Pages

Monday, March 30

26-29 MArch 2009 Kem di Lembah Pangsun

Selama 4 hari berada di Pangsun membuat hati ini sedikit insaf melihat masih ada dn terpelihara kejadian indah ciptaan Allah. Di lembah yg damai ini sedikit sebyk terubat juga keresahan hati lantaran dugaan hati dn mental yang teruji...disini aku belajar erti susah, sahabat, cekal hati, amanah dan setia. Disini aku bersyukur masih ada insan yang mampu mempertahan kewajipan yang diamanahkan...dan hati aku sedikit terusik kerana aku juga masih tewas mempertahankn kewajipan itu. Dikedinginan pagi di Lembah Pangsun membuat kan diriku harus memaksa diri, mengagahkan hati menunaikan kewajipan Subuh di pagi yg terlalu dingin dihembus hawa pagi dari kaki bukit di Lembah Pangsun. Namun, aku masih kesal kerana masih ada insan yg tewas untuk menunaikan kewajipan yg satu itu. Mereka terus diselimuti selimut khinzir yang diselimutkan makhluk ghaib yang menghelus lembut insan2 yang terus lena di buai kesejukan pagi. Disini juga aku belajar erti berkongsi, saling mengingat dan tolong menolong...terima kasih buat sahabat yang sentiasa bersama dan terima kasih tidak terhingga buat pendidik yang menganggap aku dan kawan2 sebagai anak yg masih belajar dan perlu diasuh dan diigtkan. Kasih sayang mereka tidak terhingga dan hati ini merasa sayu merasakan semakin dekatnya waktu perpisahan itu nnt. Tiada lgi gurauan bersama teman2, tiada lagi kedengaran gelak tawa yang ceria dan mesra, dan diri ini kian ketandusan nasihat2 dari teman yang ikhlas mencintai dan menyayangi diriku...semoga kenangan di Pangsun akan sentiasa mekar di hati kita...semoga nyanyian kita di Lembah Pangsun menjadi ingatan dan kenangan di hati..
Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti

Berubah hala serta janji

Jangan ada benci

Suka dan duka dilalui

Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )

Andainya cita-cita tidak kesampaian

Ikatan murni terputus di pertengahan

Jangan dikesalkan

Jangan lantaran kegagalan

Kita saling berdendam saling bermusuhan( 3 )

Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti

Memusnahkan diri


( 4 )

Kita harus tabah dan bersedia

Cekal hadapi kemungkinan yang tiba

Kadangkala yang berlaku

Di luar kemahuan kau dan aku


( ulang 2 & 3 )


( ulang 3, 4 & 1 )

Di sudut hati


2 comments:

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...