Pages

Wednesday, December 15

salahkan wanita tidak tahu memasak...????


Entri kali ni agak menjadi isu buat masa kini terutama golongan muda apatah lagi wanita berkerjaya dan agak pandai dalam pelajaran. Sering menjadi isu kini, wanita yang berkerjaya, tidak tahu memasak, alamatnye makan kedai saje atau bungkus nasi dan makan dirumah.Terdapat juga segelintir lelaki di negara kiter yang berkahwin dengan gadis lepasan sekolah yang jelas muda benar dan tidak matang dalam hal rumah tangga. erm...sudahnya, banyaklah kes perceraian berlaku hanya disebabkan mende kecil yang di perbesarkan...iaitu tidak pandai masak.

Kalo perempuan tidak pandai memasak, dikutuk, di keji, kononnya nanti tak dapat membahagiakan rumahtangga kerana rata2 kiter tidak kira lelaki atau perempuan selalu dimomokkan dengan kata2 orang2 lama "Nak, belajar lah masak, sebab kalo nak pikat suami, kena ikat perutnya dengan masakan kita"....ataupun "Nak, nanti kalo cari bini, carilah yang pandai masak, bahgia rumah tangga"...mungkin itulah ungkapan yang pernah kiter dengar dari orang tua atau pun mak2 kiter sendiri...tp, btul ke masakan isteri akan menentukan keluarga bahagia taupun tidak.?

Ya...memang ada benarnya, masakan isteri dan ibu itu akan menngeratkan hubungan kekeluargaan dan anak akan menghormati ibu kerana makan dari air tangan ibunya, lebih2 lagi si ibu atau isteri itu, memasak sambil mengamalkan zikir dan doa untuk melembutkan hati suami dan anak. Dari situ hikmah kelebihan perempuan pandai masak lebih memainkan peranan penting, tidaklah nanti suami asyik ke kedai kopi dek kerana penangan air kopi buatan si mamak...hahaha...

Isu ini sering juga diajukan oleh pasangn sebelum mereka berkahwin (nak cari alasan lah tu, kalo pasangan tak pandai masak)yang kononnya kalau tak pndai masak tak layak jadi isteri, amboi sedap mulut...sy lebih suka menggunakan penekanan, kalo tak pandai belajarlah, sayang suami kan...takkan nak tengok suami kebulur disebabkan kiter tak pandai masak kan...lagi satu dapatlah jaga kesihatan keluarga dengan makanan yang dikawal nutriennyer...

Tapi, bagaimana pula dengan lelaki, adilkah tiada syarat utama bagi mereka sebelum berumah tangga..bagaimana kalau lelaki yang tak leh jadi imam? layakkah nak jadi nakhoda dalam bahtera...bagaimana nak jadi ketua keluarga? erm...jawapan yang sama..kalo tak pandai belajarlah. Mula kan dengan menjadi imam dikalangan keluarga, kemudian penduduk taman pulak...ada yang bagi alasan, takut nak jadi iman sebab takut bacaan salah, tajwid tak betul, dan rasa isteri lebih bagus bacaan al-qurannya. Bukankah jodoh yang Allah tentukan untuk kiter tu saling melengkapi. Menutup kekurangan yang lain. Alangkah indah dan bahagia hidup dirumah isteri pandai masak, suami pulak boleh jadi imam dan mengajar agama, untuk anak isteri pun cukuplah.

Erm...kalo awak sayangkan isteri dan awak pulak tahu masak, tak salah turun ke dapur kan dan ajar isteri masak, bila isteri dihargai dan awak boleh terima dia seadanya, pasti lepas ni, dia lebih bersemangat nak turun ke dapur dan belajar masak..lama2 pandai lah dia, mungkin lebih terror dari cik abangnyer. Tapi, tahan je la, bila isteri masak tak sedap, dia kan baru belajar, tegur dengan cara paling baik, supaya si isteri tak merajuk n terasa hati. Takut2 dia fed up sebab asyik kena kutuk masakannya.

Dan untuk si suami pula yang masih ragu2 tak layak jadi imam, ambillah kelas agama, dalami semula ilmu agama. Kite bukan lah jahil, tapi mungkin banyak yang dah terlupa sebab tak di amalkan dan kerjanya asyik jadi makmum saje. Ingat lah para suami dan bakal ayah, perkahwinan dan isteri serta anak itu amanah, kamulah imamnya yang boleh membawa keluarga masuk ke syurga bersama atau tidak. Dan jika si isteri lebih pandai agama dari suaminya, ajarlah si suami ilmu yang di ketahui. Dengan cara paling terhormat, agar si suami tidak berkecil hati dan rasa rendah diri. Dah namanya suami isteri kongsi2 lah, benda baikkan. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.

Dah abis merepek dah ni, harap ada ilmu yang dapat di manfaatkan. Nukilan disini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan atau menceritakn mana2 pihak. Sekadar peringatan untuk diri yang belum bergelar isteri dan juga untuk kawan2 yang bakal bergelar PUAN tidak lama lagi. JIka ada tersilap kata, harap lah di maafkan sbb empunya diri ni pun serba kekurangan. Jika ada yang terasa, usah berkecil hati, ambillah ia sebagai igtan...aku yang menconteng luahan rasa ni pon belum bertitle pape pun, sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. sekian....

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...