Monday, May 23

Wedding Plan : The First Step



Entry ni mcm gempak je…hahaha poyo…aku tak tau lah kalo aku buat perancangan terlalu awal. Sementelah aku ni belum pun bertunang. Tapi, aku rasa berbaloi buat persiapan awal, sebab aku tak nak ada yang celanya di majlis besar kami. Sekali seumur hidup u...!!! Lagipun Incik Teddy kata kitaorg bertunang buat syarat aje...nk rasa gak alam pertunangan yang orang kata manis itu. Let say kami betunang 3 bulan sebelum majlis, gila kau lepas tunang baru nk bersiap bagai. Cuti sekolah plak tu…aku nk yang TERBAEK beb….

For the first step is skodeng a.k.a searching…Incik Teddy bg kebebasan pada aku untuk plan our wedding. Mamandangkan dia sudah busy ngan Turbo Tuner Garage yang baru bertatih tu. Aku dengan rela hati planningkan pape yang patut untuk hari bahagia kami ni. Dengan bersyarat : “ I tk nk baju pengantin yang sarat2 ye saying…I lemas tgk u pakai nnt, baik2 I setuju nk bersanding, masa tu jugak I balik”.Uwaaaa….boleh gitu? Mksudnya, Incik Teddy nk majlis yang simple tp meriah dengan kengkawan dan sedara-mara. Tapi, haku pulak nk impikan persiapan yang unik dan jarang dibuat orang..Baru lah jadi ingatan. Tk gitu uolsss??

So cmne nk gabungkan kehendak kami berdua ni..Si Dia nk yang simple, aku plak nak yang unik. Unsur2 lain yang perlu aku amik kira ialah, asal-usul nenek moyang. Aku pikir nk selitkan sikit unsur2 asal usul keturunan kami. Yang kami tau yang sama dua2 ada darah cina + aku jawa + melayu. Tu yang aku tau lah. Ngeh3. Erm…lagi Incik Teddy kata kalo boleh adat2 negeri Johor tu kekalkan. Isk….td dia kata bagi kebebasan , tp ni byk plak syaratnya…hape pon boleh….jangan plak HApe Pon Tak Boleh.

Ok2. Berikut antara ciri2 dan adat perkahwinan melayu johor.

1- baju teluk belanga
2- rewang
3- telur pindang
4- potong perajan
5- adat mengadang
6- sirih lat-lat/ sirih gatal
7- ambur-ambur
8- tepung tawar
9- adat lagi satu ni aku tk tau name dia ( aku bg nama adat nafkah dari suami la)…hentam je la labu..

Untuk entri lain nanti aku terangkan details pasal adat2 ni semua ok..

Minggu lepas, masa outings ngan adik2 aku, aku sempat beli majalah Ratu Sehari Edisi 13, ok lh, not bad. Majalah ni byk bg aku idea and direktori perkahwinan macam butik pengantin, photography, tips2 perkahwinan and mcam2 ada. Sangat membantu dari segi idea, tp dari segi budget…uwaaa…tk mampu aku untuk pakej2 yang ditawarkan tu. Cuci mata je lah. Buat masa ni, aku dpt siapkan checklist ape persiapan yang perlu aku buat sebelum majlis tu berlangsung. Budget aku dan juga perancangan lain yang sepatutnya. Langkah seterusnya ialah sketch kan idea2 tu. Aku gak dah mula survey2 butik2 pengantin yang berpotensi untuk aku pilih nnt. Dan lagi planning ni kena lah bincang ngan Incik Teddy. Kena dpt persetujuan dia pulak. Mana tau leh bg idea lagi bernas.

End for now….






1 comment:

  1. waa dah mengorak langkah ke alam seterusnya dah ni :D congrats ye didie~ plan elok2, insyaAllah moga segalanya berjalan lancar :D

    ReplyDelete

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...