Pages

Monday, November 29

Mimpi....


kita sering dimomokkan mimpi itu mainan tidur, tapi bagi aku mimpi juga boleh jadi pertunjuk tentang apa yang
akan berlaku atau yang telah berlaku, untuk menjelaskan apa makna semua kejadian yang berlaku dalam hidup kita.
aku pernah mimpi tentang kejadian tsunami beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku. Mulanya, aku tak dapat
langsung menafsir mimpi aku tu, aku mimpi aku berdiri di satu tebing tinggi berhampiran laut, disitu di tepian
pantai aku melihat pelbagai binatang pelik, hairan sangat...setelah itu datangnya angin kencang membuat dedaun
kelapa di tepi pantai bergoyang hebat dan diikuti lambungan ombak yang tinggi dan dasyat menarik semua binatang
dan makhluk lain. Dan aku dari atas tebing tu memimpin tangan beberapa orang kanak2 hanya mampu melihat. Dengan
kuasa Allah, dalam mimpi itu aku juga mampu melihat roh manusia yang mati dalam lambungan ombak yang tinggi itu.
Terjaga dari tidur, aku terpingga kerana cuba menafsir alamat mimpi itu. Mimpi ini tidak pernah kuceritakan
sehingga peristiwa 26 disember itu terjadi. Debaran pagi 26 Disember menjawab segala persoalan mimpi itu.
Insaf aku....

Mimpi seterusnya, aku bermimpi selama 2 malam berturut, aku dh tak hidup lagi kat dunia ni, aku bermimpi aku
dibaringkan di atas katilku sendiri, dikelilingi ramai saudara, cuma hanya yang mampu aku kenal, ibuku,
dia aku lihat tekun membaca yassin untukku, duduk bersimpuh di bahagian kepalaku, aku tenung ibu, menyoal ibu
kenapa dengan aku? tp, suara aku tidak terluah, tiada siapa mendengar...lalu aku terjaga.

malam kedua, aku mimpi , aku telah siap dikafan dan ibuku juga yang mengurus jenazah aku. Dan aku mimpi,
aku telah dimasukkan ke liang lahad, dan aku menjerit2 kerana tidak mahu ditimbus tanah, aku persoalkan pada
ibu, "nanti eda tak boleh bernafas, macam mana?" tp, ia memamng tiada siapa yang mendengar rintihan aku, dan aku
terjaga....apa makna mimpi aku ni?

Dan baru2 ini, aku mimpi menyelam di lautan luas bersama seorang lelaki yang aku lihat sudah menjadi suamiku
dlam mimpi tu, kami sgt bahagia,dan wajah lelaki itu sungguh jelas, tapi kenapa dalam laut?

Malam tadi, sekali lagi aku bermimpi pelik, ada seekor anjing yang teramat degil, walaupun telah berkali2 dihalau,
dia tetap juga masuk ke dlam rumah aku dan kencing merata2. Dan kami menanggung kesukaran membersihkan najisnya
memndangkan apa yang kita ketahui , najis anjing adalah dlam kategori najis berat. Mimpi apakah itu????

Coretan diatas merupakan rentetang mimpi yang masih tidak terjawab banyak persoalan dalam kepala aku. Kenapa? Mengapa begitu?
Mungkin Allah ingin memberi petunjuk, dan mungkin juga itu adalh ulah syaitan untuk menyesatkan kaum Adam.



Bismillahitwakaltu'alallah.....

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...