Pages

Friday, January 10

Alhamdulillah!

bila aku kata "aku sedang berubah.."
kadangkala diri ini terbabas juga,
maka,
tegurlah, bukan menghukum,
sayangilah, bukan memfitnah,
maafkanlah, bukan membenci,
mudahkanlah, bukan menyusahkan.

jadi, ingatkanlah aku, bukan mengejek.
kerana diri ini masih lemah,
mudah terlupa, mudah terleka.

dan aku cuma musafir, yang perlukan panduan.

Walau seluas lautan air mata penyesalan ini mengalir,
takkan mampu memadamkan rasa sesal dalam hati ini,

Ku yakin Allahurabbi mengasihi aku,
Kerna itu dia mengutus seseorang menegur aku,
Janji aku pada Ya Malik,
Janjiku pada diri ku sendiri,
Janjiku pada ibu ayahku,
Kesilapan itu tidak akan kulakukan lagi.

Terima kasih buat insan itu, kerana menyedarkan aku dari indahnya dunia yang penuh tipu muslihat.

Ku mohon Allah kecilkan dunia pada pandanganku dan besarkan matlamatku menuju redha Allah.

Amin!

Friday, October 18

Kena Lempang

Biasa kena lempang? Aku mmg tk biasa kena lempang, aku kan budak baik. Bak kata ayah aku, anak ayah yang sorang ni, lembut orangnya ( hahaha...). Ye, tapi semalam aku dah kena lempang. Kena lempang ngan diri sendiri. 

Rasanya, sesiapa yang follow blog aku ni, ramai tau aku tgh hunting kerja. Sana sini aku apply even kerja yang aku tkde pengalaman langsung aku apply gak. Kalau dah rezeki tak kemana. Tapi pencarian secara memkhinzir buta ni ada bahayanya, Sebab bila ko dh terdesak, ko akan terima apa je kerja yang orang dah bg. Tapi, biasalah, ada company yang terdesak akan amik kesempatan ke atas rasa terdesak ko ni, utk bg jawatan yang memang orang tk sanggup nak buat. Boleh gitu? Memang boleh sangat. 

Semalam, aku telah berkerja tapi hari ni aku menganggur semula. Terkejut? Mesti korang nak tahu kenapa. Why?Why? . Puas dh kawan2 wish aku kt FB say tahniah sbb aku dah dapat kerja setelah lama tak kerja. Terharu babe, tapi diorg tak tahu apa yang bermain difikiran aku. 

Semalam, tepat kul 8 pagi, aku dh tercongok kt opis tersebut. Sebelum masuk opis aku terpaksa lalu di kawasan pekerja2 kilang pun sama masuk. Malu toksah ckp ar. Semua LELAKI! dan yang paling penting, diorg tgk aku atas bawah macam tk pernah tgk pompuan. Sumpah aku rasa nak nangis dan lari balik kat kereta ayah aku yang setia tunggu aku sampai aku masuk opis. Pernah rasa dibogelkan dikhalayak ramai. Eh, ko igt aku pernah? Semalam, pertama kali dalam hidup aku rasa mcm tu. Ini serius ok. Kepada lelaki2 budiman diluar sana, tolong dan tolong tundukkan pandangan kamu pada kami kaum Hawa ni. What? Mesti korang ckp aku pakai sexy? Aku pakai jubah kot semalam. Jubah yang takde cutting ok. Bukan macam trend jubah sekarang cutting sana sini. Dengan culture aku sekolah agama dulu, mmg ni jadi benda asing dalam hidup aku. Rasa tk selamat di mana2. Mana aku pergi ada je mata yang pandang aku. Eh, macam mana ko tau, diorg pandang ko? Mesti sbb ko pandang diorg gak kan. Erm...tak yah pandang, kita boleh rasa bila orang pndang kita kan. Itu kalo berjubah. Kilang ni mmg tak bagi can ar ko nk pakai jubah, panas kedaung wei. Rata2 situ mmg keje pakai seluar jeans. Aku pakai jubah pon org tgk nk terkeluar biji mata, lagikan aku pakai blause dengan jeans, Tak sanggup nak lalui perasaan tu.

Dari Jam 9 sampai 6 aktiviti aku, baca procedure, makan, solat dan mengomel dalam hati. Rumusannya company ni ok, scope kerja aku mencabar sbb aku kena settle kan from scratch tapi oklah kan. Dah mmg kerja. Tapi, environment dia sgt2 tak sesuai dengan life aku. Cukuplah sehari yang menyeksakan aku rasa. Environment cmne tu? Meh, aku cerita. Nak baca lagi tak? Baca lah....Please...

1. Entry Area : Ko mmg terpaksa hadap muka lelaki2 ni tiap hari. Apahal lah suka berkumpul depan gate. Dah sampai masuk jela dalam. Ko hengat ni pintu masuk majlis Anugerah Bintang Popular?

2. Opis : Admin opis mmg ok bg aku. Comel tp selesa. OK. Tapi, opis for production, engineering dll, memang ko terpaksa hadap ar. Bawah kilang, atas opis. Ni lah aku ditempatkan. 

3. Pencemaran bunyi : Aku sangat tak paham, why company ni tak pentingkan kebajikan pekerja opis dengan wujudkan opis kalis bunyi. Dan aku rasa senior staf yang dah kerja situ berbelas tahun mmg hebat sebab boleh tahan dengan bunyi bising orang potong besi setiap hari kat bawah tu. Kalau aku mmg tak lah. Aku ada migrain wei, mau hari2 aku MC. Semalam pon aku dah rasa stress, sakit kepala. Hebat sungguh diorang boleh berfikir untuk kerja yang aku rasa tak lah mudah dalam keadaan bising cmtu. Hebat wei! 

4. Panas : Its normal, kilang besi takkan nk duk dalam air cond. (orang migrain tak leh duk panas2, nnt cepat marah)..aku tk nk kena darah tinggi wei.

itu jela pemerhatian aku selama sehari. Banyakkan ..hahaha. Maka, dengan itu, hari ni aku kembali menganggur sbb aku dah buat keputusan untuk tarik diri. Lagipun aku tak sign any offer letter lagi. 

Pagi tadi, aku hantar pesanan pada HR yang aku terpaksa tolak tawaran kerja kat company tu sebab aku dapat tawaran kerja di UiTM ( terpaksa ar bg alasan camtu, sbb tkkan aku nk kutuk company yang dh tawarkan ko kerja kan, biarlah yang buruk tu simpan sendiri) eh, ni dh cerita kat blog ni cmne? Aku tk sebut nama company kan. 

Jam 6 parents aku jemput aku ( ye, sy masih pergi balik kerja berjemput). Mak aku nanges bila aku ngadu, pasal pandangn lelaki2 kat situ. Mak aku kesian anak dia keje tempat cam tu. Ayah aku pon tak sanggup nak tgk aku teruskan kerja kat situ. Kata ayah, hati dia tk senang bila dia tinggalkan aku kerja kat situ. 

Kesimpulan tajuk kena lempang, ialah memang aku rasa kena lempang sbb aku tk ikut cakap ayah aku. Dah kena sendiri baru padan muka! Yela, orang tua kita, lebih kenal kita berbanding kita sendiri. Dia dh agak dah apa2 yang aku cerita kat atas tu. Tapi, aku degil, ayah aku bg gak aku kerja situ dengan berat hati. Sekarang dah rasa, baru tau menyesal. Aku amik pengajaran yang walaupun ko terdesak sgt nk kerja, tolong dan tolong semak latar belakang company dari A-Z. Bukan saja dari segi skop tugasan dan gaji, tapi suasana tempat kerja sesuai ke tak dengan life ko sebagai perempuan, isteri orang dan menantu. Semua orang yang berkaitan dengan status kita tu, kita kena jaga juga hak mereka. Sebagai isteri, carilah tempat kerja yang bila ko pergi dan balik kerja suami redha dan tk rasa cemas atau cemburu. 

Sekian celoteh panjang dari Cik Wawa

* Sambung tugasan sebagai peniaga dan pembuat kraftangan

Monday, August 19

Susahnya Cari Kerja

Dah 6 bulan aku menganggur. 6 bulan tau tak? Beratnya ujian dari Allah bila diberhentikan kerja ni. Mungkin ada rezeki yang tak berkat dan aku lupakan DIA, jd dikurniakan ujian sebagai tanda sayang supaya aku kembali merayu dan mengharap padanya. Duit simpanan makin kurang, nk rolling modal bisnes pun aku dh tk berani nak kluarkan sbb takut tak dpt balik modal. Bagi kawan2 yang dah bekerja tu, hargai kerja anda sekarang. Dulu, masa menggangur after konvo aku tak terasa sgt, baru lagi kan. Tapi, bila sekali lagi tk bekerja selepas 2 tahun bekerja, rasa sebagai beban sbb kita dah berhutang sana sini mengumpul aset. Takkan nk biar gitu je kan. Tambahan lagi, majlis perkahwinan semakin hampir, risau, mana nk dicarikan duit untuk majlis itu nnt. Memang majlis aku tak lah grand mana pun nnt. Tapi, still..money needed!

Incik Tunang pun dah naik nebes sebab aku tak kerja2 lagi. Kami nak mula hidup baru, tapi aku still yakin, ada rezeki lain selepas berumahtangga nnt. InsyaAllah..

Wish me luck dearies!

Tuesday, July 9

Ku Tahu Ku AdaMu

Siapa tak pernah gagal dalam hidup? Angkat tangan pliss..Semua orang (mungkin?) pernah merasai kegagalan. Aku, terlalu banyak rasanya untuk dihuraikan kegagalan yg pernah aku alami. Mengapa aku kata gagal, Kerana ia tidak seperti perancangan ku. Kesal? Tidak pernah rasa kesal kerana aku tahu Yang Khaliq itu maha merancang segala-galanya. Untuk rahmat kasih sayang Allah yang tidak terhingga aku bersyukur walaupun berkali-kali aku gagal. Aku temui hikmah disetiap gagalnya sesebuah perancangan. Kerana aku masih lagi berjaya diatas setiap kegagalan itu.

Kegagalan adalah pengalaman. Kejayaan jadi ujian.

Kecewa kerana cinta? Sudah berkali rasanya hati ini dipertaruhkan pada orang yang salah. Aku tidak pernah salahkan takdir Illahi. Allah kenalkan aku dengan pelbagai sifat fana manusia untuk menjadi panduan aku mengejar cinta yang dijodohkan Allah. Alhamdulillah perjalanan menuju cinta mawaddah itu sudah ke ikatan perjanjian kedua keluarga. Aku ditunangkan dengan rakan sekolah yang rupanya sudah lama menyimpan perasaan itu. Azam aku menjadi isteri terbaiknya hingga syurga nanti.

Patah hati kerana gagal dalam kerjaya? Ya, pernah rasa dibuang kerja? Aku pernah rasa keadaan itu. Dan sekarang aku sedang diuji. Sudah 5 bulan tidak bergaji tetap. Mujur tergerak hati dulu memulakan perniagaan kecil berbekalkan bakat kurniaan Allah dan usaha aku mencari ilmu untuk itu. Alhamdulillah tiada kerjaya tetap tapi aku masih punya rezeki untuk makan. Hikmahnya sekarang, sejak mula bekerja 2 tahun lepas, aku kurang waktu bersama keluarga, malah untuk diri sendiri juga sering terabaikan. Jadi untuk 2 bulan ini, aku menyelami rasa hati ibu2 kita yang mungkin tidak pernah bekerja atau sudah bersara. Alangkah sunyinya, bila anak2 tiada dirumah. Ini juga yang akan kita rasa nanti bila saatnya kita juga punya anak bujang dan dewasa. Dan untuk 5 bulan ini, aku dapat peluang untuk diri sendiri. Menambah amalan yang koyak. Mencukupi ibadah yang pincang. Alhamdulillah. Aku yakin, rezeki untukku telah ditetapkan Allah. Aku perlu berusaha kuat lagi.




Saturday, March 30

Rindu Bertamu

Diam bukan sebab merajuk
Senyap tak semestinya lupa
InsyaAllah masih ada ruang istimewa buat kamu
Kerna aku tk pernah lupa sesiapa yg melukis suka,
Aku tk pernah lupa bahu yg kutumpang menangis,
dan aku tk pernah pekak mendengar cerita indah kita. 

Aku yakin esok masih ada untuk kita terus melakar cerita..

Harapnya, tiada yg terluka dengan diamnya aku, 
Aku hanya perlu waktu mencari diri, 
Aku akan kembali menjadi peneman setia, 
Andai kalian masih sudi.

Love u all! 


With Daizeela & Kami mmg gila2 sket


With Cik Nurul
With Lizzie & Silah - Kami terpakai baju sama masa ni...


 
With Amal - The cute one


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...