Pages

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, July 12

Kurus Vs Gemuks

Best ke jadi orang kurus? Pelbagai iklan terpapar di media2 cara nak kurus, supplement untuk kurus, pil kurus dan ada juga iklan menunjukkan orang mati sebab nak jadi kurus. Terdapat pro n cons tentang bentuk tubuh seseorang. Bagaimana terjadi? Bagaimana menangani dan sebagainya.
Sebagai orang yang dikategori kurus, kadang2 ada rasa bangga dan kadang kala timbul rasa rendah diri. Maklumlah, kalo terlalu kurus, bentuk badan boleh dikategorikan macam spongebob. hahahaha...petak je. curve pon tidak mengiurkan. Bukan untuk menayang bentuk badan seksi pada umum, tapi, kadang-kala itu menjadikan keadaan fobia untuk bersuami, ditakuti bentuk tubuh 'papan' tidak memuaskan nafsu pandangan suami pada kita. (jauhnya,aku pikir). Tapi, itu suatu hakikat yang harus dipikirkan, kadang-kala suami ni, perlu dijaga bukan sahaja keperluan hariannya, keperluan batinnya juga. Keperluan batin bukan terhadap tentang layanan di ranjang saja, tapi bagaimana memuaskan suami di ranjang andai ketempat tidur pon dia rasa terpaksa (macam peluk papan lapis)...hahahah. Ini pandangan berdasarkan pengalaman para isteri yang aku baca. Amboi suami !! badan isteri je nak jaga ke?

Yang awak macam tong dram tu camne? Perut boroi, muka berminyak, rambut serabai, bau badan plak macam hatchomm!!. hahaha melalut...selingan dan ingatan untuk diri sendiri juga.

Menjaga tubuh kurniaan Allah itu juga ibadah, dengan badan sihat, cukup nutrien dan menggembirakan hati suami kita dapat pahala. Ibadah kita juga lebih terjaga. Tapi, kurus tu sakit ke sihat?..Terlalu kurus tak sihat, overweight pon tak sihat.

Saya gembira dan bersyukur saya kurus, tapi sy mahu sihat. Saya tak sihat ke? Ye, bagi saya, saya kurang sihat, dengan ketinggian 160 cm, berat ideal saya adalah 52kg. Tapi, berat saya cuma 46kg saje. Ngeee....Ayah selalu bising, dia assume saya kurang makan, tp sbnrnya sistem badan saya tidak proses nutrien yg sy mkn dengan baik. Jadi segala nutrien terbuang melalui proses penyahtinjaan (betul ke nama proses ni). Saya suka kalo saya berisi sedikit. Pipi tembam dengan keadaan badan berisi yang pejal. Bukan terisi dengan lemak. Sekarang, saya dalam program weight management Herbalife.

Saya harap program ni berjaya. Saya mahu jadi pengantin yang cantik, memiliki bdan supermodel khas untuk suami saya. 
 
Lupa saya nk bagitau, apa yang mengembirakan bagi saya dengan berbadan kurus dan tinggi, saya mudah cari pakaian. Cubalah apa sahaja, InsyaAllah kena dan padan. hik3 perasan...perasan...

Sunday, June 17

Live your life

Tak semua yang kau rencana akan berlaku,
Mungkin nasib tak menyebelahi aku...

Dalam hidup kita, akan terjadi pelbagai perkara tanpa kita sangka.Minggu lepas, musibah melanda aku dan kawan sepejabat aku, keretanya dipecah, dan beg aku dicuri...termenung seketika, Ya Allah, ujian apakah ini Ya Allah! Disebalik kejadian ini, aku masik bersyukur, aku tidak jadi mangsa samun atau rompak, kalau itu terjadi, mungkin keadaan lebih teruk lagi. Alhamdulilah, aku terima itu sebagai peringatan atas kecuaian aku sendiri, dan insaf seketika mungkin ada harta orang yang aku terambil. Jadi hak itu diambil semula..aku berdoa semoga Allah kurniakan rezeki yang mahal pada orang itu agar dia tidak perlu lagi mencuri untuk meneruskan hidup.Aku pasti, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..
Love Laugh & Love

Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Alhamdulillah...hari ni berakhirlah penantian my friend, my bestie, my ex-scandal (hahahahhaha...gurau je). Mereka berdua telah disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah..Ya, kedua2nya kawan saya. Rasa terharu melihat senyuman bahagia mereka diatas pelamin dan melihat pandangan terakhir itu, masih membuat hati bergetar. Hanya senyuman ku balas untuk meredakan resah hati. Tangan sejuk bergetar melihat dia menjadi milik orang lain. Dan hati rasa lega yang amat, melihat dia bahgia sudah cukup membuat hati ini bahagia. InsyaAllah cinta kamu berdua hinga akhir hayat. Aku hanya mampu melihat kamu dari jauh...sudah cukup sudah...

End of stories...Mr. Nash bagi task baru lagi dan aku rasa tugas kali ini lebih mencabar. Nama jawatan baru ialah DC & Regulatory Affairs officer. Duh...mulai esok dan kena start siapkan kerja2 yang tertunggak dan planning for kerja baru...erm...baru je plan nak hantar surat resign dan mulakan home business saya. Saya rasa saya akan stay untuk 2, 3 tahun lagi. Mungkin ini lh rezeki yang Allah gantikan untuk saya. Alhamdulillah.

Saturday, May 19

I Love My Self!

Hi Stalker a.k.a follower..hahah..suka2 je panggil orang stalker..i tak kesah uolss follow blog i, tapi kalo ada tulisan2 disini mengguris perasaan atau terkena batang hidung jangan salahkan i ye. I cakap mende general / umum. Blog peribadi kan...sukati lah nk tulis ape. Ye ke idok??? Ha..melalut..


Aku ni suka shopping tp masih berjimat lah sampai bos aku cakap aku ni kedekut. Duit gaji simpan je..ntah nak buat pe ntah. Aku juga di anggap banker oleh kawan-kawan dan adek-badek aku sbb kat aku ni lh tempat jadi ceti berlesen diorang. hahahah. Jawapan aku tentang komen bos aku? "Saya bukan kedekut lah, saya ni jimat + planned" hahah...dia kata kedekut lah tu, belanja saya pon tak pernah. Jangan risau bos, i resign nanti, i belanja ok.

Memikirkan banyak lagi impian yang belum tercapai, terdetik jugak kat hati nak tambah pendapatan. So, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi impian aku dapat dilaksanakan. Aku ni suka independent, sebab dari kecik selalu ayah buatkan semuanya untuk aku, kecuali kerja sekolah je aku buat sendiri. Most decision  ayah yang decide kan. Baikkan ayah aku. Lagi satu pendapat aku tentang teman hidup kita a.k.a suami. Belum tentu kita akan berkahwin ngan orang yang akan sempurna sampai bila2. Dia juga boleh jadi diberhentikan kerja, malas kerja dan sebagainya. Then, kalo kita takde pendapatan sendiri, nak makan pe bila tkde kerja nnt. Sebab tu perlu ada simpanan. Sebagai perempuan, kita perlu ada pertahanan masa depan kita sendiri, tak boleh sangat depends pada suami. Disebabkan aku banyak impian, aku tak sandarkan impian aku untuk bakal suami aku yang tunaikan. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan capai impian tu sendiri. Bagi aku suami kita ada tanggungjawab lain dari menyara isteri sahaja. Nafkah zahir dan batin memang tanggungjawab suami, tapi kalau suami tak mampu sediakan kehendak kita, salah mereka ke? Sebagai isteri yang baik, kita kena bersyukur dengan nafkah yang suami beri, dia sudah tunaikan tanggungjawab, sudah memadai, adakah tanggungjawab suami dari segi material sahaja?. Tidak bukan? 

Antara impian yang belum tertunai :

1- Sambung Master
2 -Beli kereta idaman - Evo 10 (Hambik...aku memang suka keta sport)
3 -Rumah (Rumah ni bagi aku wajib lah...sebagai aset aku sendiri, dan sebagai tempat merajuk dari suami..hahaha...acah je..)
4 - Pergi haji
5 - Tunaikan impian bakal suami aku.

Itu antaranya lah..mungkin akan ada lagi pelbagai impian akan datang.

Maka, untuk itu, aku bercadang nak mulakan satu bisnes home made, kecil2lan. Tunggu dan lihat ye dear all. Aku nak plan betul2 supaya bisnes ni tidak berhenti di tengah jalan dengan modal yang dibazirkan. Aku harap bisnes ni jadi pendapatan keluarga aku sampai target yang disasarkan. Sekian.

Kepada kawan2 yang bakal melangsungkan pernikahan dan majlis kenduri kawen cuti sekolah ni...Selamat Pengantin Baru!


Sunday, April 29

Biarlah aku beralah

I Surrender

There's so much life
I've left to live 
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within 
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you
'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
 I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams
I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender
I know I can't survive 
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see
'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams
 I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender
Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I'll swallow my pride and
I'll be alive
Can't you hear my call
I surrender all

Thursday, April 5

Mr. Oak dan Lalang

Hello readers...we meet again! ..hahaha. I berfikiran positif. Semalam aku belajar tentang pokok oak dan lalang.


Kenapa oak dan kenapa pula dengan si lalang ni. Dalam satu organisasi biasanya kita akan jumpa dua golongan yang satunya bersifat oak dan satu lagi bersifat lalang.

Sebelum i huraikan mengenai oak dan lalang kita tengok dulu ciri-ciri kedua-dua tumbuhan ni.
Pokok Oak:
1- Batang pokok yang kukuh
2- Berakar tunjang
3- Dedaun merimbun
4- Tahan angin

Lalang :
1- Tiada batang - berdaun
2- Akar serabut
3- meliuk lentuk mengikut angin

So, agak2 dapat tak serba sedikit tentang apa yang bakal i perkatakan?
Erm, dalam sesebuah organisasi kita akan jumpa orang yang bersifat oak..orangnya tetap pendirian, tiada apa yang mampu menggoyah prinsipnya.Bak kata orang, kalo hitam hitam lah, dan kalo putih, putih lah ia. Takkan jadi kelabu ke biru ke atau merah.

Orang berciri lalang juga akan kita jumpa dimana sifat seperti lalang, hanya mengikut arus. Ikut saja arahan walaupun bertentangan dengan prinsip, dia akan mengikut kearah mana yang lebih kuat menariknya.

Mana satu sifat anda? Oak ke lalang? Lalang ke Oak? Mana yang bagus?

Sebenarnya kedua-dua ciri tersebut perlu ada dalam sesuatu organisasi. Tapi, kalo dah memang jenis lalang, susah juga dibuatnya untuk buat keputusan. Seorang ketua ditempat kerja perlu ada kedua-dua ciri ini. Untuk sesuatu keadaan, dia perlu jadi Oak dan dalam suatu keadaan dia perlu jadi lalang.Dia perlu jadi oak bila keadaan memungkinkan dia menang dan dpt pertahankan prinsip dia. Jika dia menjadi lalang dalam situasi dia perlu pertahankan prinsip, dia bakal dipijak oak yang lain. Tapi jika dia tetap menjadi oak dalam keadaan ribut, dia yang akan tumbang, tetapi pokok lalang masih disitu mengikut arah angin kencang.

So...pikir-pikirkan lah...!!

Saturday, October 29

audit oh audit....

Saturday come again and i was steressed thinking of auditing activities this Monday! uwaa....feeling like having a fever rite now...amacam sedap ke kena audit..tidak2....tak lena tido i uolsss...

Bos aku? relax je...aku pulak yang naik seram tengok dia chill sgt kau..

Sekarang nak check pape pon dah blur..mamia...

Tuesday, October 11

Master in ?

postpone...mungkinkah?? nampaknya sangat betul....sedih tak..tak lah...ok je...ada masa untuk sambung master...



now...searching the master course at UTM..

Friday, August 26

Riang Ria Raya Riuh....




Salam reader2 tersayang ( ada pembaca ke blog aku ni? hik3) tak bape lama lagi kita nk raya kan3...persiapan raya aku tahun ni biasa2 aje. Macam tkde mood nak raya, nape ek?? Tahun ni pertama kalinya aku wat kuih raya, selalu tu mak yang buat, aku tolong-tolong je. Tahun ni kena wat biskut raya, dan juga sebelum balik melaka nanti nak siapkan 3 biji kek coklat pulak. Adeh3..

Adik pompuan aku dah sampai JB subuh td. Yeahoo!!! sonoknyer ada kawan balik...hik3.

Buat kengkawan, selamat menyambut hari raya Aidilfitri yang ke bape ek dalam idup korang?? Kali ke berapa sekalipun korang sambut raya, bersederhanalah, jangan sampai lepas raya, gigit jari sebab sakan sangat beraya. JImat!! Di kesempatan ini, nak mintak maaf juga pada sekalian pemabaca andai selama nukilan hamba disini ada mengguris perasaan (ayat tak leh blah!!)

Lagi...erm tahun ni nak beraya plus berwalimatul urus...bukan aku...kawan-kawan aku. Ramai pulak yang kawen time raya2 ni...adeh

end...SELAMAT BALIK KAMPONG BUAT AMALINA, SYAZWANA, NORSILAH, KAK LEEZ, KAK NAZ, KAK SAB, KELUARGA UNGKU CIK dan...(eh, byk plak, tak tertulis aku).

Saturday, July 23

Ada aku Kesah??? resign?

erm..bulan depan atau mggu depan maka genaplah setahun aku bekerja kt tmpat kerja aku sekarang as dot dot dot. Berjayakah aku jadi career women yang berjaya dan success. Jawapannya tentunya ya!!! (perasan). Tapi, kita memang kena selalu persan bagus dan buat yang terbagus. Supaya nnt even kau nk resign sekalipun, kau masih dianggap yang terbagus. huhuhu. Pehal wat entri nk resign ni. Ye..mmg aku nk resign. Aku rasa kali ni Incik N mesti bg punya aku resign. Dia pun dh nyampah dengan aku. Kenapa ek aku ckp cmtu? sbb hari2 kalo terserempak ngan aku dia mst wat tk nmpk. Fine...Tapi, bg aku dia tk pro bila pasal kerja untuk department aku pun ckp kat org lain suh ckp kat org lain. Fine, sy paham Incik. Incik mmg nk sy blah. Nape? Rasa tercabar ke dengan saya? Takkanlah...you kan super intelligent m******. Mna leh lawan.


Jangan risau, tk yah susah berentikan saya, saya pun tk ada hati dh nk kerja sini. Sya masih akn terus berkerja disini smpai masanya tiba, sy akn blah. Dengan rasa ada hati perut, sy takkan tggalkan kerja di amanahkan terbengkalai sebelum sy berambus, sy akn siapkan sesempurnanya.


Berani betul sy tulis entri cmni. Sebab sy pasti dia tk tahu sya ada blog. Sy masih bersabar. Semoga Allah tetapkan kesabaran sy.

Monday, July 18

Forgive Me....

Satu-satu semangat aku hilang....bertimpa2, smpi kekadang dh tk leh nk pikir ngan warasnya. Siapa kenal aku...? Tentunya yang paling tahu, my parents and family yang always sabar dengan kerenah anak pompuan dia ni...pendiam tp panas baran...ye...aku seorang yang panas baran...aku suka simpan perasaan, berdendam, niat untuk cuba melupakan, tp bila rasa hati tu dh tk terbendung, terluah dengan cara yang paling tidak disukai. Kesannya, banyak hati yang terluka...kesannya, i lost all the spirit yg ada dlm diri, sendiri rasa down sbb dh buat orang lain down...please forgive me for what i have been doing all the time with you...


Selalunya lepas marah, perasaan sesal bertimpa2, tp nasi dh jadi bubur, kena telan gak wlpun tk suka...dn pastinya perasaan ini kadang kala muncul dibenak, andai aku tiada, mungkin tiada yg kecewa. Astaghfirullah....semua ini sudah ketentuan..


Buat kekasih yang mencintai dalam diam sejak kamu 9 tahun, maafkan sy andai sy kasar, andai sy tidak mampu jd yg terbaik, andai sy tidak layak mengasihi kamu. Andai sy jd kasar, jgn lihat pada induknya, didikan mereka ckup sempurna, tp sy yang mencacatkan kesempurnaan itu. Sy tahu kamu sabar kerana itu kamu masih disisi.


Buat ayah dan bonda, sy juga tahu kamu menjeruk rasa menahan kerenah anak yang suka membantah, ampunkan sy kerana terlanjur kata. Maaf juga tk mampu ubati luka kalian, jadi ampunkan lah..,.Redhakan segala2nya..Doakan jua agar hati aku lembut tp masih kuat menahan dugaan.


Buat kawan2 dan juga sesiapa sahaja, andai terasa dengan gurauan ku, maafkan lah, sbb seringkali diri ini lupa, hati lain perlu di jaga, hati lain mudah terasa.


Mungkin, lepas ni, lebih baik aku diam, puasa pon nk dekat...lebih elok aku dekatkan diri pada Yang Esa. Moga Dia panjangkan usia setiap orang yang ku kasihi. Moga dia dekatkan hati ku padanya.


Andai tiada esok untukku, doakanlah untukku, ampunkan khilafku. Teruslah mengasihiku dan sedekahkan lah Al-Fatihah untukku....

Monday, March 7

Contest Seunik Namaku





huhu...teruja plak rasanya, pertama kali nak join contest kat blog...setela
h sekian lama mendiami blog tersayang, baru kali ni ada masa nk join...thank zie...see the entri hua....sonot2..eh...over plak...entri kena citer pasal name sendiri lh...hik3


SYARAT-SYARAT CONTEST..

1. Buat satu entry bertajuk "Contest Seunik Namaku"

2. Mestilah jadi follower teratak buruk zie ni ek..kalau tak nak pon tak pe.
tiada paksaan..tapi kalau terlepas sebarang update jangan salahkan zie OK..

3. Letakkan banner yang comey kat atas tu dalam entry korang OK..

4. Letakkan 1 picture korang yang paling comey/hensem. Pastikan tu picture korang Ok jangan letakkan picture orang lain plak.

5. Then, korang bagitaula nama korang yang sebenar..Lepas tu cerita la apa-apa pon mengenai nama korang & apa yang uniknya/istimewanya korang.

6. Tag kan 3 orang kawan-kawan korang & pastikan dia tau OK..

7. Last sekali jangan lupa postkan link korang kat ruangan komen entry ni..

4hb November 1986, ayah bg nama aku FARHAH WAHEDA setelah 4 hari lahirnya aku. Dulu2 aku selalu rasa nama aku biasa je...tp lama2 hidup ngan nama tu rasa unik plak...sebabnya:

1- tak ramai orang boleh ingat ejaan nama aku dengan betul...kalo betul pon itu pun lepas mereka rapat ngan saya ataupun terpaksa ingat untuk sesuatu tujuan...best kan cmtu...

2- Ramai juga yg tk boleh sebut nama aku dengan betul tanpa salah terutama bangsa cina, sebab gabungan huruf RH tu macam susah ket nk combine...tk caya? cuba mintak kawan cina korang sebut nama aku...kalo dpt tu terror lah...sbb kat company aku...manager cina tu tk pndai sebut nama depan aku...last2 aku bg nama lain kat dia...hik3

3-mungkin nama aku tk jadi seunik ni kalo ayah aku kekalkan nama waheda je...see...nama waheda tu pun unik...jarang kan jumpa ejaan macam tu...biasa kita akan jumpa WAHIDA / WAHIDAH / WAHeeda...

4- Selama aku sudah pandai berkawan...nama aku tu sudah mencipta pelbagai nama...sbb org kata susah nk sebut btul2....kalo tk kerana ada agenda formal, mungkin mereka tak tau nama aku yg sbnar....sejak sekolah nama aku byk....antaranya, fara, farah, eda, wahed, farhah, dan paling tkde kena mengena langsung...DIDIE....nama didie tu wujud sbb diorg ssh nk sebut betul2 nama aku....hik3

tu serba sikit pasal nama aku...aku ni unik tak?

Unik sebab, masa aku lahir, parents aku selalu ckp aku ni tertukar ngan anak India, sebab aku gelap, kebetulan esok nya lepas aku lahir..deepavali...hak3...seb baik dh besar putih sket...

aku unik sbb keturunan aku yg mcam2 itu...cina+jawa+bugis+ arab kot = kek lapis...hik3

Menurut kawan2...aku nmpak lembut, ala2 perempuan melayu terakhir gitu...(perasan plak)...
Tp, sbnrnya aku ni mak aku kata degil! keras hati...macam ada dua orang gitu...bila marah terbang semua barang....(malunya....)

one more thing...kecik2 aku...aku kuat makan.

huhuhu....byknye nk citer....kalo menang nnt leh citer panjang lagi ea zie...

sekarang aku nak tag

* awis
* atie
* kak sue

sila la lawat blog zie....tuan punya contest
www.secebisbingkisan.blogspot.com

Wednesday, March 2

Saya Nak Header Baru...


huhu...pernah plak kan blog aku ni ada kepala...a.k.a header. Sonotnyer...ada member nk wat kan..mekaceh lah kak jie wei...ngeh3....suka2...cuba ngok kak jie kita nyer header. "ada stylelah"!

Saturday, January 15

Sakit hati ...

Ops....ngan sape plak aku sakit hati ni...tk lh...im referring to “HEPATOCELLULAR CANCER” a.k.a kanser hati. Apsal aku wat entry ni? My cute chubby teddy (hambik kau gelaran dia) father's mnegidap Kanser hati peringkat 4. Perasaan aku? Of cos, im sad too. I can imagine how he feel towards this. Ayah dia kan. He called me and tell me the result of doctors observation. And the very tragic part is, doctors just ask his family, to get his father go back home. Not much treatment that could cure the disease. His father only have 6 to 12 month survival rate. But, as muslim we belief ajal maut is on Allah's will. I hope my teddy, be patience. Just take good care of his parents as good as it can be as long as they still alive, right? It's make me feel love him more. I have to support him, make him happy. I know this is the hard time for him to face it alone. As i know he stayed with his parents and i knew he is the only son. He has responsibility to take good care to his family as well as he is the only child that unmarried yet.

Below i want share some info about this cancer source by goggle.

1. HATI terbahagi kepada beberapa bahagian.90 peratus daripada kanser menjangkiti dibahagian sell hati.I dikenali sebagai “HEPATOCELLULAR CANCER”

2. Sesetemgah kanser hati bukan sebenarnya berpunca dari hati.Ia mungkin sahaja berpunca dari organ organ lain yang terlbih dahulu dijangkiti kanser.Apabila ia telah bermatasis hingga ke hati.kadangkala kita menyangka ianya kanser hati.Ini tbukan fakta sebenar.Kanser hati sepatutunya dirujuk sebagai kanser hati apabila ia memang berpunca dari hati itu sendiri.

3. Hepatatis B adalah punca yang lebih popular untuk seseorang itu mengidap kanser hati.Kebanyakkan kanser hati menjangkiti dibahagian yang lebih besar,itu sel2 hati.

4.Selain dari hepatatis B,ia juga berpotensi untuk menyrang mereka yang mempunyai mereka yang terlalu gemuk,hepatatis c dan diabetis.Namun hepatatis B menjadi sebab utama.Ia dikatakakan berlaku apabila virus hepatatis B yang dikenali sebagai genome merencatkan genetik biasa hati yang mengakibatkan sel hati tersebut menjadi kanser.Genoma ialah kod genetik virus hepatatis B.

5.Mereka yang mengidap kanser hati pada usia muda biasanya berlegar kepada virus hepatatis B kronik manakala golongan tua pula berkemungkinan pengidap hepatitis C.Namun fenomena ini bukanlah kemestian walaupun kajian menunjukkan begitu.Golongan lelaki adalah lebih terdedah kepada kanser hati berbanding wanita,atas sebab2 yang masih lagi dalam penyelidikkan.Kebenaran fakta hepatitis C punca kanser juga masih lagi dalam perdebatan para pakar kanser.

6.Faktor lain ialah peminum alkohol,kepelbagaian ubat sintatik dan mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dalam badan dan hati.

7.Kanser hati adalah pembunuh senyap.Pesakit tidak akan merasa sakit sehinggalah ia telah pun masuk ke peringkat 3 menuju ke tahap 4.Pakar mengatakan jika tidk dirawat segera ia akan membunuh mangsa dalam masa 1 tahun.

8.Apa yang mengerikan mengenai kanser hati ialah ia tidak akan menunjukkan apa2 simpton pada peringkat awal.Ia seringkali dikesan apabila pesakit membuat rawatan mengenai penyakit lain yang memerlukan doktor memeriksa hati.Sehinggalah ke peringkat 3 atau 4 kadangkala simptomnya agak mengelirukan para doktor.

9.Umpamanya mereka yang kehilangan berat badan secara drastik yang sukar dikenalpasti puncanya adalah merupakan tanda2 kanser hati.Kesakitan dibahagian abdomen pula berlaku apabila kanser telah merebak kesebahgian besal tisu hati.Simptom2 lain adalah bengkak pada bahgian abdomen dan kadangkala disertai dengan cecair,kulit kekuningan dan kekejangan otot.Oleh kerana hati mempunyai saluran darah yang sangat banyak guna untuk proses2 tertentu keseluruh badan,risiko untuk kanser merebak keluar dari hati adalah sangat tinggi terutamanya pengidap kanser hati kronik.

10.Beberapa kaedah perubatan dalam kanser hati sebenarnya tidak memberansangkan dan berisiko tinggi.Umpamanya mengantikan hati ( transplant ) dimana penyelidikan yang dijalankan seringkali kanser akan berulang pada hati yang diganti dalm 5 ke 8 tahun akan datang.Dan ia juga dikatakan hanya untuk memanjangkan hingga ke 5 ke 8 tahun usia penderita kanser hati.

11.Sementara mengkimo hati tidak digemari olih para doktor kerana akan menyebabkan sesuatu yang lebih fatal apabila sel2 hati yang sihat bakal terkorban sana.

12.Namun kaedah kimoterapi dan radiasi akan tetap menjadi pilihan para doktor walaupun risikonya agak tinggi kerana sel sel hati sangat sensitif kepada sebarang racun kimo yang tidak bertoleransi dengan sel sel yang sihat.Demikian juga dengan pancaran radiasi amat memerlukan kecermatan sehingga 100 peratus untuk meminimakan seberapa yang bolih akan impak pada sel2 yang sihat.

Secara keseluruhannya sehingga kini belum ada kaedah rawatan yang berisiko rendah jika kita membicarakan mengenai kanser hati terutamanya kanser hati kronik.

Perhatikan simptom dibawah untuk kanser hati
-Loss of appetite
-Unexplained weight loss
-Fever
-Fatigue
-Weakness
-Pain in abdomen
-Swollen abdomen
-Nausea
-Dark urine
-Yellowing of the skin and/or the whites of the eyes

Saturday, January 8

Beautyman & StrongWoman....

Seorang rakan baik telah berkongsi sesuatu tentang wanita dan lelaki denga kiriman email kepada I. So, hari ni i nk kongsikan sesuatu yang mungkin boleh menjadi renungan bersama2.

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, December 15

salahkan wanita tidak tahu memasak...????


Entri kali ni agak menjadi isu buat masa kini terutama golongan muda apatah lagi wanita berkerjaya dan agak pandai dalam pelajaran. Sering menjadi isu kini, wanita yang berkerjaya, tidak tahu memasak, alamatnye makan kedai saje atau bungkus nasi dan makan dirumah.Terdapat juga segelintir lelaki di negara kiter yang berkahwin dengan gadis lepasan sekolah yang jelas muda benar dan tidak matang dalam hal rumah tangga. erm...sudahnya, banyaklah kes perceraian berlaku hanya disebabkan mende kecil yang di perbesarkan...iaitu tidak pandai masak.

Kalo perempuan tidak pandai memasak, dikutuk, di keji, kononnya nanti tak dapat membahagiakan rumahtangga kerana rata2 kiter tidak kira lelaki atau perempuan selalu dimomokkan dengan kata2 orang2 lama "Nak, belajar lah masak, sebab kalo nak pikat suami, kena ikat perutnya dengan masakan kita"....ataupun "Nak, nanti kalo cari bini, carilah yang pandai masak, bahgia rumah tangga"...mungkin itulah ungkapan yang pernah kiter dengar dari orang tua atau pun mak2 kiter sendiri...tp, btul ke masakan isteri akan menentukan keluarga bahagia taupun tidak.?

Ya...memang ada benarnya, masakan isteri dan ibu itu akan menngeratkan hubungan kekeluargaan dan anak akan menghormati ibu kerana makan dari air tangan ibunya, lebih2 lagi si ibu atau isteri itu, memasak sambil mengamalkan zikir dan doa untuk melembutkan hati suami dan anak. Dari situ hikmah kelebihan perempuan pandai masak lebih memainkan peranan penting, tidaklah nanti suami asyik ke kedai kopi dek kerana penangan air kopi buatan si mamak...hahaha...

Isu ini sering juga diajukan oleh pasangn sebelum mereka berkahwin (nak cari alasan lah tu, kalo pasangan tak pandai masak)yang kononnya kalau tak pndai masak tak layak jadi isteri, amboi sedap mulut...sy lebih suka menggunakan penekanan, kalo tak pandai belajarlah, sayang suami kan...takkan nak tengok suami kebulur disebabkan kiter tak pandai masak kan...lagi satu dapatlah jaga kesihatan keluarga dengan makanan yang dikawal nutriennyer...

Tapi, bagaimana pula dengan lelaki, adilkah tiada syarat utama bagi mereka sebelum berumah tangga..bagaimana kalau lelaki yang tak leh jadi imam? layakkah nak jadi nakhoda dalam bahtera...bagaimana nak jadi ketua keluarga? erm...jawapan yang sama..kalo tak pandai belajarlah. Mula kan dengan menjadi imam dikalangan keluarga, kemudian penduduk taman pulak...ada yang bagi alasan, takut nak jadi iman sebab takut bacaan salah, tajwid tak betul, dan rasa isteri lebih bagus bacaan al-qurannya. Bukankah jodoh yang Allah tentukan untuk kiter tu saling melengkapi. Menutup kekurangan yang lain. Alangkah indah dan bahagia hidup dirumah isteri pandai masak, suami pulak boleh jadi imam dan mengajar agama, untuk anak isteri pun cukuplah.

Erm...kalo awak sayangkan isteri dan awak pulak tahu masak, tak salah turun ke dapur kan dan ajar isteri masak, bila isteri dihargai dan awak boleh terima dia seadanya, pasti lepas ni, dia lebih bersemangat nak turun ke dapur dan belajar masak..lama2 pandai lah dia, mungkin lebih terror dari cik abangnyer. Tapi, tahan je la, bila isteri masak tak sedap, dia kan baru belajar, tegur dengan cara paling baik, supaya si isteri tak merajuk n terasa hati. Takut2 dia fed up sebab asyik kena kutuk masakannya.

Dan untuk si suami pula yang masih ragu2 tak layak jadi imam, ambillah kelas agama, dalami semula ilmu agama. Kite bukan lah jahil, tapi mungkin banyak yang dah terlupa sebab tak di amalkan dan kerjanya asyik jadi makmum saje. Ingat lah para suami dan bakal ayah, perkahwinan dan isteri serta anak itu amanah, kamulah imamnya yang boleh membawa keluarga masuk ke syurga bersama atau tidak. Dan jika si isteri lebih pandai agama dari suaminya, ajarlah si suami ilmu yang di ketahui. Dengan cara paling terhormat, agar si suami tidak berkecil hati dan rasa rendah diri. Dah namanya suami isteri kongsi2 lah, benda baikkan. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.

Dah abis merepek dah ni, harap ada ilmu yang dapat di manfaatkan. Nukilan disini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan atau menceritakn mana2 pihak. Sekadar peringatan untuk diri yang belum bergelar isteri dan juga untuk kawan2 yang bakal bergelar PUAN tidak lama lagi. JIka ada tersilap kata, harap lah di maafkan sbb empunya diri ni pun serba kekurangan. Jika ada yang terasa, usah berkecil hati, ambillah ia sebagai igtan...aku yang menconteng luahan rasa ni pon belum bertitle pape pun, sekadar berkongsi maklumat dan pendapat. sekian....

Tuesday, July 27

Double HAppiness.....

Good evening everyone!!!!
Alhamdulilah...thanks to Allah for gave me these happiness...syukran..

Today and Yesterday i got double happiness plus a little tiny frustration..I've to practice using English in all daily conversation from this day...because sum reason...lalalalala THE DOUBLE HAPPINESS

1. I GOT THE DRIVING LICENSE
hahahaha...i really want to laugh to myself..by taking 4 times of JPJ test than i got the license...so so so 'degil' to be PASS..actually im not a good driver, i have to be more practice. Because of too much nervous, my driving skill will go haywire..because of that, my dad can't give the trust on me to drive alone..one day maybe..

2.THE SECOND HAPPINESS IS MY INTERVIEW IS SUCCESS!!!!!
till now i am still think than i dreaming got this job. HUh...i never trust my self. Maybe its true that some friend told me that sometime i can't expose my self...and i believe that is one of reason i cannot pass the government interview. Pity of me..hihihihi

oklah...nk citer pasal job yg ditawarkan iaitu as a Document controller...actually, pernah dengar pasal position ni..tp really tk dpt gmbrkan camne kerjanya..masa interview tadi masa manager tu citer sket ttg task job ni, aku rasa cam nk ngis sbb aku gmbrkan ia suatu kerja yg agak detail dan rumit..uwaaaa..tp tkpe en. manager...seperti yg telah dijanjikan i will try my best to learn something new ok...just give me the chance to make it..

PENGALAMAN DI TEMUDUGA

hari ni merupakan hari yg tk mgkin aku lupakan seumur hidup aku..ini bukanlah first time aku gi interview..cuma interview sebelum2 ni untuk goverment sector...kali ni swasta. they will aspect much..sbb mereka tidak mahu rugi give the salary for those yg tk leh wat keje...membazir je...so kena bg yg TERBAIK...

hari ni aku bgun awal..cam biasa lah solat subuh..tp selalunya aku akan tido balik..tp tk untuk hari ni..aku bgun dan cuba tenangkan diri setenangnyer..malam tadi pon aku tk review pape pon pasal interview memandangkan otak aku dh sendat penuhkannyer beberapa hari sebelum tu..then kul 7 aku start buka laptop aku dan review tajuk2 akhir research aku pasal job aku secara lalu je..aku nk positif je hari ni..kul 8.15 pagi mula siap2, gosok baju, mandi, makeup ala kadar dan wat role play wat kali terakhir..masa masih byk sbb interview aku kul 10. Then, kul 9.15 pagi aku pon bertolak ke temapt temuduga ditemani ayah aku..yela..aku kan lom boleh bawak keta sendiri..sampai sana 9.30 pagi...kjap je kan..mmg sgt dekat ngan umah aku..

then, sampai sana gi kat post guard, dapt pass masuk visitor...aku sorang je kena temuduga hari ni..tkde calon lain..then jalan2 gi receptionist..jauh gak sbb aku masuk ikut pintu belakang..aku jalan sambil senyum2 tp dlm hati uiii berdebar, sakit perut sumer ader.bla...bla...bla...byk sgt nk citer sebelum smpi bilik temuduga, tak yah citer lah eh...

duk dalm bilik temuduga...en. manager suh tggu jap..aku pun tggu lah..tp aku pelik npe aku dh tk rasa berdebar dah..peliknyer....alhamdulillah..

ok then proceed to the interview session

mr. manager : are you ready?
aku: yes, im ready

mr.manager : ok, for a start, introduce about your self..
aku: (aku pon gtau lah serba sket pasal aku, nama, umo, suka wat pe, blah...bla...bla)

mr. manager: ok, u was graduated from uitm in library management, right?
aku: yes

mr. manager: plis tell me about your studies, i am not familiar with the course, what is it actually?
aku: soklan ni, aku ader gak wat persediaan jawapan, sbb aku tau kalo company tu lain dari bidang kiter, mst dia nk tau sket2 apa yg kiter belaja sbnrnyer. jadi aku pon kata lah library mag. ni pasal manage library..dan sewaktu dengannyer..aku pon dh tk hengat ape yg aku bebel pasal course aku.

mr.manager: what is ISBN number?
aku: haa??? dalam hati aku kata ni interview librarian ke?..tp tkpe sbb dia nk tahu, aku citer lah..boleh plak aku tersalah fakta dan tersasul2 ckp bahasa melayu, padahal aku tgh speak english..hahaha..gelak lg aku..aku dh tersengih2 terckp bahasa melayu..aku teruskan je lah..hihihi...tp untuk soklan ni je lah...lepas tu aku ckp english semula..

mr.manager: ok, u was working at KFC before, why do you working there even u have degree?
aku: senyum je dengar soklan tu...aku pon jawab aku tk tau nk mula dari mana nk cari kerja, jadi aku amik keputusan mula je kerja dari staff bawahan, sbb aku nk tau tekanan staff, dan nk dpt pengalaman baru lew...aku pon tk pasti dari mana aku dpt idea nk jawab mcm tu..ilham dari Allah ni..alhamdulilah

mr.manager: then, how you take action on customer demanding regarding your work in KFC?
aku: i just pretend all their needs and demand are ok and i tried to get what they want.
mr.manager: how u pretend it?
aku: erm...i just always smile and just obey the needs of the customer as well as customer always right..then, after working hours i release my pressure by doing some activity such as playing video games and singing.

mr.manager: so then, sometimes u singing to release the working pressure?
aku: yes, sometime yes.. (aku pon sengeh2 je...hahaha malu pon ader, nyanyi pon tk sedap..mati aku kalo lepas company ni wat pape majlis suh aku nyanyi plak)
mr.manager: erm good..you have positive way to release your tension..and it's good.
aku: thank you..senyum lg...

sbnrnyer byk lagi soklan yg manager tu tya..kat ats tu antara soklan2 menarik yg aku hengat...lain dia tya more about apa yg aku tau pasal company tu, apa yg aku tau ttg position aku nnt dan apa skill yg aku ader untuk company tu jlnkan operasi dia...aku pon jwab lah sekadarnya yg aku tau..sbb tk nk lebey2 takut salah fakta ataupun takut mereka aspect byk sgt dari aku..tkut aku yg tk mampu buat...

for the last aku just bgtau yg aku bersedia nk belaja sekiranya aku diberi peluang tu..sbb aku baru lagi..

pstu kan dtg GM plak...nk discuss about salary yg aku mintk tu..sbb dia kata salary tu tinggi sgt sedgkan aku lagsung tkde xperience pasal tu...setelah discuss bbpe minit..aku pon setuju untuk digajikan as fresh and entry level..terima kasih byk2..

pastu mr.GM discuss plak ngan bakal manager aku apsal aku...dan aku diterima bekerja disitu mulai 2hb ogos ni..rezeki raya ni...alhamdulillah...

aku pon ucap thanks kat manager aku..manager aku ckp..welcome, see you on 2nd august k!

akupon say thanks lagi smpai aku keluar lupa bawak handbag...hahahaha...budus..xcited tk bertempat..dengan malunye aku patah balik kat ofis dan amik hand bag aku...lalalalalal...wat muka tebal je...kikikiki..

about the frustration mention, let be in my own know it..smile!

maaf diatas kesalahan tatabahasa memndangkan english bukan makanan aku..

Friday, June 18

::MY Colours::

hari ni aku wat interview...itu pon kalo boleh di panggil interview...mcm review lah mngenai diri aku through some colours which are
putih < pendiam >, biru < jujur >, merah < panas baran >, hijau < peramah >, ungu < comel >, pink < nakal >, hitam < sombong >, coklat < funny >, kuning < manja sangat >, oren < menarik >, kelabu < pandai jaga at org >, dan jingga < brutal >

aku minta mereka (cikgu acan, sahar, najib, elly dan zateng) untuk beri 5 warna yg seswai dgn personaliti aku dari pndgan mata mereka...tp nape tya 5 org je? sbb...sbb ape ek...sbb aku mls nk sms reramai, hahahah...

dan berikut adalah keputusannye
1. hijau
2. ungu
3. pink
4. kelabu
5. oren
6. putih
7. biru
8. kuning
9. jingga

hahahah...apsal byk sgt ni...erm..biaslah..lain org, lain pndangannyer kan..tp turutan tu bukan ikut mana view yg byk..aku taruh je pandngan org tntg personaliti aku...FYI jingga tu satu undian je...mknenyer aku tkdelh brutal sgt...hahahah

Friday, June 4

Driving oh driving....


tin...tinnnn
hik..hik...kengkunun bunyik hon kete lew kan...hahaha...sbnrnyer aku neves nk test JPJ mggu dpn..yelah aku ni jenis gelabah, tk leh rasa neves sgt, nnt apa yg aku buat sumer tk jd..mgkin kalo org len tk kesah sgt, sbb dh biasa driving, just amik kelas untuk dptkan lesen tu..bg aku yg mmg kaki bangku ni...pertama kali aku memandu adalah pada hari ke-2 aku gi kelas driving...ksian tul..ksian cikgu2 yg ngajar budak lengai cam aku ni...hahahah...maaf ye cikgu2 sumer...org belaja sebulan je,,aku belaja dekat 3 bulan masih teragak2 dan tk confident...tkpe insyaAllah aku akan buat yg terbaik...

kalo lh aku byk duit, aku hire je sorang driver antar aku ke sana ke mari..huhuhu...tp hidup kena realistik, jgn plastik, dan kena survive, supaya kiter jd org yg bersyukur sbb kiter dapat rasa nikmat bila kiter dpt buat sumthing yg kiter rasa susah sblumnyer..btul kan? aku hengat lh kan, lepas dah ader lesen ni, aku nk bawak keta auto je...aku mls lh nk men clutch tu, leceh (ataupun sbnrnyer aku mls) hahahaha.

Thursday, May 27

Antara Kehendak & Tentangan

oishiii!!! sedap sgt laksa penang yg emak belikan untuk eda tuh...thanks mommy! sbb selalu igt mknn kegemaran ank mak yg notie ni. sgt pedas n i loikke very much!

demo, watashi takleh makan selalu, sbb watashi skt..watashi ader gastrik yg agak kronik..kalo watashi tk jage watashi leh kena ulser..

tp watashi dh ngidam sgt, lama dh tk mkn..smlm pon watashi dh bantai setin coke wlpn watashi tk leh minum air gas. Mommy marah smlm sbb tau watashi minum air gas sorok2, tp watshi tk leh tahan dowh..gian. jgn risau mommy watashi bukan minum selalu..dh lame dh watashi tk minum kan.

sbb tu kdg2 watashi masak pedas pon, org len mkn kata tak pedas, nk wat cmne..takat tu je pedas yg watashi leh terima, lebih dari tu, watashi akn tanggung akibatnyer..tak sanggup beb..sakit sgt..

buat teddy bear tersyg, jgn marah eh kalo watashi tk jage ksehatan watashi...kdg2 watashi terignin mkn mknn yg watashi tk leh mkn...

Tuesday, April 14

Peristiwa Di PerjalanaN

JUmaat 10 April 2009,

aku balik Jb hari jumaat lepas, seronoknyer tidak terkata sbb rasa bosan yg amat terperap di Puncak Perdana, ngan tkde wetnya..mnmbh seksa diriku...lalu aku amik keputusan balik..tiket pon dh beli awal2...asement yg sptutnya hantar lmbt lagi telah pon disiapkan, nk balik punya pasal...

jam 1.00 ptg: aku mula bersiap nk balik, gosok baju, mndi, makan, kemas sket2 lagi, solat dan lain2. awal gila siap, padahal bas aku kul 4.45 ptg. excited beb...

JAm 2.20 ptg: Kuar umah dan tunggu bus ke s.alam, aku pikir kalo smpai awl, tk kelam kabut, bolerh rilex2 siapkan "search word", makan ke ape ke...

JAm 2.30 ptg: Bus pon smpai dengan jayanya...alaaaa...penuh gila...cmne nk sumbat aku ngan beg aku ni...aku pasti bus tersebut akn kosong bila smpai depan kolej nnt...tp ni nk masuk aku boleh lah..beg aku yg besar ni nk leatk mana...maka aku merelakan diriku...menuggu bas yg satu lagi......langit mula gelap....

JAm 2.45 ptg : aku keseorngan kat bus stop. "mana bus ni"? wa....ujan sgt lebat...nk balik berteduh kat umah...dh tentu tk boleh...ia akn mgakibatkan aku perlu mndi lagi sekali...ujan gila2 lebat diiringi petir dan guruh yg mengecutkan perutku....aku pe lagi...angkat kaki letak atas bgku bus stop, letak beg tepi2 sket biar tk kena ujan...aku mula tk tntu arah sebab ujan cam tk nk stop je.....

JAm 3.15 patg: aku masih bersabar mengenangkan bus tk dtg lagi...tp dlm hati mmg menyumpah...aku pujuk hati..."takpe, bus kel 3.30 ni!"...dalam pada takut dan risau, aku pon snap2 gmbr aku kat situ...heheheh...

JAm 3.30 ptg: aku dilanda kerisauan yg amat...mana bus ni?? aku dh lambat...kalo dekat tkpelah gak...ni jauh...naik bus plak tu....aku call kawan aku...dia kata" sabar dee, jap gi smpai lah tu, smpat ni...dia smpt pesan, "kalo dh smpai PKNS amik je teksi, tk yah tunggu bus lagi." AKu akur dgn cdngan kwan ku itu, baik ku laburkan sket wang ku, dari harus ku terima hakikat , aku ketinggaln bas nk balik JB.

JAm 3.45 ptg: Aku dh mula ilang sbr, rasa nk jerit je...ujan dh berenti, tp aku plak yg mula nk ujan kat dlm...aku bgtau kawan ku...dia pon ikut cemas, waktu semakin suntuk...Bas Rapid itu bukan aku yg punya...maka aku harus merelakan kelambatannya...kalo aku ank YB dh lama aku smpi ke Seksyen 17 dgn jayanya....mggunakan perkhidmatan supir org tuaku...hahahahaha, aku amik keputusan call cab..."oh no!, cab yg aku call jauh dari puncak, utk tunggu, mgkin bus akn smpai gak...! jadi dngn kira-kiraan masa yg seciput...aku terus tunggu...

JAm 3.55 ptg: HUh....bus dh smpai, Alhamdulilah....hai lah bus cptlah ko smpai ke s.alam...naik bus je...aku dudk lam keadaan benggang melampau, bebola mataku melirik pada jam yg cpt plak dia gerak hari ni...oleh kerana penumpang yg naik dan turun ramai plak hari ni...maka bus tu tk smpai tepat waktu yg dijangka....

JAm 4.30 ptg: bus masih blom smpi ke tmpt dituju....aku mula meredhakan hati jika aku benar2 ketinggaln bas, bersedia untuk mngalirkan air mata, dn bersedia untuk kuarkan duit lagi beli tiket lain....

Jam 4.40 ptg: Bus smpai ke seksyen 2..."oh tidak!!!!!!....5 minit lagi...msa ni aku pikir, kalo aku boleh hilang dan berada di seksyen 17 dlm masa 5 mint, alangkah bhgia nya....aku tebalkan muka berjaln di perhatikan pelajar2 UITM yg berkoyan2 itu, mngheret bagasi yg besar dan berat...lalu ku naik cab....

JAm 4.43 ptg: AKu mula tk senang duduk....supir teksi ni bawak keta cam siput...lalu ke berkata padanya "bang, leh laju sket tak?, sy dh lmbt ni!...." jgn terpedaya, kata2 ni hanya dlm hati ku je...aku masih punya hati untuk bersbr lagi...

JAm 4.50 ptg: aku mcm nk lompat kuar dari tingkap bila teksi tu dh masuk ke kawasan seksyen 17, mataku melilau mncari di manakah bus ku tu berada, apakah masih disitu, lom dtg, atau bus itu ghaib????...hati ku berbunga2 melihatkan bus transnational berada ditmptnya...aku smpt naik....yeah2...langkahku smkin pantas...haaaaaaaaaa!!!!!bus gi Melaka? mana bus gi JB ni???...aku mula menahan sebak di hati...nak balik...nak balik....

JAm 4.55 ptg: "Bus sy dh tinggalkan sy!!!!" waaaaaaaa........(itu adalh dialog ku kepada kekasihku NAjib...)....jgn cemas....aku masih berfikiran waras....aku pergi ke kaunter ngan muka pucat...lalu ku tya" bang, bas gi Johor dh dtg?"...aku menanti kata2 yg kuar dari mulut receiptionist.....muka ku ilang darah...."oh!!!

JAm 5.05 ptg: Alhamdulilah....heheheh...aku dpt naik bus tu dgn selamatnya....duduk dengan tenang dan melepaskan lelah dan sesak didada dgn zikir,,,syukur YA Allah!...

Sbnrnya aku tk perlu cemas jika bas tu bukan dari sykt transnational, kerana bus ni slalu yer dtg cpt....mgkin rahmat ujan pada hri itu, yg mmbuatkan bus tu lmbt dari masa asalnyer...

SekIan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...