Thursday, April 5

Mr. Oak dan Lalang

Hello readers...we meet again! ..hahaha. I berfikiran positif. Semalam aku belajar tentang pokok oak dan lalang.


Kenapa oak dan kenapa pula dengan si lalang ni. Dalam satu organisasi biasanya kita akan jumpa dua golongan yang satunya bersifat oak dan satu lagi bersifat lalang.

Sebelum i huraikan mengenai oak dan lalang kita tengok dulu ciri-ciri kedua-dua tumbuhan ni.
Pokok Oak:
1- Batang pokok yang kukuh
2- Berakar tunjang
3- Dedaun merimbun
4- Tahan angin

Lalang :
1- Tiada batang - berdaun
2- Akar serabut
3- meliuk lentuk mengikut angin

So, agak2 dapat tak serba sedikit tentang apa yang bakal i perkatakan?
Erm, dalam sesebuah organisasi kita akan jumpa orang yang bersifat oak..orangnya tetap pendirian, tiada apa yang mampu menggoyah prinsipnya.Bak kata orang, kalo hitam hitam lah, dan kalo putih, putih lah ia. Takkan jadi kelabu ke biru ke atau merah.

Orang berciri lalang juga akan kita jumpa dimana sifat seperti lalang, hanya mengikut arus. Ikut saja arahan walaupun bertentangan dengan prinsip, dia akan mengikut kearah mana yang lebih kuat menariknya.

Mana satu sifat anda? Oak ke lalang? Lalang ke Oak? Mana yang bagus?

Sebenarnya kedua-dua ciri tersebut perlu ada dalam sesuatu organisasi. Tapi, kalo dah memang jenis lalang, susah juga dibuatnya untuk buat keputusan. Seorang ketua ditempat kerja perlu ada kedua-dua ciri ini. Untuk sesuatu keadaan, dia perlu jadi Oak dan dalam suatu keadaan dia perlu jadi lalang.Dia perlu jadi oak bila keadaan memungkinkan dia menang dan dpt pertahankan prinsip dia. Jika dia menjadi lalang dalam situasi dia perlu pertahankan prinsip, dia bakal dipijak oak yang lain. Tapi jika dia tetap menjadi oak dalam keadaan ribut, dia yang akan tumbang, tetapi pokok lalang masih disitu mengikut arah angin kencang.

So...pikir-pikirkan lah...!!

No comments:

Post a Comment

leave your comment here k dear viewer and reader...luv ya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...