Thursday, October 21

Mantan pengerusi Kelab Penganggur Setaman

Hampir 3 bulan kerja di sebuah syrkt international. Aku tak tau apa kepuasan yang aku dapat. Aku masih blur ngan skop kerja aku..mana yang mampu aku terima aku telan. Tk mampu telan, aku amik air sebaldi aku telan gak sampai hadam biarpun aku tak tau kesudahan benda yang aku hadam tu.

Sbnrnya aku beruntung, aku dpt belajar benda lain, lain daripada apa yang aku belajar masa kat universiti dulu. Yang selalunya orang anggap apa yang aku belajar dulu sama ngan kerja aku skrang. Aku pon tak tau nak terangkan macam mana pada orang2 yang tak tahu kerja aku ngan apa yang aku belajar macma langit dan bumi. Kalau ader sma pon macam jauh papan itam ngan meja murid paling depan kelas tu je.

Keterlaluan ke ayat aku ni. Ntahlah, disaat aku mulai nak suke kerja aku, ada je anasir2 yang boleh menjatuhkan motivasi aku ni. Aku ni dah lh tk kuat hati. Kadang2 balik umah aku luahkan semuanya pada diari fantasi aku. Masa aku kerja dulu aku rasa tk sabar nk sampai kat tempat kerja. Tp, skrang waktu pagi hari bekerja adlah waktu yang paling aku tak nntkan. Selalu aku berharap malam terus jadi malam. Biarlah tambah 12 jam lagi ke. Hahaha…impossible.!!!

Aku pernah rasa benci pada diri sendiri. Tp, benci pada diri sendiri sama lah macam benci pada Pencipta aku. Sbb aku lahir semua tas kehendak yang di atas. Macam mana nak restore nilai2 kemanusiaan dlam diri aku ni. Rasa makin tua plak, hari2 tensi terpaksa hadap kerja2 yang aku tak paham duduk perkaranya.

Setaip kali pergi kerja rasa macam ader makhluk yang tarik tgn kaki aku gi kerja. Macam mak tarik anak2 yang dgel tk nk gi sekolah tu. Cmtu lah aku rasa setiap kali aku melangkah kaki gi kerja.

Langkah seterusnya, aku dah mula hantar borang permohonan kerja ke tempat2 lain. Harap aku boleh dapat. Kih3…jangan marah ye kengkawan sekalian. Im tired. Bak kata Kak Yan, aku dah macam ular sawa yang telan semua makanan, tggal aku amik batu ke air sebaldi untuk hadam semua tu. Malangnya semua tu tersengakang kat perut. Cmne? Tk sebu dibuatnye??hak3

apa yang aku meraban ni hanya luahan hati seekor ular yang naik semput. Tp, amacam ular, dah kenyang pon tetap tamak nak hadap semua wlpun mende tak berkaitan. Sape yang baca, jangan terasa jangan tersedak. Anggaplah macam baca cerpen dari ex-unemployed person yang lurus mcm highway pasir gudang tu.

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...