Pages

Tuesday, April 7

GraViti HAti...

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa yg menarik sesuatu yang di luar diri. Apa yg dirasakan, menentukan apa yg diterima sbg pantulan. So, ptg untuk kita berbaik sgka agar kebaikan akan 'ditarik' kedlm diri. Jauhi diri drpd prasangka dan dendam krn itu jua akn diterima sbg blsn.

Hati itu berbolak balik sifatnya. Sabda Nabi, "hati bagai kuah yg mendidih dan mengelegak. Simpang siurnya begitu licik. Naik turunya berbolak balik. Kdg kala ia baik bgaikan asal mulanya sjk dulu. Hati diumpakan sbg kain bersih yg suci dan bersih. Sayangnya sekelip mata ia bertukar mnjd hitam legam dek angkara syaitan dan nafsu yg dijadikan sbg raja yg mnguasai diri...

Para muttaqeen pernah mmberi petunjuk bhw hatimu menjd keras, buas, dan liar sekali, bukalah Al-quran dan bacalah serta taddabur akn mkna dan rasanya. Bukankah Al-quran itu adalah penawar hati yg plg mustajab???

Namun, jika hati ini masih lagi keras, maka dirikanlah solat. Solat itu zikir penyucian hati. Sekiranya ia masih lagi keras, maka bangunlah di sepertiga malam, berwuduk dan berdoalah agar dikurniakan hati yg lain kerana hati yg kita miliki itu hakikatnya bukan lagi milik kita!!!!!!

Hati itu ditarik antara dua graviti:

Pertama: Graviti tahap tinggi pintalan ilham malaikat

Kedua: Graviti menjunam ke lembah kehinaan simpulan para syaitan laknatullah.

Ketika hati terdetik untuk menolong si miskin yg kesusahan, namun sedetik graviti bertukar memberi alasan kemalasan. Bukan...tindakan tersebut atas alasan cuma Hati2...tetapi dengan alasan tersebutlah ramai yg enggan memberi tetapi masih merasakan diri baik hati!!!!

Wahai saudaraku...ingatlah mati kerana sesungguhnya ia adalah pembasuh hati yg gelisah dan jiwa yg resah. Cukuplah mati itu sbg peringatan dan amaran buat kita untuk memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat serta rasa enggan melaksanakan kebaikan. Ketahuilah...mengingati mati itu sessungguhnya menghidupkan hati yg mati.....

Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...