Pages

Saturday, May 19

I Love My Self!

Hi Stalker a.k.a follower..hahah..suka2 je panggil orang stalker..i tak kesah uolss follow blog i, tapi kalo ada tulisan2 disini mengguris perasaan atau terkena batang hidung jangan salahkan i ye. I cakap mende general / umum. Blog peribadi kan...sukati lah nk tulis ape. Ye ke idok??? Ha..melalut..


Aku ni suka shopping tp masih berjimat lah sampai bos aku cakap aku ni kedekut. Duit gaji simpan je..ntah nak buat pe ntah. Aku juga di anggap banker oleh kawan-kawan dan adek-badek aku sbb kat aku ni lh tempat jadi ceti berlesen diorang. hahahah. Jawapan aku tentang komen bos aku? "Saya bukan kedekut lah, saya ni jimat + planned" hahah...dia kata kedekut lah tu, belanja saya pon tak pernah. Jangan risau bos, i resign nanti, i belanja ok.

Memikirkan banyak lagi impian yang belum tercapai, terdetik jugak kat hati nak tambah pendapatan. So, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi impian aku dapat dilaksanakan. Aku ni suka independent, sebab dari kecik selalu ayah buatkan semuanya untuk aku, kecuali kerja sekolah je aku buat sendiri. Most decision  ayah yang decide kan. Baikkan ayah aku. Lagi satu pendapat aku tentang teman hidup kita a.k.a suami. Belum tentu kita akan berkahwin ngan orang yang akan sempurna sampai bila2. Dia juga boleh jadi diberhentikan kerja, malas kerja dan sebagainya. Then, kalo kita takde pendapatan sendiri, nak makan pe bila tkde kerja nnt. Sebab tu perlu ada simpanan. Sebagai perempuan, kita perlu ada pertahanan masa depan kita sendiri, tak boleh sangat depends pada suami. Disebabkan aku banyak impian, aku tak sandarkan impian aku untuk bakal suami aku yang tunaikan. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan capai impian tu sendiri. Bagi aku suami kita ada tanggungjawab lain dari menyara isteri sahaja. Nafkah zahir dan batin memang tanggungjawab suami, tapi kalau suami tak mampu sediakan kehendak kita, salah mereka ke? Sebagai isteri yang baik, kita kena bersyukur dengan nafkah yang suami beri, dia sudah tunaikan tanggungjawab, sudah memadai, adakah tanggungjawab suami dari segi material sahaja?. Tidak bukan? 

Antara impian yang belum tertunai :

1- Sambung Master
2 -Beli kereta idaman - Evo 10 (Hambik...aku memang suka keta sport)
3 -Rumah (Rumah ni bagi aku wajib lah...sebagai aset aku sendiri, dan sebagai tempat merajuk dari suami..hahaha...acah je..)
4 - Pergi haji
5 - Tunaikan impian bakal suami aku.

Itu antaranya lah..mungkin akan ada lagi pelbagai impian akan datang.

Maka, untuk itu, aku bercadang nak mulakan satu bisnes home made, kecil2lan. Tunggu dan lihat ye dear all. Aku nak plan betul2 supaya bisnes ni tidak berhenti di tengah jalan dengan modal yang dibazirkan. Aku harap bisnes ni jadi pendapatan keluarga aku sampai target yang disasarkan. Sekian.

Kepada kawan2 yang bakal melangsungkan pernikahan dan majlis kenduri kawen cuti sekolah ni...Selamat Pengantin Baru!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...