bila aku kata "aku sedang berubah.."
kadangkala diri ini terbabas juga,
maka,
tegurlah, bukan menghukum,
sayangilah, bukan memfitnah,
maafkanlah, bukan membenci,
mudahkanlah, bukan menyusahkan.
jadi, ingatkanlah aku, bukan mengejek.
kerana diri ini masih lemah,
mudah terlupa, mudah terleka.
dan aku cuma musafir, yang perlukan panduan.
Walau seluas lautan air mata penyesalan ini mengalir,
takkan mampu memadamkan rasa sesal dalam hati ini,
Ku yakin Allahurabbi mengasihi aku,
Kerna itu dia mengutus seseorang menegur aku,
Janji aku pada Ya Malik,
Janjiku pada diri ku sendiri,
Janjiku pada ibu ayahku,
Kesilapan itu tidak akan kulakukan lagi.
Terima kasih buat insan itu, kerana menyedarkan aku dari indahnya dunia yang penuh tipu muslihat.
Ku mohon Allah kecilkan dunia pada pandanganku dan besarkan matlamatku menuju redha Allah.
Amin!
Friday, January 10
Friday, October 18
Kena Lempang
Biasa kena lempang? Aku mmg tk biasa kena lempang, aku kan budak baik. Bak kata ayah aku, anak ayah yang sorang ni, lembut orangnya ( hahaha...). Ye, tapi semalam aku dah kena lempang. Kena lempang ngan diri sendiri.
Rasanya, sesiapa yang follow blog aku ni, ramai tau aku tgh hunting kerja. Sana sini aku apply even kerja yang aku tkde pengalaman langsung aku apply gak. Kalau dah rezeki tak kemana. Tapi pencarian secara memkhinzir buta ni ada bahayanya, Sebab bila ko dh terdesak, ko akan terima apa je kerja yang orang dah bg. Tapi, biasalah, ada company yang terdesak akan amik kesempatan ke atas rasa terdesak ko ni, utk bg jawatan yang memang orang tk sanggup nak buat. Boleh gitu? Memang boleh sangat.
Semalam, aku telah berkerja tapi hari ni aku menganggur semula. Terkejut? Mesti korang nak tahu kenapa. Why?Why? . Puas dh kawan2 wish aku kt FB say tahniah sbb aku dah dapat kerja setelah lama tak kerja. Terharu babe, tapi diorg tak tahu apa yang bermain difikiran aku.
Semalam, tepat kul 8 pagi, aku dh tercongok kt opis tersebut. Sebelum masuk opis aku terpaksa lalu di kawasan pekerja2 kilang pun sama masuk. Malu toksah ckp ar. Semua LELAKI! dan yang paling penting, diorg tgk aku atas bawah macam tk pernah tgk pompuan. Sumpah aku rasa nak nangis dan lari balik kat kereta ayah aku yang setia tunggu aku sampai aku masuk opis. Pernah rasa dibogelkan dikhalayak ramai. Eh, ko igt aku pernah? Semalam, pertama kali dalam hidup aku rasa mcm tu. Ini serius ok. Kepada lelaki2 budiman diluar sana, tolong dan tolong tundukkan pandangan kamu pada kami kaum Hawa ni. What? Mesti korang ckp aku pakai sexy? Aku pakai jubah kot semalam. Jubah yang takde cutting ok. Bukan macam trend jubah sekarang cutting sana sini. Dengan culture aku sekolah agama dulu, mmg ni jadi benda asing dalam hidup aku. Rasa tk selamat di mana2. Mana aku pergi ada je mata yang pandang aku. Eh, macam mana ko tau, diorg pandang ko? Mesti sbb ko pandang diorg gak kan. Erm...tak yah pandang, kita boleh rasa bila orang pndang kita kan. Itu kalo berjubah. Kilang ni mmg tak bagi can ar ko nk pakai jubah, panas kedaung wei. Rata2 situ mmg keje pakai seluar jeans. Aku pakai jubah pon org tgk nk terkeluar biji mata, lagikan aku pakai blause dengan jeans, Tak sanggup nak lalui perasaan tu.
Dari Jam 9 sampai 6 aktiviti aku, baca procedure, makan, solat dan mengomel dalam hati. Rumusannya company ni ok, scope kerja aku mencabar sbb aku kena settle kan from scratch tapi oklah kan. Dah mmg kerja. Tapi, environment dia sgt2 tak sesuai dengan life aku. Cukuplah sehari yang menyeksakan aku rasa. Environment cmne tu? Meh, aku cerita. Nak baca lagi tak? Baca lah....Please...
1. Entry Area : Ko mmg terpaksa hadap muka lelaki2 ni tiap hari. Apahal lah suka berkumpul depan gate. Dah sampai masuk jela dalam. Ko hengat ni pintu masuk majlis Anugerah Bintang Popular?
2. Opis : Admin opis mmg ok bg aku. Comel tp selesa. OK. Tapi, opis for production, engineering dll, memang ko terpaksa hadap ar. Bawah kilang, atas opis. Ni lah aku ditempatkan.
3. Pencemaran bunyi : Aku sangat tak paham, why company ni tak pentingkan kebajikan pekerja opis dengan wujudkan opis kalis bunyi. Dan aku rasa senior staf yang dah kerja situ berbelas tahun mmg hebat sebab boleh tahan dengan bunyi bising orang potong besi setiap hari kat bawah tu. Kalau aku mmg tak lah. Aku ada migrain wei, mau hari2 aku MC. Semalam pon aku dah rasa stress, sakit kepala. Hebat sungguh diorang boleh berfikir untuk kerja yang aku rasa tak lah mudah dalam keadaan bising cmtu. Hebat wei!
4. Panas : Its normal, kilang besi takkan nk duk dalam air cond. (orang migrain tak leh duk panas2, nnt cepat marah)..aku tk nk kena darah tinggi wei.
itu jela pemerhatian aku selama sehari. Banyakkan ..hahaha. Maka, dengan itu, hari ni aku kembali menganggur sbb aku dah buat keputusan untuk tarik diri. Lagipun aku tak sign any offer letter lagi.
Pagi tadi, aku hantar pesanan pada HR yang aku terpaksa tolak tawaran kerja kat company tu sebab aku dapat tawaran kerja di UiTM ( terpaksa ar bg alasan camtu, sbb tkkan aku nk kutuk company yang dh tawarkan ko kerja kan, biarlah yang buruk tu simpan sendiri) eh, ni dh cerita kat blog ni cmne? Aku tk sebut nama company kan.
Jam 6 parents aku jemput aku ( ye, sy masih pergi balik kerja berjemput). Mak aku nanges bila aku ngadu, pasal pandangn lelaki2 kat situ. Mak aku kesian anak dia keje tempat cam tu. Ayah aku pon tak sanggup nak tgk aku teruskan kerja kat situ. Kata ayah, hati dia tk senang bila dia tinggalkan aku kerja kat situ.
Kesimpulan tajuk kena lempang, ialah memang aku rasa kena lempang sbb aku tk ikut cakap ayah aku. Dah kena sendiri baru padan muka! Yela, orang tua kita, lebih kenal kita berbanding kita sendiri. Dia dh agak dah apa2 yang aku cerita kat atas tu. Tapi, aku degil, ayah aku bg gak aku kerja situ dengan berat hati. Sekarang dah rasa, baru tau menyesal. Aku amik pengajaran yang walaupun ko terdesak sgt nk kerja, tolong dan tolong semak latar belakang company dari A-Z. Bukan saja dari segi skop tugasan dan gaji, tapi suasana tempat kerja sesuai ke tak dengan life ko sebagai perempuan, isteri orang dan menantu. Semua orang yang berkaitan dengan status kita tu, kita kena jaga juga hak mereka. Sebagai isteri, carilah tempat kerja yang bila ko pergi dan balik kerja suami redha dan tk rasa cemas atau cemburu.
Sekian celoteh panjang dari Cik Wawa
* Sambung tugasan sebagai peniaga dan pembuat kraftangan
Monday, August 19
Susahnya Cari Kerja
Dah 6 bulan aku menganggur. 6 bulan tau tak? Beratnya ujian dari Allah bila diberhentikan kerja ni. Mungkin ada rezeki yang tak berkat dan aku lupakan DIA, jd dikurniakan ujian sebagai tanda sayang supaya aku kembali merayu dan mengharap padanya. Duit simpanan makin kurang, nk rolling modal bisnes pun aku dh tk berani nak kluarkan sbb takut tak dpt balik modal. Bagi kawan2 yang dah bekerja tu, hargai kerja anda sekarang. Dulu, masa menggangur after konvo aku tak terasa sgt, baru lagi kan. Tapi, bila sekali lagi tk bekerja selepas 2 tahun bekerja, rasa sebagai beban sbb kita dah berhutang sana sini mengumpul aset. Takkan nk biar gitu je kan. Tambahan lagi, majlis perkahwinan semakin hampir, risau, mana nk dicarikan duit untuk majlis itu nnt. Memang majlis aku tak lah grand mana pun nnt. Tapi, still..money needed!
Incik Tunang pun dah naik nebes sebab aku tak kerja2 lagi. Kami nak mula hidup baru, tapi aku still yakin, ada rezeki lain selepas berumahtangga nnt. InsyaAllah..
Wish me luck dearies!
Tuesday, July 9
Ku Tahu Ku AdaMu
Siapa tak pernah gagal dalam hidup? Angkat tangan pliss..Semua orang (mungkin?) pernah merasai kegagalan. Aku, terlalu banyak rasanya untuk dihuraikan kegagalan yg pernah aku alami. Mengapa aku kata gagal, Kerana ia tidak seperti perancangan ku. Kesal? Tidak pernah rasa kesal kerana aku tahu Yang Khaliq itu maha merancang segala-galanya. Untuk rahmat kasih sayang Allah yang tidak terhingga aku bersyukur walaupun berkali-kali aku gagal. Aku temui hikmah disetiap gagalnya sesebuah perancangan. Kerana aku masih lagi berjaya diatas setiap kegagalan itu.
Kecewa kerana cinta? Sudah berkali rasanya hati ini dipertaruhkan pada orang yang salah. Aku tidak pernah salahkan takdir Illahi. Allah kenalkan aku dengan pelbagai sifat fana manusia untuk menjadi panduan aku mengejar cinta yang dijodohkan Allah. Alhamdulillah perjalanan menuju cinta mawaddah itu sudah ke ikatan perjanjian kedua keluarga. Aku ditunangkan dengan rakan sekolah yang rupanya sudah lama menyimpan perasaan itu. Azam aku menjadi isteri terbaiknya hingga syurga nanti.
Patah hati kerana gagal dalam kerjaya? Ya, pernah rasa dibuang kerja? Aku pernah rasa keadaan itu. Dan sekarang aku sedang diuji. Sudah 5 bulan tidak bergaji tetap. Mujur tergerak hati dulu memulakan perniagaan kecil berbekalkan bakat kurniaan Allah dan usaha aku mencari ilmu untuk itu. Alhamdulillah tiada kerjaya tetap tapi aku masih punya rezeki untuk makan. Hikmahnya sekarang, sejak mula bekerja 2 tahun lepas, aku kurang waktu bersama keluarga, malah untuk diri sendiri juga sering terabaikan. Jadi untuk 2 bulan ini, aku menyelami rasa hati ibu2 kita yang mungkin tidak pernah bekerja atau sudah bersara. Alangkah sunyinya, bila anak2 tiada dirumah. Ini juga yang akan kita rasa nanti bila saatnya kita juga punya anak bujang dan dewasa. Dan untuk 5 bulan ini, aku dapat peluang untuk diri sendiri. Menambah amalan yang koyak. Mencukupi ibadah yang pincang. Alhamdulillah. Aku yakin, rezeki untukku telah ditetapkan Allah. Aku perlu berusaha kuat lagi.
Saturday, March 30
Rindu Bertamu
Diam bukan sebab merajuk
Senyap tak semestinya lupa
InsyaAllah masih ada ruang istimewa buat kamu
Kerna aku tk pernah lupa sesiapa yg melukis suka,
Aku tk pernah lupa bahu yg kutumpang menangis,
dan aku tk pernah pekak mendengar cerita indah kita.
Senyap tak semestinya lupa
InsyaAllah masih ada ruang istimewa buat kamu
Kerna aku tk pernah lupa sesiapa yg melukis suka,
Aku tk pernah lupa bahu yg kutumpang menangis,
dan aku tk pernah pekak mendengar cerita indah kita.
Aku yakin esok masih ada untuk kita terus melakar cerita..
Harapnya, tiada yg terluka dengan diamnya aku,
Aku hanya perlu waktu mencari diri,
Aku akan kembali menjadi peneman setia,
Andai kalian masih sudi.
Love u all!
![]() |
| With Daizeela & Kami mmg gila2 sket |
![]() |
| With Cik Nurul |
![]() |
| With Lizzie & Silah - Kami terpakai baju sama masa ni... |
| |||||
| With Amal - The cute one |
Labels:
friends
Thursday, March 14
Twilight!
![]() |
| Edward make me envy with Bella |
Labels:
movie
Sunday, February 17
Cinta itu Nyawa
Jangan dipersoalkan bila rindu,
Kerna itu semua jalan-jalan sebuah kehidupan,
Lalui ia tanpa rasa ragu.
Merenung bulan mencari wajah Arjuna,
Diriku rela jadi pungguk setia menanti,
Biarpun tahu bulan pasti berubah,
Bila tiba saat waktunya.
-Hawa-
Manakan ada pungguk yang setia,
Bila bulan muncul baru mendongak,
Tatkala suria menampak rupa,
Mula tunduk terbang berteduh.
-Adam-
Nampak tak falsafah pungguk rindukan bulan tu semua auta?
Labels:
love
Monday, December 31
Cerita Pasal Kawin : Wang Hantaran
Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayang ( ala2 maria elena). Dua hari g kursus kawen rasa macam pergi kursus motivasi. Motivasikan diri aku untuk jadi isteri mithali, tapi jangan sampai terjerat diri. Balik dari kursus aku mula yakin apa yang aku pilih, inilah jodoh terbaik dari Allah untuk aku. Lelaki dan perempuan yang berlainan, lahir dari rahim yang berlainan ( of cos lah kan), bakal duduk serumah. Bayangkan kalo kita biasa duk satu rumah ngan adik beradik kita,mak dan ayah kita dari kita lahir sampai kita besar, tiba-tiba kita kena duk serumah dengan orang asing yang baru beberapa tahun kita kenal. Amacam? Dah sedia ke? ngee!!!!
Bercakap pasal kawin ni, ada satu bab yang aku masih kurang pasti. Milik siapakah wang hantaran? Serabut pulak kepala aku ni memikirkannya (huh! macam masalah negara). Banyak isu2 klise yang kita selalu dengar pasal bab hantaran ni. Pasal wang hantaran tinggi lah, bertunang lama2 sebab duit hantaran tk ckup lah, family masuk campur soal hantaran lah ( ni lagi satu, sape yang perlu tetapkan wang hantaran ni?) dan macam2 lagi lah.
"Sayang, kalo duit hantaran tu, abang jadikan duit intallment keta sayang boleh tak?".
" Erm, kalo ikut sayang, sayang ok je., sama je perginya nanti, tapi kena tanya famili dulu".
" Ayah, nak tanya lah, Kalo duit hantaran tu nnt ganti jadi kereta boleh tak?"
" Erm..betul2 dah ada duit ke?,
" Ada.."
" Kalo ikut orang2 tua, biasanya tak setuju".
Nasib baik tanya daripada buat keputusan sendiri. Biasanya orang tua ni nak tengok dulu duit hantaran tu. Lepas tu kau nak buat pe ngan duit tu terpulang, mereka tak hadap pon. (hahaha, boleh gitu?)
Kat atas ni serba sedikit dialog yang realitinya mungkin pernah dibincangkan antara bakal suami, bakal isteri dan family sebelah pompuan.
Family lelaki sebenarnya lebih banyak menurut ( ikutkan jela, anak dah suka kan..hihihi).
For me, simple is better. Nak ikut adat sangat, mau terbalik dibuatnya. Cerita bab kawen ni ( ni plak ala2 mat lutfi cakap), kadang kala boleh buat kita bergaduh ngan tunang n family sendiri. Itulah, inilah. Kan senang kalo aku boleh goreng bihun + plus ayam upin ipin letak dalam bekas polisterin pastu bagi kat tetamu yang datang masa akad nikah kat depan pintu masjid tu. Selesai..(sengal betul kalo ayah aku tau cadangan gila aku ni).
To be continue.....
- Two is better than one -
Labels:
love story
Monday, November 19
Cerita Pasal Kawin : Take Turn!
Seusai majlis menyambut menantu Angah dan pasangannya Ain, ayah berbisik, " please be prepared that your wedding will be held in another 10 month"..tak sampai setahun lagi rumah kami ini akan menerima lagi kedatangan ahli baru. Samada bayi kecil atau menantu baru itu kurang pasti..Samada bertambah 1 atau tambah lagi 3. Itu semua bergantung pada takdir Maha Pencipta. Terdetik dihati, sudah sediakah aku berpindah kerumah baru? Sudah sediakah aku menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam kitaran hidup manusia. Tanya pada hati, apa sebab goyah..Nanti jawab hati tanyalah akal. Cinta itu segala2nya kah? Dulu, aku selalu berpegang hidup perlu cinta. Tanpa cinta, hati manusia kaku. Jiwa manusia itu mati. Kita perlu pilih pasangan yang kita cinta untuk teruskan hidup, tapi adakah cinta punca kebahagiaan? Sekarang, jawapan dan prinsip aku berubah seiring waktu. Walau kita cintakan dia, cinta tak semestinya memiliki. Namun, cinta itu perlu dihargai. Cintai apa yang kita miliki kini, kerana bila ianya tiba2 pergi, rindu yang terasa tiada siapa lagi peduli. Dua bulan berstatus tunangan orang. Kadang2 aku alpa, aku tunangan orang, lantaran hati ini masih ada dia. Aku perlu kuat semangat, perlu tabahkan hati dan perlu tanam cinta itu buat tunanganku. Memetik kata2 Ustaz Kazim Elias dalam ceramahnya, lihatlah 100 kebaikan pasangan kita dari kita tumpukan hanya satu kekurangannya. Nobody is perfect right? Kesal? Pernah juga rasa begitu, namun hati tidak tega melukai Incik Tunang yang tulus mencintai. Semoga suatu hari nanti aku akan cintakan dia sepenuh hati. Bila hati terusik dik imbauan kenangan lama, itu ujian yang mahu memesongkan hati kita. Orang kata bertunang ni banyak cubaannya. Mungkin ini salah satu. Apa yang aku boleh buat, bila teringat dia, aku istighfar dan hanya berdoa yang dia juga diberi kekuatan untuk lupakan aku. Rindu? Tentulah...tapi kita milik orang, hati kita milik orang.
He's not perfect. You aren't either, and the two of you will never be perfect. But, if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He isn't going to quote poetry, he's not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don't hurt him, don't change him, and don't expect more than he can give. Don't analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he's not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don't exist, but there's always one guy that is perfect for you. - Bob Marley-
Aku belajar memujuk diri sendiri, andai dia boleh bahagia, why not me? It is fair. Its OK. Aku harus belajar redha dan ikhlas lepaskan dia pergi. Bukan pasrah dan menyerah. Kita perlu usaha untuk cintai apa yang kita miliki kini.
Buatmu Abang Najib,
Selagi diizin olehNya, cinta sayang In Sya Allah untuk kamu.
Labels:
love story
Monday, November 12
Dia dan Cinta
Dia dan Cinta
Dia...
Ikhlaskah cintanya..
Ikhlaskah sayangnya...
Ikhlaskah rindunya...
Hati...
Cinta kamu pada siapa?
Rindu kamu untuk diakah?
Atau kamu hanya mahu menjual cinta?
Kamu..
Sayangmu ku tahu tulus..
Rindumu kutahu pilu..
Resahmu ku tahu cemburu..
Namun, mengapa cinta tak hadir?
Cinta..
Besarnya perasaan cinta itu,
Disalut cinta nafsu dia..
Hati usah tertawan, mulut manis bicara arjuna..
Kelak jadi luncai terjun dengan labu-labunya..
:: 354 hari menyulam cinta KAMU::
Labels:
love story
Tuesday, September 11
Cinta Si Pencuri
Cinta Si Pencuri
Debaran menanti arjuna pilihan berakhir
Lamaran si pelangi menjadi jawapan
Biarkan bulan siang terus disitu menanti
Menunggu Si dara menjenguk dirinya kembali
Si dara rupawan merendah hati
Menerima cinta si pelangi comel disisi
Si pelangi bahagia dara pujaan sudikan diri
Menjadi tatapan pelangi di mendatang hari
Tiada lagi Si dara menanti
Arjuna Bumi Kenyalang sepikan diri
Tiada lagi hembusan rindu dari pelabuhan ini
Hanya kenangan yang masih bersemi
Duhai pelangi comel yang kukasihi
Kuharap cintamu hingga nisanku berdiri
Semoga kita tabah menanti
Detik bahagia disatukan nanti
Pada ibu ayah dan bakal famili
Kuharap sudi tunjuk ajarku kini
Menjadi permaisuri terhebat pujaan si pelangi
Agar cintanya sentiasa mewarnai
Dunia kecil kami yang dinanti
Cinta si Pencuri bermula disini.........
Labels:
love story
Wednesday, August 8
Pelabuhan Rindu
Menitis mutiara ditubir mata
Tiada butir lidah bermadah
Harapan cinta jauh kelam di balik bulan siang
Hingga aku terpanggil mengintaimu dicelahan duri kaktus
Menghirup udara cinta dari kejauhan
Duhai hati,
Bertabahlah menyulam rindu dipelabuhan sepi tu
Andai pelangi hujan itu muncul dan setia menemani awan cintamu
Sambutlah warnanya,
Moga hatimu tidak kemarau menanti rindu sang arjuna berlabuh
Duhai jiwa yang sunyi,
Isilah hatimu dengan tarbiah cinta agung dari Dia,
Kerana cinta agung itu tidak pernah surut
Limpahan rahmatnya tidak bertepi.
Ya Allah,
Temukanlah aku dengan pemilik tulang rusuk kiriku ini,
Jangan kau biarkan aku hanyut tanpa kemudi
Hingga aku sesat dalam lautan cinta nafsu yang bisa melalaikan
Ya Allah,
Ku harap dialah jodohku
Aturkan lah sebaik-baik pertemuan itu untukku
Agar si pemilik rusuk kiri ku ini
Tegap mengayuh langkah menuju syurgamu
Menyambung cinta kami di tempat abadi
Labels:
love story
Thursday, July 12
Kurus Vs Gemuks
Best ke jadi orang kurus? Pelbagai iklan terpapar di media2 cara nak kurus, supplement untuk kurus, pil kurus dan ada juga iklan menunjukkan orang mati sebab nak jadi kurus. Terdapat pro n cons tentang bentuk tubuh seseorang. Bagaimana terjadi? Bagaimana menangani dan sebagainya.
Sebagai orang yang dikategori kurus, kadang2 ada rasa bangga dan kadang kala timbul rasa rendah diri. Maklumlah, kalo terlalu kurus, bentuk badan boleh dikategorikan macam spongebob. hahahaha...petak je. curve pon tidak mengiurkan. Bukan untuk menayang bentuk badan seksi pada umum, tapi, kadang-kala itu menjadikan keadaan fobia untuk bersuami, ditakuti bentuk tubuh 'papan' tidak memuaskan nafsu pandangan suami pada kita. (jauhnya,aku pikir). Tapi, itu suatu hakikat yang harus dipikirkan, kadang-kala suami ni, perlu dijaga bukan sahaja keperluan hariannya, keperluan batinnya juga. Keperluan batin bukan terhadap tentang layanan di ranjang saja, tapi bagaimana memuaskan suami di ranjang andai ketempat tidur pon dia rasa terpaksa (macam peluk papan lapis)...hahahah. Ini pandangan berdasarkan pengalaman para isteri yang aku baca. Amboi suami !! badan isteri je nak jaga ke?
Yang awak macam tong dram tu camne? Perut boroi, muka berminyak, rambut serabai, bau badan plak macam hatchomm!!. hahaha melalut...selingan dan ingatan untuk diri sendiri juga.
Menjaga tubuh kurniaan Allah itu juga ibadah, dengan badan sihat, cukup nutrien dan menggembirakan hati suami kita dapat pahala. Ibadah kita juga lebih terjaga. Tapi, kurus tu sakit ke sihat?..Terlalu kurus tak sihat, overweight pon tak sihat.
Saya gembira dan bersyukur saya kurus, tapi sy mahu sihat. Saya tak sihat ke? Ye, bagi saya, saya kurang sihat, dengan ketinggian 160 cm, berat ideal saya adalah 52kg. Tapi, berat saya cuma 46kg saje. Ngeee....Ayah selalu bising, dia assume saya kurang makan, tp sbnrnya sistem badan saya tidak proses nutrien yg sy mkn dengan baik. Jadi segala nutrien terbuang melalui proses penyahtinjaan (betul ke nama proses ni). Saya suka kalo saya berisi sedikit. Pipi tembam dengan keadaan badan berisi yang pejal. Bukan terisi dengan lemak. Sekarang, saya dalam program weight management Herbalife.
Saya harap program ni berjaya. Saya mahu jadi pengantin yang cantik, memiliki bdan supermodel khas untuk suami saya.
Lupa saya nk bagitau, apa yang mengembirakan bagi saya dengan berbadan kurus dan tinggi, saya mudah cari pakaian. Cubalah apa sahaja, InsyaAllah kena dan padan. hik3 perasan...perasan...
Labels:
life
Sunday, June 24
Where is my other half?
Di mana dia? Sejak kebelakangan ini, sering terlintas difikiran aku...dimana jodohku. Bila fikirkan ini, rasa betapa kerdil kita sebagai hamba Allah yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku, siapa jodoh kita semua dalam lingkungan pengetahuan Allah. Bila nak kawen?..Soalan feveret sedara-mara setiap kali menjelang cuti raya di kampung. Aduh...malas nak jawab. Orang akan kata aku memilih. Tapi sebenarnya tak. Aku sentiasa terbuka untuk terima jodohku. Bagi aku, yang penting dia baik, jaga solat dan sederhana.
Kadang-kala terngiang di telinga kawan2 bercerita tentang ciri2 suami yang layak jadi suami mereka. Ada yang meletakkan harta sebagai benchmark. "Aku nak suami paling koman pon pakai kereta Persona" itu contoh yang aku pernah dengar. Dan ada juga macam ni "Aku nak suami yang hensem, putih, kurus & tinggi"..dan "Aku nak suami kerja, paling koman pon pegawai Gred41"..Tapi, siapa kita nak tentukan jodoh kita?..Ya..kita berhak tentukan jodoh kita, sbb tu Allah tak turunkan jodoh kita ..pop! depan mata. Allah suruh kita berusaha, agar kita akan bersyukur dengan nikmat Allah. Namun, segalanya adalah dalam perancangan Allah. Sehebat mana kita merancang, kalau bukan jodoh, tidak kemana pon suatu hubungan itu.
Memikirkan itu, hati rasa sedih andai dia yang aku cinta dan sayang kini, bukan jodohku. Dia yang saya kenal lebih 10 tahun, sentiasa gembirakan saya. Dan saya tahu saya serasi bersamanya. Dugaan buat kami kini...kawan2 harap dapat doakan yang terbaik buat hubungan kami.
Dia yang biasa...
Kerjanya biasa...
Bajunya biasa-biasa aje...
Tapi saya berjanji, saya akan buat dia rasa luar biasa...
Labels:
love
Sunday, June 17
Live your life
Tak semua yang kau rencana akan berlaku,
Mungkin nasib tak menyebelahi aku...
Dalam hidup kita, akan terjadi pelbagai perkara tanpa kita sangka.Minggu lepas, musibah melanda aku dan kawan sepejabat aku, keretanya dipecah, dan beg aku dicuri...termenung seketika, Ya Allah, ujian apakah ini Ya Allah! Disebalik kejadian ini, aku masik bersyukur, aku tidak jadi mangsa samun atau rompak, kalau itu terjadi, mungkin keadaan lebih teruk lagi. Alhamdulilah, aku terima itu sebagai peringatan atas kecuaian aku sendiri, dan insaf seketika mungkin ada harta orang yang aku terambil. Jadi hak itu diambil semula..aku berdoa semoga Allah kurniakan rezeki yang mahal pada orang itu agar dia tidak perlu lagi mencuri untuk meneruskan hidup.Aku pasti, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..
![]() |
| Love Laugh & Love |
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Alhamdulillah...hari ni berakhirlah penantian my friend, my bestie, my ex-scandal (hahahahhaha...gurau je). Mereka berdua telah disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah..Ya, kedua2nya kawan saya. Rasa terharu melihat senyuman bahagia mereka diatas pelamin dan melihat pandangan terakhir itu, masih membuat hati bergetar. Hanya senyuman ku balas untuk meredakan resah hati. Tangan sejuk bergetar melihat dia menjadi milik orang lain. Dan hati rasa lega yang amat, melihat dia bahgia sudah cukup membuat hati ini bahagia. InsyaAllah cinta kamu berdua hinga akhir hayat. Aku hanya mampu melihat kamu dari jauh...sudah cukup sudah...
End of stories...Mr. Nash bagi task baru lagi dan aku rasa tugas kali ini lebih mencabar. Nama jawatan baru ialah DC & Regulatory Affairs officer. Duh...mulai esok dan kena start siapkan kerja2 yang tertunggak dan planning for kerja baru...erm...baru je plan nak hantar surat resign dan mulakan home business saya. Saya rasa saya akan stay untuk 2, 3 tahun lagi. Mungkin ini lh rezeki yang Allah gantikan untuk saya. Alhamdulillah.
Labels:
life
Saturday, May 19
I Love My Self!
Hi Stalker a.k.a follower..hahah..suka2 je panggil orang stalker..i tak kesah uolss follow blog i, tapi kalo ada tulisan2 disini mengguris perasaan atau terkena batang hidung jangan salahkan i ye. I cakap mende general / umum. Blog peribadi kan...sukati lah nk tulis ape. Ye ke idok??? Ha..melalut..
Aku ni suka shopping tp masih berjimat lah sampai bos aku cakap aku ni kedekut. Duit gaji simpan je..ntah nak buat pe ntah. Aku juga di anggap banker oleh kawan-kawan dan adek-badek aku sbb kat aku ni lh tempat jadi ceti berlesen diorang. hahahah. Jawapan aku tentang komen bos aku? "Saya bukan kedekut lah, saya ni jimat + planned" hahah...dia kata kedekut lah tu, belanja saya pon tak pernah. Jangan risau bos, i resign nanti, i belanja ok.
Memikirkan banyak lagi impian yang belum tercapai, terdetik jugak kat hati nak tambah pendapatan. So, mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi impian aku dapat dilaksanakan. Aku ni suka independent, sebab dari kecik selalu ayah buatkan semuanya untuk aku, kecuali kerja sekolah je aku buat sendiri. Most decision ayah yang decide kan. Baikkan ayah aku. Lagi satu pendapat aku tentang teman hidup kita a.k.a suami. Belum tentu kita akan berkahwin ngan orang yang akan sempurna sampai bila2. Dia juga boleh jadi diberhentikan kerja, malas kerja dan sebagainya. Then, kalo kita takde pendapatan sendiri, nak makan pe bila tkde kerja nnt. Sebab tu perlu ada simpanan. Sebagai perempuan, kita perlu ada pertahanan masa depan kita sendiri, tak boleh sangat depends pada suami. Disebabkan aku banyak impian, aku tak sandarkan impian aku untuk bakal suami aku yang tunaikan. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan capai impian tu sendiri. Bagi aku suami kita ada tanggungjawab lain dari menyara isteri sahaja. Nafkah zahir dan batin memang tanggungjawab suami, tapi kalau suami tak mampu sediakan kehendak kita, salah mereka ke? Sebagai isteri yang baik, kita kena bersyukur dengan nafkah yang suami beri, dia sudah tunaikan tanggungjawab, sudah memadai, adakah tanggungjawab suami dari segi material sahaja?. Tidak bukan?
Antara impian yang belum tertunai :
1- Sambung Master
2 -Beli kereta idaman - Evo 10 (Hambik...aku memang suka keta sport)
3 -Rumah (Rumah ni bagi aku wajib lah...sebagai aset aku sendiri, dan sebagai tempat merajuk dari suami..hahaha...acah je..)
4 - Pergi haji
5 - Tunaikan impian bakal suami aku.
Itu antaranya lah..mungkin akan ada lagi pelbagai impian akan datang.
Maka, untuk itu, aku bercadang nak mulakan satu bisnes home made, kecil2lan. Tunggu dan lihat ye dear all. Aku nak plan betul2 supaya bisnes ni tidak berhenti di tengah jalan dengan modal yang dibazirkan. Aku harap bisnes ni jadi pendapatan keluarga aku sampai target yang disasarkan. Sekian.
Kepada kawan2 yang bakal melangsungkan pernikahan dan majlis kenduri kawen cuti sekolah ni...Selamat Pengantin Baru!
Maka, untuk itu, aku bercadang nak mulakan satu bisnes home made, kecil2lan. Tunggu dan lihat ye dear all. Aku nak plan betul2 supaya bisnes ni tidak berhenti di tengah jalan dengan modal yang dibazirkan. Aku harap bisnes ni jadi pendapatan keluarga aku sampai target yang disasarkan. Sekian.
Kepada kawan2 yang bakal melangsungkan pernikahan dan majlis kenduri kawen cuti sekolah ni...Selamat Pengantin Baru!
Labels:
life
Sunday, April 29
Biarlah aku beralah
I Surrender
There's so much life
I've left to live
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you
'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams
I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender
I know I can't survive
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see
'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams
I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender
Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I'll swallow my pride and
I'll be alive
Can't you hear my call
I surrender all
Labels:
life
Thursday, April 5
Mr. Oak dan Lalang
Hello readers...we meet again! ..hahaha. I berfikiran positif. Semalam aku belajar tentang pokok oak dan lalang.
Kenapa oak dan kenapa pula dengan si lalang ni. Dalam satu organisasi biasanya kita akan jumpa dua golongan yang satunya bersifat oak dan satu lagi bersifat lalang.
Sebelum i huraikan mengenai oak dan lalang kita tengok dulu ciri-ciri kedua-dua tumbuhan ni.
1- Batang pokok yang kukuh
2- Berakar tunjang
3- Dedaun merimbun
4- Tahan angin
Lalang :
1- Tiada batang - berdaun
2- Akar serabut
3- meliuk lentuk mengikut angin
So, agak2 dapat tak serba sedikit tentang apa yang bakal i perkatakan?
Erm, dalam sesebuah organisasi kita akan jumpa orang yang bersifat oak..orangnya tetap pendirian, tiada apa yang mampu menggoyah prinsipnya.Bak kata orang, kalo hitam hitam lah, dan kalo putih, putih lah ia. Takkan jadi kelabu ke biru ke atau merah.
Orang berciri lalang juga akan kita jumpa dimana sifat seperti lalang, hanya mengikut arus. Ikut saja arahan walaupun bertentangan dengan prinsip, dia akan mengikut kearah mana yang lebih kuat menariknya.
Mana satu sifat anda? Oak ke lalang? Lalang ke Oak? Mana yang bagus?
Sebenarnya kedua-dua ciri tersebut perlu ada dalam sesuatu organisasi. Tapi, kalo dah memang jenis lalang, susah juga dibuatnya untuk buat keputusan. Seorang ketua ditempat kerja perlu ada kedua-dua ciri ini. Untuk sesuatu keadaan, dia perlu jadi Oak dan dalam suatu keadaan dia perlu jadi lalang.Dia perlu jadi oak bila keadaan memungkinkan dia menang dan dpt pertahankan prinsip dia. Jika dia menjadi lalang dalam situasi dia perlu pertahankan prinsip, dia bakal dipijak oak yang lain. Tapi jika dia tetap menjadi oak dalam keadaan ribut, dia yang akan tumbang, tetapi pokok lalang masih disitu mengikut arah angin kencang.
So...pikir-pikirkan lah...!!
Friday, January 27
Love Story Si Chubby Part 1
1997
Dah lama aku perhatikan Princess tu kat situ setiap hari...comotnya dia...tapi aku suka...tunggu ayah dia amik kot. Di batu itu lah aku selalu lihat Princess duk termenung...setiap hari di situ lh aku mencari wajah itu...
Sibuk dengan kelas dan kelas, Princess hilang dari pandangan mata dan aku hampir melupakan dia...
- End Love Story Si Chubby Part 1-
Dah lama aku perhatikan Princess tu kat situ setiap hari...comotnya dia...tapi aku suka...tunggu ayah dia amik kot. Di batu itu lah aku selalu lihat Princess duk termenung...setiap hari di situ lh aku mencari wajah itu...
Sibuk dengan kelas dan kelas, Princess hilang dari pandangan mata dan aku hampir melupakan dia...
- End Love Story Si Chubby Part 1-
Labels:
love story
Thursday, January 26
Love Story Princess Part 1
1999
Tahun 1999 merupakan detik pertemuan pertama kami secara enam mata. Enam mata? Kenapa enam? Sebab masa tu Si Chubby dah bercermin mata. Hik3..
Pertemuan pertama di kelas Tingkatan 1 Harun. Kalo diingatkan semula, rasa kelakar sangat...
Aku gi kelas tu sebab nak jumpa kawan-kawan sedorm aku. Tak sangka terjumpa Si Chubby. Erm...terpana sekejap sebab aku rasa macam pernah jumpa Si Chubby ni..dalam hati terdetik...macam kenal...few minutes later, aku pon balik semula ke kelas aku di tingkat atas, sebab waktu rehat dah tamat.
- End Love Story Princess Part 1-
Tahun 1999 merupakan detik pertemuan pertama kami secara enam mata. Enam mata? Kenapa enam? Sebab masa tu Si Chubby dah bercermin mata. Hik3..
Pertemuan pertama di kelas Tingkatan 1 Harun. Kalo diingatkan semula, rasa kelakar sangat...
Aku gi kelas tu sebab nak jumpa kawan-kawan sedorm aku. Tak sangka terjumpa Si Chubby. Erm...terpana sekejap sebab aku rasa macam pernah jumpa Si Chubby ni..dalam hati terdetik...macam kenal...few minutes later, aku pon balik semula ke kelas aku di tingkat atas, sebab waktu rehat dah tamat.
- End Love Story Princess Part 1-
![]() |
| Macam ni kot masa mula2 jumpa |
Labels:
love story
Subscribe to:
Posts (Atom)







