Pages

Monday, November 29

Mimpi....


kita sering dimomokkan mimpi itu mainan tidur, tapi bagi aku mimpi juga boleh jadi pertunjuk tentang apa yang
akan berlaku atau yang telah berlaku, untuk menjelaskan apa makna semua kejadian yang berlaku dalam hidup kita.
aku pernah mimpi tentang kejadian tsunami beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku. Mulanya, aku tak dapat
langsung menafsir mimpi aku tu, aku mimpi aku berdiri di satu tebing tinggi berhampiran laut, disitu di tepian
pantai aku melihat pelbagai binatang pelik, hairan sangat...setelah itu datangnya angin kencang membuat dedaun
kelapa di tepi pantai bergoyang hebat dan diikuti lambungan ombak yang tinggi dan dasyat menarik semua binatang
dan makhluk lain. Dan aku dari atas tebing tu memimpin tangan beberapa orang kanak2 hanya mampu melihat. Dengan
kuasa Allah, dalam mimpi itu aku juga mampu melihat roh manusia yang mati dalam lambungan ombak yang tinggi itu.
Terjaga dari tidur, aku terpingga kerana cuba menafsir alamat mimpi itu. Mimpi ini tidak pernah kuceritakan
sehingga peristiwa 26 disember itu terjadi. Debaran pagi 26 Disember menjawab segala persoalan mimpi itu.
Insaf aku....

Mimpi seterusnya, aku bermimpi selama 2 malam berturut, aku dh tak hidup lagi kat dunia ni, aku bermimpi aku
dibaringkan di atas katilku sendiri, dikelilingi ramai saudara, cuma hanya yang mampu aku kenal, ibuku,
dia aku lihat tekun membaca yassin untukku, duduk bersimpuh di bahagian kepalaku, aku tenung ibu, menyoal ibu
kenapa dengan aku? tp, suara aku tidak terluah, tiada siapa mendengar...lalu aku terjaga.

malam kedua, aku mimpi , aku telah siap dikafan dan ibuku juga yang mengurus jenazah aku. Dan aku mimpi,
aku telah dimasukkan ke liang lahad, dan aku menjerit2 kerana tidak mahu ditimbus tanah, aku persoalkan pada
ibu, "nanti eda tak boleh bernafas, macam mana?" tp, ia memamng tiada siapa yang mendengar rintihan aku, dan aku
terjaga....apa makna mimpi aku ni?

Dan baru2 ini, aku mimpi menyelam di lautan luas bersama seorang lelaki yang aku lihat sudah menjadi suamiku
dlam mimpi tu, kami sgt bahagia,dan wajah lelaki itu sungguh jelas, tapi kenapa dalam laut?

Malam tadi, sekali lagi aku bermimpi pelik, ada seekor anjing yang teramat degil, walaupun telah berkali2 dihalau,
dia tetap juga masuk ke dlam rumah aku dan kencing merata2. Dan kami menanggung kesukaran membersihkan najisnya
memndangkan apa yang kita ketahui , najis anjing adalah dlam kategori najis berat. Mimpi apakah itu????

Coretan diatas merupakan rentetang mimpi yang masih tidak terjawab banyak persoalan dalam kepala aku. Kenapa? Mengapa begitu?
Mungkin Allah ingin memberi petunjuk, dan mungkin juga itu adalh ulah syaitan untuk menyesatkan kaum Adam.



Bismillahitwakaltu'alallah.....

Saturday, November 13

MTest oh MTest...

13 November 2010 merupakan tarikh peperiksaan pemilihan guru untuk KPLI ambilan Jan 2011 yang berlangsung diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ramai Calon guru yang terpilih termasuklah aku...hik3..gembira? 50-50. Why? Sebab tak sangka dapat, ditambah lagi aku sekarang sudah menjawat jawatan executive di sebuah syarikat multinational. Tp, aku pergi jugak sbb ini kali kedua aku mencuba. Aku memang tak belajar ape, cuma selak2 je buku rujukan Mtest yang aku beli beberapa bulan yang lalu. Membantu jugaklah, tklah blur sgt nk jawab. Aku ucapkan semoga berjaya buat kengkawan yang menghadiri ujian tersebut. terserempak jugaklah dengan kawan2 zaman sekolah yang berminat nak jadi cikgu. Harap mereka juga berjaya. Boleh kita sambut hari guru bersama...ha3...

Sekitar hari ujian pada hari ini, seramai lebih kurang 300 calon guru menghadiri ujian tersebut (ceh, ayat macam pembaca berita, huk3)..bertempat di sebuah sekolah menengah di JB. Tp, seigt aku tak seramai masa aku gi sebelum ni dekat IPTI, jalan sampai Jam sbb rmai sgt. Untuk ujian kali kedua ni, aku rasa tenang sket lah, tk gelabah macam masa first time dulu. Mungkin sebab kali ke 2 kan, dah boleh agak soklan camne yang keluar. Nasib agak baik, bagi aku soalan tahun ni lebh mudah difahami berbanding tahun lepas. (yeke?)Tahun lepas aku sempat mengantuk...ha!!!mengantuk? walaupun ujian setiap bahagian adalah 30 minit, aku boleh terlelap 2 minit, sbb aku penat baca soalan, tak paham2...sbb tu aku kata tahun ni punya senang sket..ke aku yang bingai sgt2. Hai...cikgu...cikgu..

keh3...so last but not least (ayat masa wat karangan English dulu)yet, important is the calendar. Boleh le kengkawan jenguk2 kalendar KPLI thun ni..

Semakan temuduga - 3 disember 2010
temuduga - 13 - 24 disember 2010
semakan tawaran ke IPG - 22 Januari 2011
pendaftaran ke IPG - 31 Jan 2011

"Selamat Pagi Cikgu"....

Saturday, November 6

Ais krim

Masih lagi aktiviti di hujung minggu. Kali ni, aku cuba wat resepi ais krim, bukan ais krim Malaysia yang satu 20 sen tu tau. Ni, ala2 ais krim mc flurry Mcd. Jimat, sbb leh wat byk. So, sape nk cuba resepi ni boleh lah wat untuk anak2 dan keluarga.

Ais Krim Oreo

1 cawan susu segar (untuk resepi ni, saya guna susu dutch lady, fresh cream)
1 cawan creamer (sy guna coffe mate)- mgkin leh guna creamer lain kalo nk cuba
1 sudu gula (kalo tk suka manis sgt, tk yah bubuh gula)
1 sudu kecil esen vanilla
biskut oreo (dikisar kasar)

Cara:
1. campur susu, creamer, gula ngan esen vanilla dlm mixer.
2. blend sampai berbuih / sebati
3. kuarkan, letak dlm bekas, cmpurkan ngan biskut oreo.
4. sejuk beku selama 8 jam.
5. boleh hidang ngan sirap coklat atau makan macam tu je

tips:
1. Perisa terpulang pada citarasa, kalo perisa buah, guna buah yang tak berair sgt, kalo tak lambat beku (mgkin tk jadi ais krim, tp jd ice blended je)
2. elakkan membuka bekas ais krim dlm tempoh sejuk beku. nnt dia merajuk. ha3
3. tambahkan kuantiti cawan untuk satu adunan yang besar. resepi diatas cuma untuk mangkuk bersaiz sederhana sahaja
4. guna cawan yang sama untuk sukatan susu dan creamer.
5. terlebih susu akan buat ais krim cair, kurang jadi.

selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...