Pages

Thursday, January 27

Betul kata dia......



Alhamdullilah, minggu depan genap lah aku berkerja sebagai Pegawai Pengkawalan Data (Document Controller Exc) di sebuah organisasi berketuakan anak mat saleh...kih3. Selama 6 bulan tu gak aku belajar macam2 tentang asam garam dunia realiti berkerjaya. Sekarang setiap hari selagi tak cecah 6 ptg, aku tk kuar lagi dari opis...sbb beban kerja bertambah dan tanggungjawab semakin banyak. Masa mula2 masuk kerja aku di latih menjadi ketua bahagian aku..ngaaa...i bukan nk berlagak ngan citer sumer ni kat sini, i cuma nk kongsi dengan u ols yang mungkin hadap mende yang sama, tekanan dan hempapan kerja yang berlambak. Memang orang kata "dik, kerja tak kan abis"...mmg betul..setiap hari ada je keje ad hoc. Prinsip kerja aku, setiap hari ada plan, aku tak berapa suka wat planning jangka panjang yang sukar nk jangka risiko dan cabarannya. Setiap hari sebelum tido aku akn pikirkan kerja ape nk wat esok. Esok boleh siap kul bape ...bla...bla...bla...Tp, tak lah semestinya aku tkde plan jangka panjang. Mesti ada, dan aku rasa planning aku ni tk berapa disuka oleh ketua aku, sbb aku suka wat satu mende tu dh siap baru aku tunjuk kat dia. Aku tak nak kerja atau idea aku disekat. Bila dah siap nk komen boleh. Aku terima dengan hati terbuka. nga....boleh ke macam tu??

Semalam aku ngan Incik bos wat temuduga untuk cari asst lagi sorang untuk aku. Ngeee....baru dua minggu aku pegang section head, sudah mau cari asst baru. Haish...tp tkpe. Incik bos ada agenda tersendiri. Bg aku wat masa sekarang aku tak perlu assst lain. Sebab asst sedia ada dh cukup dan amat membantu. Thanks kak...hargai sangat, tk berkira, cuma kekadang banyak mende terlepas pandang. Yelah, aku ni belajar pun tk abis lagi. Mana nk ingat semua. Ni nk train asst baru plak. Tu pun, aku dah minta jasa baik kak N tolong aku wat Training plan. So, kami ada plan jangka pendek dan jangka panjang untuk new comer tu. Kalo boleh kami nk dia belajar semua. Sbb tak dapat nk jangka yang aku tk akan bercuti panjang. Ngee....kalo aku cuti kawen ke cuti bersalin ke, cuti belajar ke, sape nk wat kerja2 aku tu...kih2...

Aku selalu terpikir mampu tak aku jadi seorang ketua yang baik, bertimbang rasa, idealistik, dedikasi, responsible n dipercayai anak buah. Betul kata pensyarah aku dulu, "awak bila abis belajar nnt, bakal jadi ketua" dalam hati aku "yeke? boleh jadi ketua ke aku ni?" Incik bos selalu kata, "farah, awak ni lembut sangat lah, awak kena garang sket!"' adeh...camne nk jadi garang ni, aku rasa ketegasan aku pada kata2 aku, bukan pada perbuatan, kalo aku tak suka, aku marah, aku akn express terus ke muka aku, aku tk yah sebut aku tengah marah ke tertekan ke hape. Kak N kata, aku tk perlu garang pun, just be my self, aku rasa orang akn lebih hormat aku kalo aku hormat diri sendiri, tak perlu jadi orang lain dan hipokrit. Btul3....tegas tak semesti kena ckp kuat, tinggi suara. Bg aku ketua yang baik ialah ketua yang boleh bertolak ansur ngan anak buah, tp still berlandaskan apa yang perlu diikut dengan prosedur kerja. Aku tk nk lagi cipta rekod kat company tu penyebab kepada kekurang markah masa Audit ISO ke hape. Harus tip top, barulah incik bos salute sama aku. Masa tu dia tkkan kata aku diam2 tin kosong lagi. walaaa.....hope so...

Pepagi bangun dh merepek kat blog...malam tadi nk tulis, tp dah tertido sebab ngantuk dan letih sgt. Aku tk tau lah kalo aku dh kawen nnt mampu tk nk layan kehendak keluarga dalam keadaan aku letih dan penat. Sekarang balik je keje, mak ada kat umah, dah siap masak, aku tinggal makan je. Kalo dah kawen sok, semua nk kena wat sendiri. Adeh...Incik sayang harap membantu, saya tk mampu wat sensorang. Tp, betulke pompuan ni leh jadi wonder woman n super woman. Yehaaaa..!!!!

1 comment:

  1. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...