusan mula je kerja dari staff bawahan, sbb aku nk tau tekanan staff, dan nk dpt pengalaman baru lew...aku pon tk pasti dari mana aku dpt idea nk jawab mcm tu..ilham dari Allah ni..alhamdulilah

mr.manager: then, how you take action on customer demanding regarding your work in KFC?
aku: i just pretend all their needs and demand are ok and i tried to get what they want.
mr.manager: how u pretend it?
aku: erm...i just always smile and just obey the needs of the customer as well as customer always right..then, after working hours i release my pressure by doing some activity such as playing video games and singing.

mr.manager: so then, sometimes u singing to release the working pressure?
aku: yes, sometime yes.. (aku pon sengeh2 je...hahaha malu pon ader, nyanyi pon tk sedap..mati aku kalo lepas company ni wat pape majlis suh aku nyanyi plak)
mr.manager: erm good..you have positive way to release your tension..and it's good.
aku: thank you..senyum lg...

sbnrnyer byk lagi soklan yg manager tu tya..kat ats tu antara soklan2 menarik yg aku hengat...lain dia tya more about apa yg aku tau pasal company tu, apa yg aku tau ttg position aku nnt dan apa skill yg aku ader untuk company tu jlnkan operasi dia...aku pon jwab lah sekadarnya yg aku tau..sbb tk nk lebey2 takut salah fakta ataupun takut mereka aspect byk sgt dari aku..tkut aku yg tk mampu buat...

for the last aku just bgtau yg aku bersedia nk belaja sekiranya aku diberi peluang tu..sbb aku baru lagi..

pstu kan dtg GM plak...nk discuss about salary yg aku mintk tu..sbb dia kata salary tu tinggi sgt sedgkan aku lagsung tkde xperience pasal tu...setelah discuss bbpe minit..aku pon setuju untuk digajikan as fresh and entry level..terima kasih byk2..

pastu mr.GM discuss plak ngan bakal manager aku apsal aku...dan aku diterima bekerja disitu mulai 2hb ogos ni..rezeki raya ni...alhamdulillah...

aku pon ucap thanks kat manager aku..manager aku ckp..welcome, see you on 2nd august k!

akupon say thanks lagi smpai aku keluar lupa bawak handbag...hahahaha...budus..xcited tk bertempat..dengan malunye aku patah balik kat ofis dan amik hand bag aku...lalalalalal...wat muka tebal je...kikikiki..

about the frustration mention, let be in my own know it..smile!

maaf diatas kesalahan tatabahasa memndangkan english bukan makanan aku..

Thursday, July 15

empty....

Tajuk entry kali ni mgkin agak misteri...bukan cerita hantu...tp empty. Empty yg bermaksud kosong atau sifar. Mgkin itu yg aku rasa sekarang ni dan di saat ni...aku rasa macam jasad aku je menerawang kat dunia ni..tp aku macam tkde perasaan..jiwa rasa kosong, bosan, null dan sewaktu dgnnyer..ntahlah wei...

Monday, June 28

ayah..abie..baba...daddy..papa...walid...abah...


Entry kat atas mrujuk kepada sesape yg bergelar ayah sedunia...baru je beberapa hari lalu kiter sambut hari ayah...disini, aku nk citer tentang ayah aku...

bg aku, dia seorang lelaki yg baik, bertanggungjawab, tegas tapi sgt penyayang..bg aku, aku adlh antara ank yg rapat dan manja dengan ayah, pape je hal, mst cari ayah, ader kemusykilan je cari ayah,,,dan kalo tkde duit pon cari ayah gak...hehehehe

baru2 ni ayah sakit dan sekarang masih dirawat di hospital..mula2 ayah demam, kami igt demam biasa, dan kami bawa ke klinik, kami sangka, ayah akn sihat semula cam selalu...sbb ayah jarang sakit teruk..tp selps tiga hari demam ayah tk kebah dan makin tinggi diikuti sengal2 badan walupun dh diurut, kami bawa ayah ke hospital, pada malam pertama pergi, doktor amik darah, dan masukkan air ke tubuh ayah, dan ayah pulang, esok pg nyer ayah di minta ke hospital semula, dan ayah di msukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

ayah mengalami keadaan ketidak stabilan tekanan darah dan disyaki demam denggi...aku risau sgt keadaan ayah, mujur ada mak menggu ayah di hospital. tp, pada petang hari pertama, ayah telah ditukarkan ke wad lain. Kalo tk silap nmenyer HDW (High Dependency Ward)...di dlm wad ni ayah akan dipantau lebih untuk menentukan samada ayah denggi atau tidak..

semalm waktu melawat ayah, hati jad sayu dan sebak...melihat wayar berselirat buat hati aku rasa nk pecah...tp aku than air mata agar tk tumpah di dpn ayah, aku nk jd anak yg kuat wlpun aku tau, aku bukan kuat sgt, sempat lg kami bergurau..aku tau, kt rumah, kdg2 wlpun ayah ader aku lg suka memerap dlm bilik, tp bila ayah tkde kt umah, ilang dh smgt aku, sbb ayh selalu buat aku gelak dgn lawak spontan dia. Masa nk balik dari lawat ayah smlm, aku salam ayah, dan ayah genggam erat tgn aku, seakan tk nk lepaskan anak dia balik, aku jd sebak sgt, masa tulis entri ni pun, aku dh sebak sgt, dan aku cium pipi ayah. Sempat ayah berbisik, "doakan ayah sihat eh,". aku cium sekali lagi dan cepat2 pergi dari katil ayah, sbb aku dh tk tahn nk ngalirkan air mata..."AYah, eda doakan ayah sembuh dan balik lg kat umah kiter, eda rindu nk dgr lawak ayah"...ayah cepat sembuh tau...eda tunggu ayah balik".

balik je umah, aku pura2 senyum degn adik beradik laen, tp hati aku, Allah sahaja yg tau...dan aku ngis bersendirian tnpa sesape tau, ketika berdoa setiap kali lepas solat, air mata aku mencurah2 turun, terigtkan ayah dalam doa..hiba sgt rasa hati..hari ni InsyaAllah, aku akan kesana lgi melawat ayah, aku mahu ayah kuat, agar ayah cepat sembuh, sbb anak2 ayah ni, rindu kan ayah..

kawan-kawan dan silent reader blog aku, marilah sma2 doakan ayah ku sehat seperti sedia kala..terima kasih atas doa kalian, hanya Allah sahaja mampu membalas.

Friday, June 18

::MY Colours::

hari ni aku wat interview...itu pon kalo boleh di panggil interview...mcm review lah mngenai diri aku through some colours which are
putih < pendiam >, biru < jujur >, merah < panas baran >, hijau < peramah >, ungu < comel >, pink < nakal >, hitam < sombong >, coklat < funny >, kuning < manja sangat >, oren < menarik >, kelabu < pandai jaga at org >, dan jingga < brutal >

aku minta mereka (cikgu acan, sahar, najib, elly dan zateng) untuk beri 5 warna yg seswai dgn personaliti aku dari pndgan mata mereka...tp nape tya 5 org je? sbb...sbb ape ek...sbb aku mls nk sms reramai, hahahah...

dan berikut adalah keputusannye
1. hijau
2. ungu
3. pink
4. kelabu
5. oren
6. putih
7. biru
8. kuning
9. jingga

hahahah...apsal byk sgt ni...erm..biaslah..lain org, lain pndangannyer kan..tp turutan tu bukan ikut mana view yg byk..aku taruh je pandngan org tntg personaliti aku...FYI jingga tu satu undian je...mknenyer aku tkdelh brutal sgt...hahahah

Friday, June 4

Driving oh driving....


tin...tinnnn
hik..hik...kengkunun bunyik hon kete lew kan...hahaha...sbnrnyer aku neves nk test JPJ mggu dpn..yelah aku ni jenis gelabah, tk leh rasa neves sgt, nnt apa yg aku buat sumer tk jd..mgkin kalo org len tk kesah sgt, sbb dh biasa driving, just amik kelas untuk dptkan lesen tu..bg aku yg mmg kaki bangku ni...pertama kali aku memandu adalah pada hari ke-2 aku gi kelas driving...ksian tul..ksian cikgu2 yg ngajar budak lengai cam aku ni...hahahah...maaf ye cikgu2 sumer...org belaja sebulan je,,aku belaja dekat 3 bulan masih teragak2 dan tk confident...tkpe insyaAllah aku akan buat yg terbaik...

kalo lh aku byk duit, aku hire je sorang driver antar aku ke sana ke mari..huhuhu...tp hidup kena realistik, jgn plastik, dan kena survive, supaya kiter jd org yg bersyukur sbb kiter dapat rasa nikmat bila kiter dpt buat sumthing yg kiter rasa susah sblumnyer..btul kan? aku hengat lh kan, lepas dah ader lesen ni, aku nk bawak keta auto je...aku mls lh nk men clutch tu, leceh (ataupun sbnrnyer aku mls) hahahaha.

Thursday, May 27

Antara Kehendak & Tentangan

oishiii!!! sedap sgt laksa penang yg emak belikan untuk eda tuh...thanks mommy! sbb selalu igt mknn kegemaran ank mak yg notie ni. sgt pedas n i loikke very much!

demo, watashi takleh makan selalu, sbb watashi skt..watashi ader gastrik yg agak kronik..kalo watashi tk jage watashi leh kena ulser..

tp watashi dh ngidam sgt, lama dh tk mkn..smlm pon watashi dh bantai setin coke wlpn watashi tk leh minum air gas. Mommy marah smlm sbb tau watashi minum air gas sorok2, tp watshi tk leh tahan dowh..gian. jgn risau mommy watashi bukan minum selalu..dh lame dh watashi tk minum kan.

sbb tu kdg2 watashi masak pedas pon, org len mkn kata tak pedas, nk wat cmne..takat tu je pedas yg watashi leh terima, lebih dari tu, watashi akn tanggung akibatnyer..tak sanggup beb..sakit sgt..

buat teddy bear tersyg, jgn marah eh kalo watashi tk jage ksehatan watashi...kdg2 watashi terignin mkn mknn yg watashi tk leh mkn...

Sunday, May 23

:: Kebahagiaan Dalam Perpisahan::

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Tiap titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Wednesday, May 19

New Look Of My Kazumi...


KAZUMI!!!
sape kazumi tu..kazumi tu nme laptop aku, hehehe...dh 3 tahun lebey umo dier..tahun ni aku bg dier skin sbg hadiah kerana jasa2 nyer spnjg pengajian aku di UiTM..walaupun agak lame dn model ni dh tk byk kot..ataupun mmg dh tkde..aku ttp cyg dier...Kazumi aku ni agak sket rosak...patutnyer dh kena masuk ward...USB port dh rosak..button onn/off dia dh patah, Cd Driver dier pon dh rosak...kena ganti lor...tggu aku ader duit eh kazumi..nnt aku ganti sumer tu sebelum aku bg ko kat adik aku...FIN>>

Sipnosis IP MAN 2


IP MAN ni mengisahkan ttg the legendary sifu in kung fu lah..some kind of chinnesse martial arts..mmg besh citer ni..aku bg 4 bintang..mule2 cm nk tgk citer len..tp incik chubby kiter suker tgk citer cina...jadi ikutkan lh...igtkan tk besh...upenyer besh tau...aku plak yg terlebih teruja tgk citer ni until the end...mesti org dpn aku geram sbb aku bising mase tgk citer tu...mcm tgk kat umah plak...kekekeke..

Dan baru ku tahu, IP MAN juga merupakan guru kung fu kepada Bruce Lee...pttutlh, mase mula2 cerita ni, aku tgk gaya kung fu tu mcm dah familiar sgt..ermm...buat kengkawan yg belum tgk...aku nk confirmkan citer ni mmg besh..dan bg peminat filem action, jgn lepaskan peluang..enjoy!!!

A Walk To RemembeR..

Semalam 18 Mei 2010, im went out with my chubby. Tkde plan nk kemana2, just nk tgk IP MAN 2 ngan najib nk gi btulkan keta 'tank' dier tue. Seb baik tk lame sgt...tp leh thn kebulur lh waiting2 kat bengkel...Mujur ader kantin kat situ, pau leh semangkuk soto..oishii!!! Berikut perbualan kami kat kantin tersebut:

Eda: Abg nk mkn pape tak?
Najib: Tk pelh, abg tk nk mkn, nk mkn betik ni je...
Eda: Ok, cmtu,ayg nk makn mi soto ni tau.
najib : Ermmm...Dik, mintak mi soto 1, teh o suam 1, teh o ais 1 ngan betik ni eh..
Adik jaga kantin: ok2, sambal kicap nk tk kak?
Eda: Boleh gak!

Kami pun duduk makan....
Eda: uishh...sdpnyer..tip top
Najib:.......
Eda: Sdp giler, rugi abg tk order td..sambal dia HOT...
Najib:......

masih tk heran lgi tu...kekekeke
Eda: Nyum...nyum...

Tiba2 kan ader satu tgn tarik mangkuk soto tu...hahahaha gotcha!

Eda: Ader org tu kan td jual mahal...org nk belanja pon tak nk, last2 dier rembat mi soto kiter...hihihihi..
Najib: Hehehehehe....kantoi lh plak...

Pengajaran citer diatas: Jgn sombong kalo org nk belanja...dh lapo tu ngaku je lah...

Friday, May 14

Truster reunion 2010

menurut event dalam fb, ada reunion untuk truster group...rase cam nk pegi...lama dah rasanya tk jumpa kengkawan n at the same time aku ni bergumbira sakan since dah grad...sesekali kena lh amik angin luar kan...mna tau ilham byk plak dtg...dgr cerita nk wat kat gunung ledang resort...cam besh je...nk pegi lh cmni...kuheheheh...pape pon kena readykan fulusnyer dolu...kawan2 tunggu aku di sana!!!!!

Tuesday, January 5

Jejak KAsihan....kui...kui...



semalm mcm biase le...aku kerja kat kfc...shift mlm...sbb skang dh nek skolh dh tkde sape nk antr aku gi kerja pagi2...so, terpksalah aku kerja mlm je...buhsan sbb mlm bowing...lagi2 dh nek skolah...boleh bilang customer yg dtg...tp kalo ujung minggu pnt sket lh...nk dijdkn citer smlm berlaku jejak kasihan ngan kawan2 satu sekolah dulu...dh lme tk jumpe mereka...6 tahun rasenye..mase tu aku baru pas amik satu customer...tiba2 berdiri 3 org makhluk yg muka cm familiar...lame aku duk perati sampai tk terkeluar ayat keramat aku kat KFC...ala ayat "selamat dtg encik...makan sini?"...tiba2 aku jerit...eh! usop...ko upenyer...mereka datang bertiga...najib. usop dn bakal doktor kiter....encik mahfidz ...mahfidz dh besar, tk kecik mase zmn skolah dulu...nasib bek customer tk ramai dpt lh aku berbula sakan bersame mereka...mereka stilll mcm dulu...kepoh...cume, aku rase diorg mst pelik tgk aku...mase skolah aku ni pendiam...tk byk ckp....sekali kau...mcm joyah aku kat situ...heheheh...bukan ape...aku bukan tkde peluang jumpe diorg...tp setiap kali diorg wat pape majlis ke, konvoi ke aku tk pnh pg...btw...hepi sgt jumpe mereka...dgr citer diorg...dgr celoteh laser diorg tu...mmg sengal...bila tiga makhluk ni dh bergabung...gitulh jadinyer....kuang...kuang...sekian....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...