Pages

Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Thursday, April 5

Mr. Oak dan Lalang

Hello readers...we meet again! ..hahaha. I berfikiran positif. Semalam aku belajar tentang pokok oak dan lalang.


Kenapa oak dan kenapa pula dengan si lalang ni. Dalam satu organisasi biasanya kita akan jumpa dua golongan yang satunya bersifat oak dan satu lagi bersifat lalang.

Sebelum i huraikan mengenai oak dan lalang kita tengok dulu ciri-ciri kedua-dua tumbuhan ni.
Pokok Oak:
1- Batang pokok yang kukuh
2- Berakar tunjang
3- Dedaun merimbun
4- Tahan angin

Lalang :
1- Tiada batang - berdaun
2- Akar serabut
3- meliuk lentuk mengikut angin

So, agak2 dapat tak serba sedikit tentang apa yang bakal i perkatakan?
Erm, dalam sesebuah organisasi kita akan jumpa orang yang bersifat oak..orangnya tetap pendirian, tiada apa yang mampu menggoyah prinsipnya.Bak kata orang, kalo hitam hitam lah, dan kalo putih, putih lah ia. Takkan jadi kelabu ke biru ke atau merah.

Orang berciri lalang juga akan kita jumpa dimana sifat seperti lalang, hanya mengikut arus. Ikut saja arahan walaupun bertentangan dengan prinsip, dia akan mengikut kearah mana yang lebih kuat menariknya.

Mana satu sifat anda? Oak ke lalang? Lalang ke Oak? Mana yang bagus?

Sebenarnya kedua-dua ciri tersebut perlu ada dalam sesuatu organisasi. Tapi, kalo dah memang jenis lalang, susah juga dibuatnya untuk buat keputusan. Seorang ketua ditempat kerja perlu ada kedua-dua ciri ini. Untuk sesuatu keadaan, dia perlu jadi Oak dan dalam suatu keadaan dia perlu jadi lalang.Dia perlu jadi oak bila keadaan memungkinkan dia menang dan dpt pertahankan prinsip dia. Jika dia menjadi lalang dalam situasi dia perlu pertahankan prinsip, dia bakal dipijak oak yang lain. Tapi jika dia tetap menjadi oak dalam keadaan ribut, dia yang akan tumbang, tetapi pokok lalang masih disitu mengikut arah angin kencang.

So...pikir-pikirkan lah...!!

Saturday, October 29

audit oh audit....

Saturday come again and i was steressed thinking of auditing activities this Monday! uwaa....feeling like having a fever rite now...amacam sedap ke kena audit..tidak2....tak lena tido i uolsss...

Bos aku? relax je...aku pulak yang naik seram tengok dia chill sgt kau..

Sekarang nak check pape pon dah blur..mamia...

Saturday, July 23

Ada aku Kesah??? resign?

erm..bulan depan atau mggu depan maka genaplah setahun aku bekerja kt tmpat kerja aku sekarang as dot dot dot. Berjayakah aku jadi career women yang berjaya dan success. Jawapannya tentunya ya!!! (perasan). Tapi, kita memang kena selalu persan bagus dan buat yang terbagus. Supaya nnt even kau nk resign sekalipun, kau masih dianggap yang terbagus. huhuhu. Pehal wat entri nk resign ni. Ye..mmg aku nk resign. Aku rasa kali ni Incik N mesti bg punya aku resign. Dia pun dh nyampah dengan aku. Kenapa ek aku ckp cmtu? sbb hari2 kalo terserempak ngan aku dia mst wat tk nmpk. Fine...Tapi, bg aku dia tk pro bila pasal kerja untuk department aku pun ckp kat org lain suh ckp kat org lain. Fine, sy paham Incik. Incik mmg nk sy blah. Nape? Rasa tercabar ke dengan saya? Takkanlah...you kan super intelligent m******. Mna leh lawan.


Jangan risau, tk yah susah berentikan saya, saya pun tk ada hati dh nk kerja sini. Sya masih akn terus berkerja disini smpai masanya tiba, sy akn blah. Dengan rasa ada hati perut, sy takkan tggalkan kerja di amanahkan terbengkalai sebelum sy berambus, sy akn siapkan sesempurnanya.


Berani betul sy tulis entri cmni. Sebab sy pasti dia tk tahu sya ada blog. Sy masih bersabar. Semoga Allah tetapkan kesabaran sy.

Monday, July 18

Forgive Me....

Satu-satu semangat aku hilang....bertimpa2, smpi kekadang dh tk leh nk pikir ngan warasnya. Siapa kenal aku...? Tentunya yang paling tahu, my parents and family yang always sabar dengan kerenah anak pompuan dia ni...pendiam tp panas baran...ye...aku seorang yang panas baran...aku suka simpan perasaan, berdendam, niat untuk cuba melupakan, tp bila rasa hati tu dh tk terbendung, terluah dengan cara yang paling tidak disukai. Kesannya, banyak hati yang terluka...kesannya, i lost all the spirit yg ada dlm diri, sendiri rasa down sbb dh buat orang lain down...please forgive me for what i have been doing all the time with you...


Selalunya lepas marah, perasaan sesal bertimpa2, tp nasi dh jadi bubur, kena telan gak wlpun tk suka...dn pastinya perasaan ini kadang kala muncul dibenak, andai aku tiada, mungkin tiada yg kecewa. Astaghfirullah....semua ini sudah ketentuan..


Buat kekasih yang mencintai dalam diam sejak kamu 9 tahun, maafkan sy andai sy kasar, andai sy tidak mampu jd yg terbaik, andai sy tidak layak mengasihi kamu. Andai sy jd kasar, jgn lihat pada induknya, didikan mereka ckup sempurna, tp sy yang mencacatkan kesempurnaan itu. Sy tahu kamu sabar kerana itu kamu masih disisi.


Buat ayah dan bonda, sy juga tahu kamu menjeruk rasa menahan kerenah anak yang suka membantah, ampunkan sy kerana terlanjur kata. Maaf juga tk mampu ubati luka kalian, jadi ampunkan lah..,.Redhakan segala2nya..Doakan jua agar hati aku lembut tp masih kuat menahan dugaan.


Buat kawan2 dan juga sesiapa sahaja, andai terasa dengan gurauan ku, maafkan lah, sbb seringkali diri ini lupa, hati lain perlu di jaga, hati lain mudah terasa.


Mungkin, lepas ni, lebih baik aku diam, puasa pon nk dekat...lebih elok aku dekatkan diri pada Yang Esa. Moga Dia panjangkan usia setiap orang yang ku kasihi. Moga dia dekatkan hati ku padanya.


Andai tiada esok untukku, doakanlah untukku, ampunkan khilafku. Teruslah mengasihiku dan sedekahkan lah Al-Fatihah untukku....

Wednesday, May 4

Annoying...

Hari ni bangun awal sebab nk siapkan report yang bos nk pagi ni...nk wat semalam nagntuk yang amat. Aku rasa sejak aku kerja dah 9 bulan ni, penat lagi otak aku dari badan. Paling aku rasa nyampah menghadap muka engineer belagak bagus kat company aku tu (eceh, company aku ke?). Nape lah manusia cmtu leh wujud kat tempat kerja aku. KO HENGAT KO BAGUS????

Aku rasa annoying dengan beberapa perkataan ni yang bagi aku kebanyakkan orang suka guna
1- please do ASAP
2-URGENT
3-Please act soonest

Kalo dh send email tu, tk yah mention mende tu urgent ke, ASAP ke hape ke? EMail tu memang media tuk kerja URGENT, ASAP, ACT SOONEST. Kalo tk urgent, tkdenya nk guna email tu. huh! saje pepagi nk lepas geram...Sakitt hati..Seb baik bos aku paham...DIa kata wat tak tau je ngan makhluk tu. DIa memang selalu rasa dia bagus.

kepada makhluk tersebut...even aku wat keje yang kau rasa lambat tu...URGENT sgt. Call aku lah!!! Takkan setiap inci kerja aku, aku nk report kat kau...Kau bukannya bos aku pown. Ada paham?

You SO OVER!!!
aku rasa mcm nk wat cm kt atas tu kat bilik meeting....hahahahah

Thursday, February 24

Frustrated.......


Today is very hard day for me..many works to do...it's normal right for career gurl like me...ngee sholud be woman there, but im not married yet, so i cant be a girl too. i do love and like my job, with a supportive leader and assistant, it make me feeling happy to go to work. But, a certain people here make me like to smackdown them into pieces. Wargh....i can be a monster too!!! People might said that you not doing my job, how would you know my burden? Hmmm, the question im giving back to them, you too not doing my job. Did you know my burden? To all my friends out there that from same field like me, that might build a career as information proffesional in the company that do not know that our field is existed, just be ready to be blame and underestimate. I can feeling right now. I dont want to make you feeling scare, just be prepared. Anything may happen. People will think you are not right, you know nothing and so on. Right now im still in the office, not to tell people that im the only person work at this time. Just to make know that how them leave the responsible to me to do such thing for them to be settle on time. ok fine, i do it. But, next time u want it faster, u do it faster. Dont blame me for thing that u MUST do. Thanks you MR. N for being understanding and keep back up me when they blame on me.


Wednesday, February 23

Should i go?

Sakit kepala lagi, sejak keje Doc. Cont..selalu sangat aku sakit kepala. Nak kata kurang tidur, tak jugak sebab aku selalu akn pastikan yang aku ckup tidur setiap hari untuk mngelakkan aku stress sebb tk ckup tidur. Aku risau kalo aku ada sakit lain. Kalaulah satu hari nnt aku pergi dari company tu sebb dpt offer lain...Incik bos boleh let me go tak?...Tak sanggup uols...hari2 keje stress. Aku ni jarang nk marah org pun leh tertinggi suara sbb stress. Kerani aku tu pun mcm dh takut nk tegur aku. Sorry lah dik oiii, awak kacau akk slah time. ngeee....

Kerja aku sekarang mmg ada sikit sama ngan pengajian aku..Itupun cuma 20% mungkin dari segi pengurusan maklumat. Tp, kalo nk implement semua yg aku belajar dulu mungkin tk dpt semua kot. Assistant aku harap kalo boleh aku tk pergi tggalkan dia..dari company tu..Adeh kak..tolong jgn halang saya. Sy masih sayang keluarga. Sy cuma takut, jika sy dh berkeluarga, dn sy masih disini, stress keje menghalng sy menjadi yg terbaik dirumah untuk anak2 dan suami..

Jika diberi pilihan wang bulanan ribuan ringgit setiap bulan sekalipun, tp harus berkerja dalam tekanan, atau gaji yg sederhana tp kerja dlam keadaan gembira. Sy tetap pilih yang kedua. Mmg org akan kata, alah bisa, tegal biasa. Lama2 dh mahir, tk stress lagi keje situ. Ntahlah, maybe, mungkin. Sekarang ni pun aku dh tk byk masa untuk Mr. Teddy. Sorry sayang....

Should i go??????

Tuesday, February 15

Kerja Yang Buat Orang Sakit....

Sejak kerja kat Doc.Cont sudah berpindah tangan, aku selalu amik cuti sakit a.k.a MC. Ngaaa....nape agaknyer ekh? Dulu, masa miss NA keje doc.cont pun dia selalu cuti sebab sakit, antaranya migrain, sakit pewot, dan paling tragis hypertension!!! wooo....leh sakit cam tu..abeh lh aku. Semalam 14 February officially aku amik alih tugas2 Miss NA. Dan hari ni aku MC sbb semlm gastrik teruk, muntah sampai lembik badan aku. Sampai ada sumone yg ckp "aik, baru sehari naik jawatan, dah MC"...ngee...aku bukan suka2 nk sakit. Bagi aku kerja Doc. Cont agak mudah bila dh faham flow, dh tau function sumer...tp, still aku tensi ngan kerja aku...status di FB untuk hari ni.."kalau di takdirkan sy kaya suatu hari nnt, sy pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa"...ha..boleh gitu? InsyaAllah....aku kena kuat smgt sblum jd kaya nnt.

Thursday, January 27

Betul kata dia......



Alhamdullilah, minggu depan genap lah aku berkerja sebagai Pegawai Pengkawalan Data (Document Controller Exc) di sebuah organisasi berketuakan anak mat saleh...kih3. Selama 6 bulan tu gak aku belajar macam2 tentang asam garam dunia realiti berkerjaya. Sekarang setiap hari selagi tak cecah 6 ptg, aku tk kuar lagi dari opis...sbb beban kerja bertambah dan tanggungjawab semakin banyak. Masa mula2 masuk kerja aku di latih menjadi ketua bahagian aku..ngaaa...i bukan nk berlagak ngan citer sumer ni kat sini, i cuma nk kongsi dengan u ols yang mungkin hadap mende yang sama, tekanan dan hempapan kerja yang berlambak. Memang orang kata "dik, kerja tak kan abis"...mmg betul..setiap hari ada je keje ad hoc. Prinsip kerja aku, setiap hari ada plan, aku tak berapa suka wat planning jangka panjang yang sukar nk jangka risiko dan cabarannya. Setiap hari sebelum tido aku akn pikirkan kerja ape nk wat esok. Esok boleh siap kul bape ...bla...bla...bla...Tp, tak lah semestinya aku tkde plan jangka panjang. Mesti ada, dan aku rasa planning aku ni tk berapa disuka oleh ketua aku, sbb aku suka wat satu mende tu dh siap baru aku tunjuk kat dia. Aku tak nak kerja atau idea aku disekat. Bila dah siap nk komen boleh. Aku terima dengan hati terbuka. nga....boleh ke macam tu??

Semalam aku ngan Incik bos wat temuduga untuk cari asst lagi sorang untuk aku. Ngeee....baru dua minggu aku pegang section head, sudah mau cari asst baru. Haish...tp tkpe. Incik bos ada agenda tersendiri. Bg aku wat masa sekarang aku tak perlu assst lain. Sebab asst sedia ada dh cukup dan amat membantu. Thanks kak...hargai sangat, tk berkira, cuma kekadang banyak mende terlepas pandang. Yelah, aku ni belajar pun tk abis lagi. Mana nk ingat semua. Ni nk train asst baru plak. Tu pun, aku dah minta jasa baik kak N tolong aku wat Training plan. So, kami ada plan jangka pendek dan jangka panjang untuk new comer tu. Kalo boleh kami nk dia belajar semua. Sbb tak dapat nk jangka yang aku tk akan bercuti panjang. Ngee....kalo aku cuti kawen ke cuti bersalin ke, cuti belajar ke, sape nk wat kerja2 aku tu...kih2...

Aku selalu terpikir mampu tak aku jadi seorang ketua yang baik, bertimbang rasa, idealistik, dedikasi, responsible n dipercayai anak buah. Betul kata pensyarah aku dulu, "awak bila abis belajar nnt, bakal jadi ketua" dalam hati aku "yeke? boleh jadi ketua ke aku ni?" Incik bos selalu kata, "farah, awak ni lembut sangat lah, awak kena garang sket!"' adeh...camne nk jadi garang ni, aku rasa ketegasan aku pada kata2 aku, bukan pada perbuatan, kalo aku tak suka, aku marah, aku akn express terus ke muka aku, aku tk yah sebut aku tengah marah ke tertekan ke hape. Kak N kata, aku tk perlu garang pun, just be my self, aku rasa orang akn lebih hormat aku kalo aku hormat diri sendiri, tak perlu jadi orang lain dan hipokrit. Btul3....tegas tak semesti kena ckp kuat, tinggi suara. Bg aku ketua yang baik ialah ketua yang boleh bertolak ansur ngan anak buah, tp still berlandaskan apa yang perlu diikut dengan prosedur kerja. Aku tk nk lagi cipta rekod kat company tu penyebab kepada kekurang markah masa Audit ISO ke hape. Harus tip top, barulah incik bos salute sama aku. Masa tu dia tkkan kata aku diam2 tin kosong lagi. walaaa.....hope so...

Pepagi bangun dh merepek kat blog...malam tadi nk tulis, tp dah tertido sebab ngantuk dan letih sgt. Aku tk tau lah kalo aku dh kawen nnt mampu tk nk layan kehendak keluarga dalam keadaan aku letih dan penat. Sekarang balik je keje, mak ada kat umah, dah siap masak, aku tinggal makan je. Kalo dah kawen sok, semua nk kena wat sendiri. Adeh...Incik sayang harap membantu, saya tk mampu wat sensorang. Tp, betulke pompuan ni leh jadi wonder woman n super woman. Yehaaaa..!!!!

Tuesday, January 18

Im i LOve My Career?......


12.19 in the morning. Still wake up finish up the work to be submit to boss in the morning. Sigh....this is not of my responsibility as document control officer. It's does'nt mean i dont want to do other job. But, this is really make me being forced. Hate it!!! Im trying to love my job and task. But, im still wake up untill now by doing the task that 'terkeluar tajuk'. Nak wat camne kan. Wat je lah.Kang Incik Bos bising. Angin satu badan plak. uwaaa.....need a holiday and rest day for a week.
Haaa3...over lah kau eida. Kerja sket pun nk bising...ye...baiklah, saya akn wat dengan bersungguh2 tanpa mengira ni kerja sape. Tapi, sy sentiasa ingat pesan Miss NA. "Jangan biar orang buli korang ye". Im i love my career.? Eh...of coz lah darling, kalo tak sape nk byar PTPTN i tuh...duit keta i lagi...kumpul duit 'buat rumah bertangga lagi'..tengoklah camne, im trying to be good because im not so good, but im good in everything that i feel it is good. Hambik kau!!! kih3. Sbnrnya i bukan lah the one yang suka tggu beratur kat ATM tetiap bulan. Tp kenalh makan gaji dulu kan , barulah kau leh mengajikan orang lain wat keje kau. ngeee....duit...duit...duit....
.....aku nk duit camni, banyak2...boleh?....

Tuesday, January 4

Gelak sampai pengsan...

Hari ni hari pertama bekerja sempena tahun baru, dan hari ni juga merupakan hari pertama aku wat keje baru yg diarahkan sebagaimana aku ada mention dlm entry sebelum ni.

Masa dia bg tugasan tu aku dh cuak, takut tak leh wat cmne yg dia nak, tp aku tk nk tolak job tu, sbb kalo tolak, hilanglah peluang nk belajar mende baru kan3.

Aku tya bos cmne nk wta report ni, dia tunjuk lah aku contoh2 presentation sblum ni.
Mak aih...pening, nk tya lebih2 kang dia kata aku ni wat rugi je belajar tinggi2, tp tk leh nk explore sendiri, solve problem sendiri. So, aku wat keputusan, aku wat je dulu report tu ikut pemahaman aku. Then, tunjuk kat bos suh dia check.

First wat, byk gak lah dia tegur. Ok, tkpelah, bru belajar kan. Aku betulkan yg mana patut. Dah siap, bg kat dia balik. Bos kata nk cek. Pastu, bape minit sblum dia meeting, aku tya lah bos. "bos, ok tak report tu?" Selamba je dia ckp, "ok, tkde masalah". Ceh, aku dh bangga.HUHUHU....clap for your own..

Tp, tiba2 tengah2 bos meeting, dia msg aku thru YM. Cuba awak kira balik percentage yang awak buat ni..salah. Dalam hati aku, dia ni cek ke tak tad? Kelentong aku ye...

Aku pun nk gelakkan diri sendiri sbb aku kira percentage macam budak yg tk pernah belajar peratusan. Tk mo lah story kat sini, cmne aku kira. Adeh...kalo cikgu maths aku tau ni, mst dia nges2 dah. Maaf ye cikgu2 sekalian. Sy mmg tk minat nombor, tp duit sy suka!!! ngeh...ngeh...

Seb baik Incik itu tidak marah kaw2...mst sbb dia tau tahap kelurus bendulan aku ni..HIK3...jadi, pengajaran hari ni...belajar maths jgn memain2 eh, nnt mende senang pun jd complicated.

Sekarang pun aku masih tersengeh2 mengingatkan kealpaan aku. Padahal aku dh kira betul mulanya, sekali aku taip lain plak jadinya...Maaf ye Incik BOs. Kerana sy, kamu malu masa meeting td. Ampun, tk buat dah..

Thursday, October 21

Mantan pengerusi Kelab Penganggur Setaman

Hampir 3 bulan kerja di sebuah syrkt international. Aku tak tau apa kepuasan yang aku dapat. Aku masih blur ngan skop kerja aku..mana yang mampu aku terima aku telan. Tk mampu telan, aku amik air sebaldi aku telan gak sampai hadam biarpun aku tak tau kesudahan benda yang aku hadam tu.

Sbnrnya aku beruntung, aku dpt belajar benda lain, lain daripada apa yang aku belajar masa kat universiti dulu. Yang selalunya orang anggap apa yang aku belajar dulu sama ngan kerja aku skrang. Aku pon tak tau nak terangkan macam mana pada orang2 yang tak tahu kerja aku ngan apa yang aku belajar macma langit dan bumi. Kalau ader sma pon macam jauh papan itam ngan meja murid paling depan kelas tu je.

Keterlaluan ke ayat aku ni. Ntahlah, disaat aku mulai nak suke kerja aku, ada je anasir2 yang boleh menjatuhkan motivasi aku ni. Aku ni dah lh tk kuat hati. Kadang2 balik umah aku luahkan semuanya pada diari fantasi aku. Masa aku kerja dulu aku rasa tk sabar nk sampai kat tempat kerja. Tp, skrang waktu pagi hari bekerja adlah waktu yang paling aku tak nntkan. Selalu aku berharap malam terus jadi malam. Biarlah tambah 12 jam lagi ke. Hahaha…impossible.!!!

Aku pernah rasa benci pada diri sendiri. Tp, benci pada diri sendiri sama lah macam benci pada Pencipta aku. Sbb aku lahir semua tas kehendak yang di atas. Macam mana nak restore nilai2 kemanusiaan dlam diri aku ni. Rasa makin tua plak, hari2 tensi terpaksa hadap kerja2 yang aku tak paham duduk perkaranya.

Setaip kali pergi kerja rasa macam ader makhluk yang tarik tgn kaki aku gi kerja. Macam mak tarik anak2 yang dgel tk nk gi sekolah tu. Cmtu lah aku rasa setiap kali aku melangkah kaki gi kerja.

Langkah seterusnya, aku dah mula hantar borang permohonan kerja ke tempat2 lain. Harap aku boleh dapat. Kih3…jangan marah ye kengkawan sekalian. Im tired. Bak kata Kak Yan, aku dah macam ular sawa yang telan semua makanan, tggal aku amik batu ke air sebaldi untuk hadam semua tu. Malangnya semua tu tersengakang kat perut. Cmne? Tk sebu dibuatnye??hak3

apa yang aku meraban ni hanya luahan hati seekor ular yang naik semput. Tp, amacam ular, dah kenyang pon tetap tamak nak hadap semua wlpun mende tak berkaitan. Sape yang baca, jangan terasa jangan tersedak. Anggaplah macam baca cerpen dari ex-unemployed person yang lurus mcm highway pasir gudang tu.

Friday, August 27

SEBuLaN BeRlAlu....=naNO-nAno

Sudah hampir sebulan rasanya menjejak kaki ke OSI..tempat kerja baru aku...bg aku ni adalah lubuk rezeki bg graduan macam aku. Graduan macam aku?? mksudnyer hape tuh?.Mksudnyer graduan yg mengangur terlalu lama mcm aku, bila dpt peluang kerja bergaji selesa begitu, itu adalah lubuk rezeki yg agak besar. Lagipun, aku belum ader tggungjawab berat lg. Mgkin bg yg dh berkeluarga, jumlah itu perlu diguna berhati2...salah langkah,..ader yg gigit jari ditengah bulan..

sebulan disitu memberi satu lagi pengalaman tentang manusia. Hebatnya Allah, walaupun makhluk yg bernama manusia itu cuma ader satu nama untuknya, Allah ciptakan ia dengan pelbagai watak yg dilakon dan diarahkan manusia itu sendiri. Peluang diberi, hanya perlu kiter memilih watak yg kita mahu..

Pertama kali mendapat tahu tentang jawatan ini, akal terdetik, mampukah aku sumbangkan sesuatu untuk kerja baru ini, apa peluang untuk aku maju? apa cabaran kerja aku? Hiaihhh...mcm2 lew. Kdg2 melewati setiap hari ader duka yg bertamu, ader rasa radang dihati, rasa tk tertelan nafas sendiri, hingga kdg2 rasa diri terlalu lurus, terlalu naif dan terlalu hijau untuk menilai. Terdengar bisikan teman, " Rom tidak terbina dlam satu hari," kata Ms NA pada aku buat semgt itu kembali wujud dan kata2 itu sering terlafaz dihati jika duka dan kecewa pada diri terundang. jika Rom tidak terbina dalam sehari, izinkan aku mengukir lagi sejarah ROm itu. BIar jaDi bahan sejarah hingga akhir hayat.

SUDah...merepek je. Dua mnggu lebih berpuasa, buat jiwa sedikit tenang, setiap hari adalah hari yg baru. Diri hanya tersenyum bila rasa marah timbul. Betapa mudahnyer rasa amarh, wlpun mkhluk yg dilaknat Allah itu dikurung di ikat di bulan mulia ini. Tp ader cerita lucu nk dikongsi pada pembaca sekalian. Diri tidak berpeluang mencukupi puasa sebulan, setiap hari bgun bersahur sbb menjangkakan, tk mgkin dpt mkn kat opis kan. Tp, mmg nikmat puasa Allah beri pada hambanya, lapar berpuasa tk sama kalo kiter lapar sbb tk puasa kan?. adui....

Ms NA mencadangkan agar aku mengalas perut di STOR barang..huhhuhuu...jalan terbaik bg aku sbb si perut dh menjerit2 minta diisi..lalu aku gi mencekik lr...hahhah..tkut gastriknyer pasal. itu pun dh nk berguling2 menahan sakit dlm perut...

FIN_time to get rest and sleep well. tomorrow will be another happy day! yeah!

Tuesday, July 27

Double HAppiness.....

Good evening everyone!!!!
Alhamdulilah...thanks to Allah for gave me these happiness...syukran..

Today and Yesterday i got double happiness plus a little tiny frustration..I've to practice using English in all daily conversation from this day...because sum reason...lalalalala THE DOUBLE HAPPINESS

1. I GOT THE DRIVING LICENSE
hahahaha...i really want to laugh to myself..by taking 4 times of JPJ test than i got the license...so so so 'degil' to be PASS..actually im not a good driver, i have to be more practice. Because of too much nervous, my driving skill will go haywire..because of that, my dad can't give the trust on me to drive alone..one day maybe..

2.THE SECOND HAPPINESS IS MY INTERVIEW IS SUCCESS!!!!!
till now i am still think than i dreaming got this job. HUh...i never trust my self. Maybe its true that some friend told me that sometime i can't expose my self...and i believe that is one of reason i cannot pass the government interview. Pity of me..hihihihi

oklah...nk citer pasal job yg ditawarkan iaitu as a Document controller...actually, pernah dengar pasal position ni..tp really tk dpt gmbrkan camne kerjanya..masa interview tadi masa manager tu citer sket ttg task job ni, aku rasa cam nk ngis sbb aku gmbrkan ia suatu kerja yg agak detail dan rumit..uwaaaa..tp tkpe en. manager...seperti yg telah dijanjikan i will try my best to learn something new ok...just give me the chance to make it..

PENGALAMAN DI TEMUDUGA

hari ni merupakan hari yg tk mgkin aku lupakan seumur hidup aku..ini bukanlah first time aku gi interview..cuma interview sebelum2 ni untuk goverment sector...kali ni swasta. they will aspect much..sbb mereka tidak mahu rugi give the salary for those yg tk leh wat keje...membazir je...so kena bg yg TERBAIK...

hari ni aku bgun awal..cam biasa lah solat subuh..tp selalunya aku akan tido balik..tp tk untuk hari ni..aku bgun dan cuba tenangkan diri setenangnyer..malam tadi pon aku tk review pape pon pasal interview memandangkan otak aku dh sendat penuhkannyer beberapa hari sebelum tu..then kul 7 aku start buka laptop aku dan review tajuk2 akhir research aku pasal job aku secara lalu je..aku nk positif je hari ni..kul 8.15 pagi mula siap2, gosok baju, mandi, makeup ala kadar dan wat role play wat kali terakhir..masa masih byk sbb interview aku kul 10. Then, kul 9.15 pagi aku pon bertolak ke temapt temuduga ditemani ayah aku..yela..aku kan lom boleh bawak keta sendiri..sampai sana 9.30 pagi...kjap je kan..mmg sgt dekat ngan umah aku..

then, sampai sana gi kat post guard, dapt pass masuk visitor...aku sorang je kena temuduga hari ni..tkde calon lain..then jalan2 gi receptionist..jauh gak sbb aku masuk ikut pintu belakang..aku jalan sambil senyum2 tp dlm hati uiii berdebar, sakit perut sumer ader.bla...bla...bla...byk sgt nk citer sebelum smpi bilik temuduga, tak yah citer lah eh...

duk dalm bilik temuduga...en. manager suh tggu jap..aku pun tggu lah..tp aku pelik npe aku dh tk rasa berdebar dah..peliknyer....alhamdulillah..

ok then proceed to the interview session

mr. manager : are you ready?
aku: yes, im ready

mr.manager : ok, for a start, introduce about your self..
aku: (aku pon gtau lah serba sket pasal aku, nama, umo, suka wat pe, blah...bla...bla)

mr. manager: ok, u was graduated from uitm in library management, right?
aku: yes

mr. manager: plis tell me about your studies, i am not familiar with the course, what is it actually?
aku: soklan ni, aku ader gak wat persediaan jawapan, sbb aku tau kalo company tu lain dari bidang kiter, mst dia nk tau sket2 apa yg kiter belaja sbnrnyer. jadi aku pon kata lah library mag. ni pasal manage library..dan sewaktu dengannyer..aku pon dh tk hengat ape yg aku bebel pasal course aku.

mr.manager: what is ISBN number?
aku: haa??? dalam hati aku kata ni interview librarian ke?..tp tkpe sbb dia nk tahu, aku citer lah..boleh plak aku tersalah fakta dan tersasul2 ckp bahasa melayu, padahal aku tgh speak english..hahaha..gelak lg aku..aku dh tersengih2 terckp bahasa melayu..aku teruskan je lah..hihihi...tp untuk soklan ni je lah...lepas tu aku ckp english semula..

mr.manager: ok, u was working at KFC before, why do you working there even u have degree?
aku: senyum je dengar soklan tu...aku pon jawab aku tk tau nk mula dari mana nk cari kerja, jadi aku amik keputusan mula je kerja dari staff bawahan, sbb aku nk tau tekanan staff, dan nk dpt pengalaman baru lew...aku pon tk pasti dari mana aku dpt idea nk jawab mcm tu..ilham dari Allah ni..alhamdulilah

mr.manager: then, how you take action on customer demanding regarding your work in KFC?
aku: i just pretend all their needs and demand are ok and i tried to get what they want.
mr.manager: how u pretend it?
aku: erm...i just always smile and just obey the needs of the customer as well as customer always right..then, after working hours i release my pressure by doing some activity such as playing video games and singing.

mr.manager: so then, sometimes u singing to release the working pressure?
aku: yes, sometime yes.. (aku pon sengeh2 je...hahaha malu pon ader, nyanyi pon tk sedap..mati aku kalo lepas company ni wat pape majlis suh aku nyanyi plak)
mr.manager: erm good..you have positive way to release your tension..and it's good.
aku: thank you..senyum lg...

sbnrnyer byk lagi soklan yg manager tu tya..kat ats tu antara soklan2 menarik yg aku hengat...lain dia tya more about apa yg aku tau pasal company tu, apa yg aku tau ttg position aku nnt dan apa skill yg aku ader untuk company tu jlnkan operasi dia...aku pon jwab lah sekadarnya yg aku tau..sbb tk nk lebey2 takut salah fakta ataupun takut mereka aspect byk sgt dari aku..tkut aku yg tk mampu buat...

for the last aku just bgtau yg aku bersedia nk belaja sekiranya aku diberi peluang tu..sbb aku baru lagi..

pstu kan dtg GM plak...nk discuss about salary yg aku mintk tu..sbb dia kata salary tu tinggi sgt sedgkan aku lagsung tkde xperience pasal tu...setelah discuss bbpe minit..aku pon setuju untuk digajikan as fresh and entry level..terima kasih byk2..

pastu mr.GM discuss plak ngan bakal manager aku apsal aku...dan aku diterima bekerja disitu mulai 2hb ogos ni..rezeki raya ni...alhamdulillah...

aku pon ucap thanks kat manager aku..manager aku ckp..welcome, see you on 2nd august k!

akupon say thanks lagi smpai aku keluar lupa bawak handbag...hahahaha...budus..xcited tk bertempat..dengan malunye aku patah balik kat ofis dan amik hand bag aku...lalalalalal...wat muka tebal je...kikikiki..

about the frustration mention, let be in my own know it..smile!

maaf diatas kesalahan tatabahasa memndangkan english bukan makanan aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...