Sunday, October 10

Minat? Hobi? Suka-Suki?

Spanjang sejarah penulisan aku kat blog, tk pernah lg rasanyer aku sentuh tentang minat, hobi dan kesukaan aku ni...BACA dan KUMPUL NOVEL..best ke jadi pengumpul novel ni? sbnrnyer minat aku pada buku2 bermula sejak kecik lagi...masa kecik mak aku kata aku suka sgt baca kamus bergambar tu..siap baca kuat2 biar org dengar..sbb kalo aku slah baca atau eja, mak dan ayah akn betulkan..hik3

pastu minat baca buku2 cerita yg lebih tebal bermula masa sekolah rendah, aku mungkin antara org yg setiap kali rehat dh tercongok depan library, nk pnjam dan pulang buku..tp still tk leh challenge penerima anugerah NILAM tu..

then, bila dah sekolah menengah minat baca novel mula timbul..tp dulu hanya dpt baca novel yang dipinjam dari kawan2..nk beli sendiri duit saku tkde lebih, ckup2 je untuk belanja makan kat asrama dan beli peralatan belajar mana yg tk cukup.

dan, nk dijadikan cerita kerana hobi inilah jadi slah satu sbb aku pilih kos ijazah aku masa kat UITM dulu. Pensyarah aku pernah tya kat sume student kelas dia masa tu.kenapa pilih kos ni? aku dgn bangganyer ckp...sbb aku suka baca buku..pensyarah aku sengeh dan senyum je..kesian awak, salah pilih kos ni..hik3 tkpelah..asalkan hidup aku dikelilingi dengan buku..

aku bertambah obses mengumpul novel dan bahan bacaan ilmiah lain bila tgk koleksi novel mak su aku..anak dah berderet pun masih sempat baca novel masa lapang..dptlh gak aku pinjam sebuah dua buku yg best2 tu..

sekarang, bila dh bekerja, akiviti ni lgi mudah dijalankan sbb aku dh ader duit sendiri. So, setiap bulan akn ader peruntukan untuk beli novel dan bahan bacaan lain, koleksi novel dan bahan bacaan aku dah hapir dua kotak besar..ayah aku selalu bising, sebb setiap kali aku gi shopping, mst ader satu beg plastik penuh buku. hik3 tahan telinga je aku..last2 ayah aku pun pilih gak sebuah dua buku yg aku ader. teringin plak dia nk baca.

Ramai gak kawan2 bertya genre buku ape yg aku baca dan simpan??
1. Novel- genre cinta, keluarga, thiriller dan misteri
2. Buku2 motivasi
3. Novel grafik-(komik lew)
4. apa2 tajuk yg aku rasa baru untuk life aku, aku akan beli.

Sekarang aku masih mencari buku "three swan" tentang 3 orang wanita besar di Malaysia..

oklah, for the last but not least aku nk wat review novel yg baru aku tamatkan bacaannyer 2 hari lepas. "MELUR BUNGA IVY-Nazurah Aishah-"



Melur Bunga Ivy mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan yg terganggu dek sifat ego dan kepentingan tertentu dlam diri. Bila baca novel Kak Naz ni rasa macam berda ditempat sebenar..cara dia cerita santai je,,,smpaikan aku tergelak sendiri bila bca stanza tertentu yg melucukan...bg aku, aku menghargai karya2 novelis..bukan mudah merealitikan imaginasi di atas sekeping kertas,(bg sesetengah org) tp penulis mampu
menterjemahnyer. ini adlh novel pertama yg aku baca dari karya kak naz, jd aku belum dpt menggambrkn spenuhnya cara kak naz menulis, (eceh...boleh jad pengkritik plak aku kat sini)..wlau macam mana pun aku tetap enjoy baca Melur BUnga Ivy dari awal sehingga habis. Untuk Kak Naz, (kalo lh kak Naz baca KOmen aku kat sini) pasal novel dia...sy terus support karya2 akk lepas ni..harap kak naz tak putus idea. Cubalah baca cerita ni, ader babak lucu dan cemas serta menyayat hati para pembaca..

Sekian dari aku yg sekadar menulis di sini, ha!!!sebelum terlupa, buat pembaca blog aku nih, kalo ader novel nk jual murah kat aku, silalh ek..sbg sokongan menambah koleksi novel dan bacaan aku...ladidadaaada...

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...