Monday, November 14

Bakal Suami Saya

Entri kali ini agak gediks + perasan..Nape? Sebab...urm...berangan nak kahwin.
Ayah aku pernah tanya, is this your final decision? Final descision ape ek? Betul ke nak kawen ngan XXXXX? aku diam (dalam hati, diam tanda setuju ayah). Bila di soal sebegitu, aku terfikir pulak, kalo bukan dengan dia, dengan siapa ye? Bolehkan aku jumpa orang lain sebaik dia. opsss...ni pandangan aku anggap dia baik sebagai kawan aku sejak sekolah. Mari kita lihat checklist dibawah ini. My observation tentang my bakal husband (aww...rasa berbunga-bunga plak menyebutnya)

Appearance :

1- Size XXL -chubby, tinggi, gebu
2 - Muka - tembam, berjanggut, pakai cermin mata bingkai hitam, kulit cerah
3 - Rambut - ikal, kekadang dia suka gondolkan kepala dia, warna perang (ini betul punya, bukan dye okesh)

haha...sket2 sudah

Sifat dia vs sifat aku

1 - Panas baran - tapi sekarang dah kurang sket, sifat yang ni aku mmg gerun, bila tau dia ada sifat camni, aku latih diri aku jadi sabar dan cool, wlpun sbnrnya aku ni pon ada panas baran kan...(orang pendiam dan lembut belum tentu dalaman dia lembut). So my lovely cutie bear ni, muka nampak ganas, hati very the soft, kadang2 dia lebih mudah tersentuh berbanding aku. See....the different between us?

2- Tidak romantik - dia memang tidak seromantik lelaki dalam fairy tales. Satu jaminan buat aku, perempuan lain takkan terpikat ngan lelaki yang tak romantik ni. Tapi, dia punya karisma lain yang boleh buat orang lain terpikat - yang ni tak yah sebut..RAHSIA! Aku pulak, sifat biasa bagi seorang perempuan, aku selalu ingat tarikh2 penting dalam hidup kami. Dia ingat juga, tapi....tsk...tsk...

3- A  lot of suprises - berkesinambungan dengan sifat ke-2, aku suka bila dia buat suprise pada hari dan waktu tak terjangka. Selalu, we will aspect, we will get present and suprises on special day. But, he love to suprise me anytime and anywhere he want it to be. Contohnya...dia pernah bagi aku roses masa aku tengah amik duit kat ATM. Terkejut aku, seb baik tak melompat suka kat situ. hahaha...sempena apa? Takde sempena pape..dia tahu aku suka roses. Dan hari ini dan detik ini, aku masih tunggu kejutan apa lagi yang dia akan berikan. I love it!!!

4- Funny - for me he is the most funny guy. With a chubby size, it will be seen like A & W mascot. CUTE!!! Jadi seboleh2 bolehnya, aku akan buat dia sentiasa happy, ceria, sebab senyuman dia yang akan buat hari2 aku jadi ceria.

5-Robotic - hahaha...nape aku cakap mcam ni. Sebab, setiap kali aku call dia, cara dia jawab sama je.Sampai aku dah boleh jangka dia nak cakap ape

6 - Workholic - memang dia kuat bekerja. Sampaikan nak dating kena wat appoinment, booked tarikh siap2. Tapi, harus diingat, walaupun dah booked, booking tu leh cancel sekelip mata bila ada hal lain melibatkan kerja. Jadi, bersabar je lah aku...

Banyaklah nak sebut kat sini. Tapi, apa yang dapat aku simpulkan dan catatan ini juga buat ayah tersayang. Anak ayah ini menerima lelaki pilihan dia ini seadanya, restulah hubungan kami ini. Walaupun dia panas baran, sifat ini InsyaAllah akan mendidik anak ayah yang degil ini (dia marah bertempat).Dia tidak romantik ayah, tapi Eda pasti, dia kasihkan saya dan keluarganya juga InsyaAllah keluarga kita juga. Sifat kelakar dia ini, akan membahagiakan. Dia tidak pernah berkongsi masalahnya, kerana dia berusaha untuk tidak menyusahkan hati orang-orang yang dia kasihi. Sifat tanggungjawab dalam dirinya menutup kekurangan yang lain. Ini antara sifat-sifat yang nampak, aku harap dia tetap seperti yang terzahir.

Kadang-kala aku terfikir, andai suami ku kacak, romantik, diri aku sentiasa rasa tidak selamat dengan mata-mata wanita lain yang memandang dia, mengharap dia menjadi teman. Aku tidak cukup kuat untuk berkongsi. Walau dia 'chubby'. Dia akan jadi pelindung aku. Dia tidak pernah menilai kekurangan aku, sebagai kekurangan, tapi kelebihan buat dia. Baginya, ketidak sempunaan aku itu lah, membuat aku lain dari wanita yang pernah dia kenal.

Semoga apa yang ku coretkan hari ini, menjadi doa bahawa dialah temanku, kawan, sahabat, dan juga SUAMIKU yang pertama dan terakhir.

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...