Seorang rakan baik telah berkongsi sesuatu tentang wanita dan lelaki denga kiriman email kepada I. So, hari ni i nk kongsikan sesuatu yang mungkin boleh menjadi renungan bersama2.
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Saturday, January 8
Tuesday, January 4
Gelak sampai pengsan...
Hari ni hari pertama bekerja sempena tahun baru, dan hari ni juga merupakan hari pertama aku wat keje baru yg diarahkan sebagaimana aku ada mention dlm entry sebelum ni.
Masa dia bg tugasan tu aku dh cuak, takut tak leh wat cmne yg dia nak, tp aku tk nk tolak job tu, sbb kalo tolak, hilanglah peluang nk belajar mende baru kan3.
Aku tya bos cmne nk wta report ni, dia tunjuk lah aku contoh2 presentation sblum ni.
Mak aih...pening, nk tya lebih2 kang dia kata aku ni wat rugi je belajar tinggi2, tp tk leh nk explore sendiri, solve problem sendiri. So, aku wat keputusan, aku wat je dulu report tu ikut pemahaman aku. Then, tunjuk kat bos suh dia check.
First wat, byk gak lah dia tegur. Ok, tkpelah, bru belajar kan. Aku betulkan yg mana patut. Dah siap, bg kat dia balik. Bos kata nk cek. Pastu, bape minit sblum dia meeting, aku tya lah bos. "bos, ok tak report tu?" Selamba je dia ckp, "ok, tkde masalah". Ceh, aku dh bangga.HUHUHU....clap for your own..
Tp, tiba2 tengah2 bos meeting, dia msg aku thru YM. Cuba awak kira balik percentage yang awak buat ni..salah. Dalam hati aku, dia ni cek ke tak tad? Kelentong aku ye...
Aku pun nk gelakkan diri sendiri sbb aku kira percentage macam budak yg tk pernah belajar peratusan. Tk mo lah story kat sini, cmne aku kira. Adeh...kalo cikgu maths aku tau ni, mst dia nges2 dah. Maaf ye cikgu2 sekalian. Sy mmg tk minat nombor, tp duit sy suka!!! ngeh...ngeh...
Seb baik Incik itu tidak marah kaw2...mst sbb dia tau tahap kelurus bendulan aku ni..HIK3...jadi, pengajaran hari ni...belajar maths jgn memain2 eh, nnt mende senang pun jd complicated.
Sekarang pun aku masih tersengeh2 mengingatkan kealpaan aku. Padahal aku dh kira betul mulanya, sekali aku taip lain plak jadinya...Maaf ye Incik BOs. Kerana sy, kamu malu masa meeting td. Ampun, tk buat dah..

Labels:
work
Saturday, January 1
HaPpY nEw YeAr

happy new year guys!!! this is the first entry for this new year...yippie...so what is your 'azam' for this new year huh?...same like the past year or all of you done it. If it is done successfully, congratulation!!! er? my azam? EARN MONEY AS MUCH AS I CAN. For me, i have an "azam" everyday, more specific and have lead time. So, the usaha to achieve the azam is more narrow down and may be reach according to my ability to done it successfully.
But, why i want to EARN MONEY AS MUCH AS I CAN for this year??? erm, for me (repeat phrase), if we have money, all that we wish will come true...is that true? yes, i agreed that money can't buy anything, but with money, people can buy "anything". For Example, if i wanna a car this year...if im jobless, no money in accounts, may the "azam" come true? nope right?
However, it depends on personal perception regarding the "azam". Im not the person that have 'hati teguh', that's why i have an 'azam' everyday....im not so sure that i can focus on an azam with no specific azam.
And, for this coming new year, i got new task from my bos, huhuhu...interesting yet exciting, erm...really hope i can do it, as my bos wish..INSYAALLAH!!!
wala.....
see ya!!
Labels:
Achivement
Wednesday, December 15
salahkan wanita tidak tahu memasak...????

Entri kali ni agak menjadi isu buat masa kini terutama golongan muda apatah lagi wanita berkerjaya dan agak pandai dalam pelajaran. Sering menjadi isu kini, wanita yang berkerjaya, tidak tahu memasak, alamatnye makan kedai saje atau bungkus nasi dan makan dirumah.Terdapat juga segelintir lelaki di negara kiter yang berkahwin dengan gadis lepasan sekolah yang jelas muda benar dan tidak matang dalam hal rumah tangga. erm...sudahnya, banyaklah kes perceraian berlaku hanya disebabkan mende kecil yang di perbesarkan...iaitu tidak pandai masak.
Kalo perempuan tidak pandai memasak, dikutuk, di keji, kononnya nanti tak dapat membahagiakan rumahtangga kerana rata2 kiter tidak kira lelaki atau perempuan selalu dimomokkan dengan kata2 orang2 lama "Nak, belajar lah masak, sebab kalo nak pikat suami, kena ikat perutnya dengan masakan kita"....ataupun "Nak, nanti kalo cari bini, carilah yang pandai masak, bahgia rumah tangga"...mungkin itulah ungkapan yang pernah kiter dengar dari orang tua atau pun mak2 kiter sendiri...tp, btul ke masakan isteri akan menentukan keluarga bahagia taupun tidak.?
Ya...memang ada benarnya, masakan isteri dan ibu itu akan menngeratkan hubungan kekeluargaan dan anak akan menghormati ibu kerana makan dari air tangan ibunya, lebih2 lagi si ibu atau isteri itu, memasak sambil mengamalkan zikir dan doa untuk melembutkan hati suami dan anak. Dari situ hikmah kelebihan perempuan pandai masak lebih memainkan peranan penting, tidaklah nanti suami asyik ke kedai kopi dek kerana penangan air kopi buatan si mamak...hahaha...
Isu ini sering juga diajukan oleh pasangn sebelum mereka berkahwin (nak cari alasan lah tu, kalo pasangan tak pandai masak)yang kononnya kalau tak pndai masak tak layak jadi isteri, amboi sedap mulut...sy lebih suka menggunakan penekanan, kalo tak pandai belajarlah, sayang suami kan...takkan nak tengok suami kebulur disebabkan kiter tak pandai masak kan...lagi satu dapatlah jaga kesihatan keluarga dengan makanan yang dikawal nutriennyer...
Tapi, bagaimana pula dengan lelaki, adilkah tiada syarat utama bagi mereka sebelum berumah tangga..bagaimana kalau lelaki yang tak leh jadi imam? layakkah nak jadi nakhoda dalam bahtera...bagaimana nak jadi ketua keluarga? erm...jawapan yang sama..kalo tak pandai belajarlah. Mula kan dengan menjadi imam dikalangan keluarga, kemudian penduduk taman pulak...ada yang bagi alasan, takut nak jadi iman sebab takut bacaan salah, tajwid tak betul, dan rasa isteri lebih bagus bacaan al-qurannya. Bukankah jodoh yang Allah tentukan untuk kiter tu saling melengkapi. Menutup kekurangan yang lain. Alangkah indah dan bahagia hidup dirumah isteri pandai masak, suami pulak boleh jadi imam dan mengajar agama, untuk anak isteri pun cukuplah.
Erm...kalo awak sayangkan isteri dan awak pulak tahu masak, tak salah turun ke dapur kan dan ajar isteri masak, bila isteri dihargai dan awak boleh terima dia seadanya, pasti lepas ni, dia lebih bersemangat nak turun ke dapur dan belajar masak..lama2 pandai lah dia, mungkin lebih terror dari cik abangnyer. Tapi, tahan je la, bila isteri masak tak sedap, dia kan baru belajar, tegur dengan cara paling baik, supaya si isteri tak merajuk n terasa hati. Takut2 dia fed up sebab asyik kena kutuk masakannya.
Dan untuk si suami pula yang masih ragu2 tak layak jadi imam, ambillah kelas agama, dalami semula ilmu agama. Kite bukan lah jahil, tapi mungkin banyak yang dah terlupa sebab tak di amalkan dan kerjanya asyik jadi makmum saje. Ingat lah para suami dan bakal ayah, perkahwinan dan isteri serta anak itu amanah, kamulah imamnya yang boleh membawa keluarga masuk ke syurga bersama atau tidak. Dan jika si isteri lebih pandai agama dari suaminya, ajarlah si suami ilmu yang di ketahui. Dengan cara paling terhormat, agar si suami tidak berkecil hati dan rasa rendah diri. Dah namanya suami isteri kongsi2 lah, benda baikkan. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.
Dah abis merepek dah ni, harap ada ilmu yang dapat di manfaatkan. Nukilan disini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan atau menceritakn mana2 pihak. Sekadar peringatan untuk diri yang belum bergelar isteri dan juga untuk kawan2 yang bakal bergelar PUAN tidak lama lagi. JIka ada tersilap kata, harap lah di maafkan sbb empunya diri ni pun serba kekurangan. Jika ada yang terasa, usah berkecil hati, ambillah ia sebagai igtan...aku yang menconteng luahan rasa ni pon belum bertitle pape pun, sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. sekian....
Labels:
life
Sunday, December 5
Weds.....
sana sini ada jemputan kenduri kahwin. Alhamdulillah, bertambah lagi umat beriman dengan mendirikan masjid ni, dapat menghindar hasutan2 jahat makhluk penderhaka yg sentiasa berpegang pada janji menyesatkan anak Nabi Adam. Hari ni je lebih 5 jemputan kenduri kahwin, tp hanya mampu pergi 2 je...tk larat, kenyang...hik3..mggu depan insyaAllah ada lagi. Barakallah pada sekalian pengantin baru, semoga kamu berdua dalam rahmat dan berkah Allah sehingga keturunan terakhir. Amin....
Aku? bila lagi? persoalan yang sering diajukan setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan2..entah! jawab aku dengan selamba...kadang kala ada idea nakal, aku akan jawab tak lama lagi, nnt smpi lah kad eh...dan kawan2 pun ucapkan tahniah...semoga ia jadi satu doa bila diucapkan selalu...selebihnya, aku doa dan tawakal semoga Allah murahkan rezeki agar aku mudah mempercepat majlis perkahwinan itu...dan aku perlu bersiap siaga, menyempurnakan diri dengan segala ilmu sebelum berumah dan bertangga..semoga tangga yang dibina tetap kukuh walau diinjak beban seberat mana sekalipun, semoga tiang yang dipasak tetp teguh walaupun ada badai yang menghempas...
dan impian yang masih blum tercapai, aku nak beli kereta sendiri, bila lah ek?
aku minat keta sport macam ferrari, tp skang aku bangga malaysia dh kuarkan keta sport versi pahlawan iaitu Proton Lekir, sporty, cuma tayar dia tk bape berkenan aku...kelakar tau design camtu...jgn marah ye pereka kereta, sy cuma bagi ulasan jujur dari rakyat Malaysia yang prihatin....tapi saya suke TUAH, sbb dia encem..

love story
Subscribe to:
Posts (Atom)