Pages

Sunday, December 5

Weds.....

sana sini ada jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat beriman dengan mendirikan masjid ni, dapat menghindar hasutan2 jahat makhluk penderhaka yg sentiasa berpegang pada janji menyesatkan anak Nabi Adam. Hari ni je lebih 5 jemputan kenduri kahwin, tp hanya mampu pergi 2 je...tk larat, kenyang...hik3..mggu depan insyaAllah ada lagi. Barakallah pada sekalian pengantin baru, semoga kamu berdua dalam rahmat dan berkah Allah sehingga keturunan terakhir. Amin....

Aku? bila lagi? persoalan yang sering diajukan setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan2..entah! jawab aku dengan selamba...kadang kala ada idea nakal, aku akan jawab tak lama lagi, nnt smpi lah kad eh...dan kawan2 pun ucapkan tahniah...semoga ia jadi satu doa bila diucapkan selalu...selebihnya, aku doa dan tawakal semoga Allah murahkan rezeki agar aku mudah mempercepat majlis perkahwinan itu...dan aku perlu bersiap siaga, menyempurnakan diri dengan segala ilmu sebelum berumah dan bertangga..semoga tangga yang dibina tetap kukuh walau diinjak beban seberat mana sekalipun, semoga tiang yang dipasak tetp teguh walaupun ada badai yang menghempas...

dan impian yang masih blum tercapai, aku nak beli kereta sendiri, bila lah ek?

aku minat keta sport macam ferrari, tp skang aku bangga malaysia dh kuarkan keta sport versi pahlawan iaitu Proton Lekir, sporty, cuma tayar dia tk bape berkenan aku...kelakar tau design camtu...jgn marah ye pereka kereta, sy cuma bagi ulasan jujur dari rakyat Malaysia yang prihatin....tapi saya suke TUAH, sbb dia encem..


No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...